Minda Presiden

Aidilfitri Martabatkan Fitrah Keinsanan

Aidilfitri secara harfiahnya boleh difahami sebagai hari meraikan fitrah. Fitrah yang dimaksudkan ialah fitrah keinsanan yang sudah disucikan daripada pencemaran selepas tewasnya hawa nafsu selama sebulan akibat daripada kekangan kelaparan. Hawa nafsu yang keterlaluan perlu ditewaskan jika kita inginkan pengembalian potensi kemanusiaan dalam diri kita.

Fitrah adalah satu perkataan yang mempunyai kaitan dengan perubahan. Malik Ben Nabi dalam mengemukakan teori ketamadunannya, menggelarkan kelompok yang berupaya menggerakkan sebuah kebangkitan semula sejarah sesuatu bangsa dengan gelaran Rajul al-Fitrah. Rajul al-Fitrah dicirikan dengan daya ubah yang tinggi selain semangat berdikari yang kental. Generasi ini tidak mudah berpuas hati dengan keadaan dimiliki hari ini.

Read 465 times
Rate this item
(0 votes)
Kebebasan Akademik & Keutuhan Kerajaan: Amidi Abd Manan

 Oleh: Amidi Abd Manan

(Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia)

Kisah Nabi Sulaiman selaku pemimpin kerajaan terakam dalam al-Quran pada Surah al-Naml. Kekuatan Baginda terserlah dalam satu perlakuan di suatu tempat yang bernama Lembah Semut. Ia dimulakan dengan suatu keadaan yang kecoh apabila kedengaran derapan kaki bala tentera Nabi Sulaiman yang mengundang rasa cemas pemimpin sang semut.

 

(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".An-Naml: 18

Keprihatinan pemimpin semut yang mementingkan keselamatan komunitinya amat mengkagumkan. Walaupun kecil dan tidak berdaya jika dipijak, nyawa melayang tanpa upaya menyelamatkan diri dan lebih malang lagi perlakuan ini tanpa disedari oleh pelakunya tidak menghilangkan fungsi kepimpinan iaitu memastikan keselamatan orang yang dipimpin. Walaupun sarang semut tidaklah sekukuh mana namun ikhtiar untuk menyelamatkan diri perlu dilakukan tanpa sebarang alasan penangguhan. Sikap inilah yang akhirnya membuatkan Nabi Sulaiman tersenyum seraya berdoa:

 

Read 1144 times
Rate this item
(1 Vote)

WAWANCARA PRESIDEN ABIM, HAJI AMIDI DATO' ABDUL MANAN BERSAMA MAJALAH I

Wawancara Majalah I
Wawancara Majalah-I Bersama Presiden ABIM, Hj. Amidi Dato' Abdul Manan
Read 1033 times
Rate this item
(0 votes)