Minda Presiden

I Want To Touch A Dog: Sebuah Renungan Featured

Oct 20, 2014
Hit: 415
Written by
I Want To Touch A Dog: Sebuah Renungan

Adakah kita berputar ke belakang berkenaan dengan hukum berkaitan anjing dalam Islam? Pada tahun 1937, satu perdebatan telah dilakukan di Istana Sri Cemerlang, Kota Bharu, Kelantan. Ia turut dihadiri oleh Sultan dan Raja Kelantan, Mufti dan beberapa alim ulama dari Kelantan dan Singapura. Ia berkisar kepada permasalahan jilatan anjing, samada perlu disamak atau pun tidak. Terdapat pandangan yang berbeza antara Imam Syafie r.a dan Imam Malik r.a. Begitu juga tentang keharusan membelanya. ( Sila rujuk journalarticle.ukm.my/527/1/1.pdf )

Read 415 times
Rate this item
(0 votes)

Gelojak Remaja Dan Kesucian Jihad Featured

Sep 29, 2014
Hit: 669
Written by
Gelojak Remaja Dan Kesucian Jihad

Menurut Erikson(1951,1963) remaja sering mengalami konflik sosial dalam dirinya. Para remaja mula bertanya,”Siapakah saya?”, “Apakah tujuan hidupku ini?”, “Ke manakah arah hidupku ini?”,(Mahmood Nazar Mohamed,2010) dan pelbagai soalan lagi seumpamanya. Remaja akan terus berfikir mencari jawapan kepada pertanyaan tersebut. Remaja juga berupaya menyesuaikan dirinya dengan pelbagai situasi yang dialami.

Read 669 times
Rate this item
(0 votes)
UPSR Bocor: Hentikan Segera Kitaran Pemusnah Pendidikan Negara

Kebocoran soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini amat memalukan. Antara objektif UPSR ini adalah untuk mengukur kebolehan dan kemahiran pada peringkat asas persekolahan di Malaysia. Jika seseorang pelajar itu mendapat keputusan yang memberangsangkan, dia bepeluang mendapat tempat ke sekolah-sekolah menengah terpilih yang berprestij. Itulah peluang (mendapat tempat disekolah terpilih) yang dihambat oleh masyarakat kita bermati-matian. Sanggup bergolok-gadai demi memenuhi impian tersebut. Sanggup juga dikorbankan fasa kanak-kanak dalam proses pembesaran anak-anak. Anak-anak telah dipaksa menghadiri kelas tambahan, tuisyen, bengkel dan seminar semata-mata mengejar impian tersebut. Anak-anak hilang keseronokan bermain kerana terpaksa mengikuti rutin yang telah ditetapkan oleh ibubapa dan pihak sekolah.

Read 576 times
Rate this item
(1 Vote)

Semangat Kebangsaan Malaysia

Sep 22, 2014
Hit: 1093
Written by
Semangat Kebangsaan Malaysia

Adakah kita akan terus menyesali persetujuan pemimpin kita yang terdahulu menerima prinsip ‘Jus soli’ bagi menerima saudara baru sewarganegara ketika menggamit kemerdekaan 57 tahun yang lalu? Kesal terhadap tolak ansur yang kini mengancam kelangsungan bangsa Melayu kononnya yang sekaligus mengancam kedudukan agam Islam secara keseluruhan. Sedangkan banyak negara memakai prinsip ‘jus sanguinis’, yang mengkehendaki agar leluhur yang bukan berasal dari tanah yang bakal merdeka itu dihantar pulang ke negara asalnya.

Read 1093 times
Rate this item
(0 votes)
Pembinaan Bangsa Malaysia: Memahami Realiti Kepelbagaian, Mencorakkan Khittah Masa Depan

Sejarah negara menunjukkan nenek moyang kita telah pun menerima konsep negara Malaysia dengan kepelbagaian kaum. Sejarah di ambang Merdeka, telah tercatit fakta bahawa pemimpin kita terdahulu dengan tangan terbuka menerima konsep “Jus Soli” apabila menerima sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu sebagai warganegara Malaysia tanpa mengambil kira negara mana keturunannya dilahirkan. Berlandaskan sandaran sejarah jelas sekali kewujudan pluraliti kaum, latar dan agama adalah dilihat oleh pemimpin terdahulu sebagai aset kekuatan demi penggembelingan kelebihan antara satu sama lain dan jauh sekali ia ditanggapi sebagai sumber konflik ditambah dengan sentimen dan provokasi.

SEMANGAT KEBANGSAAN

Sememangnya apabila kita memerhatikan di sekitar, sudah tentu akan kita dapati bahawa wujud pelbagai ras dan kecenderungan dengan kerencaman citarasa. Disinilah Bapak M. Natsir mengusulkan agar semangat kebangsaan diertikan sebagai penyatuan terhadap aspirasi, hasrat dan tujuan yang menggerakkan kita ke arah yang serupa. Bukannya perjuangan yang menonjolkan ‘supremacy’ kaum sehingga menimbulkan keresahan kaum yang lain. Maka persoalannya di sini, apakah semangat kebangsaan Malaysia? Apakah matlamat yang boleh dikongsi oleh semua warganegara yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan?

Matlamat tersebut mestilah berupaya untuk menyatukan seluruh warga Malaysia, mengerah usaha sedaya mungkin bagi mencapai hasrat tersebut. Maka persoalannya di sini, apakah semangat kebangsaan Malaysia? Apakah matlamat yang boleh dikongsi oleh semua warganegara yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan? Matlamat tersebut mestilah berupaya untuk menyatukan seluruh warga Malaysia, mengerah usaha sedaya mungkin bagi mencapai hasrat tersebut. Takrifan nasionalisme atau semangat kebangsaan yang didokong oleh pendokong primodialis pada peringkat awal semakin tidak relevan. Tambahan pula dengan fenomena perkampungan sejagat (global village) lewat era teknologi maklumat dan komunikasi, perhubungan rentas etnik semakin menjadi mudah. Jika ditinjau dari sudut sosialisasi, manusia secara global sedang melalui fasa-fasa integrasi kaum mengikut temponya yang tersendiri.

Read 702 times
Rate this item
(0 votes)
Selamatkan Malaysia Dengan Dakwah: Amidi Abd Manan

Cabaran dalam memastikan negara kita Malaysia yang tercinta ini terus berada pada landasan yang perpaduan yang kukuh perlu dihadapi dengan bijak sana. Kesatuan hati bukan tuags yang boleh dilaksanakan oleh manusia.Hati yang dimiliki secara mutlak oleh Ilahi perlu disiram dengan ilmu dan pengetahuan yang hakiki. Perpaduan hanya dapat diperolehi dari kesediaan mengorbankan keinginan dan kehendak peribadi.Keunikan setiap warga adalah ketentuan Allah dan perlu digerakkan ke arah kebaikan.Segala perjuangan yang menjurus kepada kepentingan peribadi dan mampu menggugat kemaslahatan masyarakat terbanyak perlu ditentang.

 

Read 483 times
Rate this item
(0 votes)
Kempen Seorang Sekampit Beras: Makanan Dan Kemiskinan

Gunnar Myrdal meletakkan salah satu elemen dalam Kitaran Kemusnahan Kemiskinan ialah makanan. Apabila kadar kelahiran tinggi, tanpa ditampung oleh pendapat yang mencukupi, kualiti makanan akan menurun. Keluarga yang berhadapan dengan situasi ini akan mengehadkan perbelanjaan termasuklah makanan. Anak-anak dibesarkan dalam situasi kekurangan gizi yang berkhasiat. Akibatnya, perkembangan mental dan fizikal anak-anak ini akan terjejas. Mungkin ia bermula dari kelemahan fizikal dan akhirnya akan merebak kepada kemerosotan mental.

 

Read 552 times
Rate this item
(0 votes)