Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat ABIM 2015-2017

Dec 07, 2015 Hit: 4875
Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat ABIM 2015-2017

 

19 September 2015, Kajang:-  Mohamad Raimi Abdul Rahim telah dipilih sebagai Presiden baru ABIM menggantikan Amidi Abdul Manan. Pemilihan ini telah dipersetujui secara konsensus oleh 300 orang perwakilan Muktamar ABIM Kali Ke-44 yang diadakan Di Kolej Dar Al-Hikmah pada 19 September yang lalu. Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden serta Setiausaha Agung ABIM. Beliau adalah peguam yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang Dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta Sarjana Kriminologi Universiti Of Kent, United Kingdom. Beliau juga adalah Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) untuk mulai tahun 2003-2005.

Seluruh warga ABIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mantan Presiden Amidi Abdul Manan kerana menunjukkan kepimpinan yang baik dan menginspirasikan. Beliau kini meneruskan baktinya sebagai salah seorang exco Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

Berikut adalah senarai kepimpinan ABIM untuk 2015/2017:

Presiden: Mohamad Raimi bin Abdul Rahim

Timbalan Presiden: Ustaz Mohd Naim bin Mohd Nor

Naib Presiden I:  Khairul Arifin bin Mohd Munir

Naib Presiden II (Ketua Helwa): Puan Fadhlina binti Sidek

Naib Presiden III: Mohd Khairul Anwar bin Ismail

Naib Presiden IV:  Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin

Naib Presiden V: Ustaz Khairuddin bin Abas

Setiausaha Agung: Muhammad Faisal bin Abdul Aziz

Penolong Setiausaha Agung: Puan Maria binti Kamel

Setiausaha Kewangan: Encik Syahrir Azfar bin Saleh

Exco: 1. Dr Zulkifli bin Hasan 2. Dr Shahrizal Azwan bin Samsudin 3. Nur Azura binti Kamarudin Sohami 4. Mohd Shazni bin Abdullah 5. Hasnul Haniff bin Harun 6. Mohd Firdaus bin Hamsin 7. Mohd Adli Zakuan bin Zairakthaini 8. Mohd Khairul Ridhwan Adha bin Akhyar 9. Zairudin bin Hashim 10. Amalina binti Ismail

Read 4875 times
More in this category: « Produk / Program