PDF Print E-mail
Tabung Pembangunan Belia Islam

Perutusan Presiden ABIM - MUHAMAD RAZAK IDRIS

Golongan belia Islam merupakan kelompok teras masyarakat Malaysia pada hari ini. Bilangan mereka juga adalah yang terbanyak. Belia Islam di negara kita kini terdiri dari pelbagai latar belakang kaum dan budaya. Mereka terdiri dari kalangan belia Islam berbangsa Melayu, Cina, India, Bumiputra Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Kepelbagaian latar belakang ini ialah kesan proses pengislaman dan perkembangan ajaran agama Islam yang pesat di negara ini.  Sebagai kelompok teras, tuntutan bagi usaha-usaha membangun belia Islam amat mendesak sekali pada masa kini. Ini kerana beberapa faktor. Pertama, keutuhan belia Islam adalah asas utama kesejahteraan negara Malaysia. Kelompok belia Islam merupakan tonggak yang akan mempengaruhi corak perkembangan negara pada masa depan dari sudut ekonomi, politik dan sosial.

Kedua, peranan belia Islam di negara kita amat penting dan berpengaruh sekali. Ini kerana, Malaysia secara khusus merupakan sebuah negara tauladan kepada banyak negara terutama dunia Islam di dalam pelbagai aspek kehidupan. Jaminan kepimpinan negara Malaysia yang berkesan di pentas dunia bergantung kepada keupayaan kita membangunkan generasi belia Islam yang berkualiti di dalam segenap aspek kenegaraan.

Ketiga, belia Islam kini sedang berada di era dunia yang amat mencabar. Salah satu dari cabaran utama belia Islam hari ini ialah globalisasi yang berlaku di segenap aspek kehidupan masyarakat dunia. Era globalisasi ini menuntut belia Islam bersiap sedia secara sempurna. Ini bagi memastikan belia Islam mampu berdepan dengan cabaran yang pelbagai kesan dari keterbukaan dan liberalisasi yang merupakan antara ciri utama era ini. Belia Islam yang terbangun secara sepadu dari aspek jasmani, rohani, akal dan emosi akan berupaya mendepani cabaran kehidupan dunia hari ini.

Memahami kepentingan kedudukan dan peranan generasi belia Islam pada masa kini, ABIM akan memberi tumpuan khusus terhadap usaha bagi menjayakan agenda pembangunan belia Islam Malaysia yang utuh dan berkualiti. Agenda ini akan diterjemahkan menerusi pelbagai kegiatan meliputi bidang kependidikan dan latihan, peningkatan kefahaman dan penghayatan Islam, bimbingan kemahiran dan keusahawanan, pemupukan semangat kesukarelaan dan kecintaan kepada agama dan tanahair.

Agenda membangun belia Islam ini menuntut kerjasama dan permuafakatan semua pihak dari kalangan masyarakat Islam. Salah satu dari tuntutan tersebut ialah keperluan kepada sumber dana kewangan yang kukuh bagi tujuan menjayakan rancangan kerja yang dirangka.

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh berkat pada tahun ini, ABIM melancarkan Tabung Pembangunan Belia Islam ABIM. Menerusi pengumpulan dana kewangan ini, kita berharap akan dapat menjayakan segala usaha-usaha pembangunan belia Islam secara lebih aktif dan berkesan pada masa akan datang.

Untuk itu, saya ingin mengajak seluruh masyarakat Muslimin di negara ini khususnya, marilah bersama-sama dengan ABIM menjayakan usaha membangun belia Islam dengan menderma dan berjariah menerusi tabung ini. Semoga sumbangan semua mendapat ganjaran berganda dari Allah swt.

10 CIRI BELIA ISLAM BERILMU DAN BERBAKTI


1. Berpengetahuan Tinggi
2. Berkeperibadian Mulia
3. Berkepimpinan
4. Berdikari
5. Berkepedulian Sosial
6. Berdaya Saing
7. Berkeyakinan Diri
8. Berpandangan Jauh
9. Bertolak Ansur
10. Berjiwa Patriotik

RANCANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA ISLAM

1. Pendidikan Islam

Membimbing belia Islam ke arah pengukuhan kefahaman Islam dan penghayatan nilai-nilai hidup yang mendorong perubahan dan kemajuan.  Program meliputi usaha pemantapan institusi pendidikan ABIM di peringkat pra-sekolah (Taski), rendah (SRI), menengah (SMI) dan pengajian tinggi (Kolej Dar al-Hikmah). Kegiatan juga meliputi penganjuran kursus pendidikan lanjutan untuk belia Islam, diskusi dan seminar berhubung isu-isu pendidikan Islam hari ini serta penerbitan Jurnal Pendidikan ABIM.

2. Latihan Kepimpinan dan Ketrampilan

Melatih belia Islam dari aspek kepimpinan dan ketrampilan diri. Ini meliputi kemahiran pengurusan dan pentadbiran, kemahiran sosial dan kemasyarakatan, kemahiran teknologi maklumat dan ketrampilan penulisan dan pidato. Program dijalankan dalam bentuk kursus jangka pendek dan panjang dan dikendalikan oleh agensi Pusat Latihan ABIM.

3. Kesukarelawanan

Mendedahkan belia Islam kepada kegiatan kesukarelawanan. Program melibatkan penyertaan belia Islam di dalam kegiatan pembangunan komuniti di peringkat masyarakat pelbagai di kawasan desa dan bandar. Pendedahan ini dilaksanakan menerusi Bridged Bakti Malaysia (BBM) untuk aktiviti kesukarelawanan dalam negara manakala Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) untuk aktiviti kesukarelawanan luar negara.

4. Pembangunan dan Kebajikan Sosial

Menyumbang di dalam pembangunan sosial masyarakat umum menerusi program-program berkonsepkan kebajikan dan khidmat sosial dan masyarakat. Tumpuan meliputi pembangunan bagi kelompok belia, pelajar, anak-anak yatim, masyarakat luar bandar dan Orang Asli. Gabungan belia dan masyarakat menerusi usaha pemuafakatan kegiatan di peringkat awam mendorong semangat kebersamaan masyarakat di dalam pembangunan setempat. Program yang bercorak bantuan kebajikan dilaksanakan menerusi Squad Prihatin ABIM.

5. Keusahawanan dan Ekonomi

Membimbing belia Islam di dalam memupuk dan memperkukuhkan semangat keusahawanan dan kemandirian ekonomi. Kursus-kursus peningkatan kerjaya belia Islam akan dianjurkan bagi membantu penyertaan aktif mereka di dalam usaha peningkatan kuasa beli belia Islam di negara ini. ABIM akan bekerjasama dengan pihak kerajaan, swasta dan koperasi bagi menyelaraskan rancangan ini.

6. Pembangunan Wanita Islam dan Keluarga

Memimpin wanita dan keluarga Islam terutama dari kalangan beliawanis di dalam berdepan dengan cabaran kehidupan moden. Program meliputi kursus peningkatan penampilan diri, pembinaan dan pembangunan keluarga serta kursus bimbingan kepada beliawanis yang menghadapi masalah di dalam kehidupan mereka. Pengwujudan Pusat Pembangunan Wanita (Baitul Hannan) adalah antara inisiatif ABIM bagi usaha pembinaan wanita Islam yang dicontohi.

7. Bantuan Kemanusiaan

Menggiatkan usaha membantu masyarakat Islam dan dunia yang ditimpa bencana dan krisis kemanusian akibat dari perubahan alam sekitar dan peperangan. ABIM akan membantu menyelaraskan bantuan dalam bentuk kewangan, tenaga sukarelawan, ubat-ubatan dan program pembinaan semula selepas bencana menerusi kerjasama agensi bantuan kemanusiaan seperti Misi Keamanan Sejagat atau Global Peace Mission (GPM) dan Malaysian Relief Agency (MRA).

8. Pembelaan Hak-Hak Agama dan Masyarakat

Memperjuangkan pembelaan di dalam pelbagai isu yang berkaitan dengan hak-hak keagamaan bagi masyarakat Islam di negara ini menerusi kegiatan penerangan dan kesedaran umum. ABIM akan bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan Islam di negara ini bagi tujuan tersebut dan menggerakkan peranan dan keberkesanan gerak kerja Pertubuhan- pertubuhan Pembela Islam (Pembela).

9. Jaringan Antarabangsa

Memperluaskan jaringan kerjasama ABIM dengan pertubuhan belia Islam serantau dan dunia. ABIM akan bergerak aktif menyumbang di dalam pergerakan World Assembly of Muslim Youth (WAMY), International Islamic Federation of Student Organization (IIFSO), The Union of NGOs of the Islamic World (UNIW), Majlis Muafakat Dakwah Malaysia Kemboja (MMDMK), Muassasah al-Quds Malaysia dan World Conference on Religion for Peace (WCRP) . Hubungan akrab dengan pihak kedutaan dunia Islam, Afrika dan Eropah akan diteruskan dan diperkukuhkan.

10. Dakwah kepada Golongan Bukan Islam

Meningkatkan usaha pengembangan kefahaman Islam kepada masyarakat bukan Islam. Ini bagi mengatasi masalah sikap prejudis dan rasa takut kepada sebarang unsur yang berkaitan dengan Islam atau Islamophobia yang melanda masyarakat dunia hari ini. Usaha meningkatkan kefahaman Islam sebagai agama yang menekankan keamanan dan kemajuan akan dijayakan menerusi pengajuran seminar, penerbitan dan kursus oleh agensi Islamic Outreach ABIM (IOA).

11. Pembinaan Kualiti Generasi Pelajar dan Remaja

Menganjurkan program pembinaan kualiti generasi pelajar dan remaja terutama dari aspek pembangunan sakhsiyyah dan kepimpinan diri serta kemahiran berbahasa. ABIM akan bekerjasama dengan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bagi menjayakan usaha ini.

12. Integrasi Belia Malaysia

Memupuk usaha pembinaan generasi belia Malaysia yang bersatu menerusi proses integrasi. ABIM akan menganjurkan siri dialog dan kegiatan kerjasama dengan pertubuhan belia Malaysia dari pelbagai latar belakang agama dan budaya. Untuk tujuan itu, ABIM akan melibatkan diri secara aktif di dalam Majlis Belia Malaysia (MBM) dan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

13.   Kesedaran Alam Sekitar

Memupuk kesedaran belia Islam tentang kepentingan alam sekitar dan memahami isu-isu yang berkaitan di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa. ABIM akan terlibat aktif di dalam mendedahkan belia Islam tentang permasalahan perubahan cuaca yang sedang dihadapi oleh masyarakat dunia hari ini. Kesedaran dan kefahaman ini akan melahirkan generasi belia Islam yang prihatin tentang alam sekitar dan pembangunan lestari.

14. Penerbitan Akhbar, Majalah dan Buku-buku


Menerbitkan bahan-bahan bacaan dan rujukan dalam bentuk surat berita, majalah dan buku-buku. Karya-karya terbaik dan bermanafaat oleh para ilmuwan akan diterbitkan dan dihebahkan kepada masyarakat umum secara berterusan. Ini secara tidak langsung akan mewujudkan budaya ilmu yang tinggi di kalangan belia Islam.

15. Seni Budaya dan Kesusasteraan Islam

Merancakkan kegiatan seni budaya dan kesusasteraan yang berteraskan nilai-nilai hidup yang maju dan murni sejajar dengan tuntutan ajaran Islam. ABIM akan terlibat secara aktif di dalam penganjuran acara-acara bercorak kebudayaan seperti pendeklimasian puisi dan sajak, latihan penulisan dan kewartawanan, penganjuran program pementasan dan penerbitan koleksi cerpen dan novel pilihan.

Sila Muat Turun Brosur

ABIM mengalu-alukan sebarang sumbangan saudara bagi membantu mereka yang memerlukan. Semoga sumbangan saudara mendapat nilaian besar di sisi Allah s.w.t

Sumbangan boleh dikirimkan kepada :

Sekretariat ABIM Pusat, No 6 jalan TC2A/2,  Taman Cemerlang 53100 Kuala Lumpur.

Tel : 016-2081300, 016-2614300 Faks : 03-42519311

Sumbangan juga boleh dislurkan menerusi : Akaun Bank Islam Malaysia Berhad : 14-023-01-001118-8  Atas Nama Tabung Kebajikan & Pendidikan ABIM

( Resit Pengecualian Cukai Akan dihantar Kepada Anda ) * Rujukan JHDN. 01/35/42/51/179-6.3432 Warta Kerajaan Bil. 8952 bertarikh 11-10-90.

 

 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.