|
||||
| Walk of Taqwa, Soul Therapy, Menanti Peserta ABIM Young Camp 2010 |
|
Sempena dengan cuti sekolah ini, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) negeri Selangor Darul Ehsan program Young ABIM Camp, mulai 7 sehingga 9 Jun 2010. Program akan diadakan di Kem Sri Raudhah Gombak, Selangor Darul Ehsan. Menurut pengurus projek ini, Mohd Harith dari ABIM Selangor, setiap peserta akan diperkenalkan dengan modul yang akan menguji daya tahan fizikal dan mental mereka di samping menggalakkan mereka untuk berfikir secara kreatif dan kritis. “Para peserta akan diajak menghayati budaya ilmu serta kerohanian untuk membentuk jatidiri yang positif serta semangat juang pada diri mereka. Menerusi modul-modul seperti Soul Therapy: Allahu Robbi, Walk of Taqwa, dan beberapa modul lain, para peserta juga diajak untuk mengamalkan bermuafakat serta bekerjasama antara satu sama lain serta peka terhadap sebarang isu semasa yang berlaku di sekeliling mereka,” jelas Mohd Harith lagi. Penyertaan dibuka kepada peserta dalam lingkungan 10-13 tahun dengan bayaran dikenakan sebanyak RM 150 setiap seorang (Pakej RM 135 untuk pasangan adik beradik). Penyertaan hanya terhad kepada 80 orang sahaja. Untuk penyertaan sila hubungi; Harith (012-3920132), Hidayah (019-3636394), Husnul Azam (019-6014371), ataupun 03-55118994. |

















