|
||||
| 1,000 sertai Walkathon Amal Islamic Outreach ABIM 2010 |
|
Walkathon ini yang disertai oleh para peserta dari pelbagai lapisan masyarakat serta kaum, nyata meninggalkan kenangan yang sungguh bermakna buat Jenny Lee, 55, kerana beliau telah menerima hadiah berupa cabutan bertuah daripada penaja, Kumpulan Naza. Hadiah telah disampaikan oleh Datuk Maruan Mohd Said dari Kumpulan Naza serta pengerusi Islamic Outreach ABIM, Azril Mohd Amin. Para peserta telah dilepaskan oleh Setiausaha Agung ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim. |




Seramai hampir 1,000 peserta telah menjayakan Walkathon Amal anjuran Islamic Outreach ABIM pada 25 Julai yang lalu. Walkathon Amal pada tahun ini merupakan kali kedua dianjurkan oleh Islamic Outreach ABIM, yang mendapat kerjasama serta perhatian yang positif daripada pelbagai institusi kerajaan dan swasta.













