|
||||
| Institusi Wakaf Asas Kekuatan Ekonomi Ummah |
|
Dato' Dr Siddiq Fadzil menjelaskan, dalam konteks Islam, sistem ekonomi yang diamalkan perlu memenuhi segala tuntutan asas manusia seperti menyediakan peluang pekerjaan di samping menjamin kestabilan politik di dalam sesebuah negara. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama Bengkel Ekonomi Islam di Kolej Darul Hikmah, Sungai Ramal Kajang, Selangor Darul Ehsan. Program ini dianjurkan oleh Unit Penyelidikan Ekonomi Islam, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), dan Kolej Darul Hikmah.
Dalam ucaptama itu, Dato' Dr Siddiq juga mengatakan Islam menuntut agar sumber-sumber kekuatan ekonomi sesebuah negara diuruskan dengan berhemah supaya ia dapat menyumbangkan manfaat kepada sesebuah negara untuk jangka masa panjang. Sepanjang bengkel yang diadakan selama setengah hari itu, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aspek yang melatari perekonomian dari konteks Islam. Ia termasuk potensi institusi wakaf serta perlancongan untuk menggerakkan ekonomi ummah. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden ABIM, Amidi Abdul Manan.
|

















