|
||||
| Pertaruhan Piala Dunia 2010: ABIM hantar memorandum kepada mufti-mufti |
|
Dalam pada itu, Setiausaha Agung ABIM juga telah menemui Mentesi Di Jabatan Perdana Menteri , Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir (gambar), untuk menyuarakan pandangan ABIM berkenaan dengan isu ini. ABIM juga telah menggerakkan penghantaran memorandum kepada pada mufti-mufti di setiap negeri. Segala makluman berhubung akan disalurkan dari masa ke semasa. |




Bantahan terhadap kelulusan lesen pertaruhan Piala Dunia 2010 diteruskan. Pada 14 hb Mei yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menyertai demonstrasi bantahan bersama umat Islam di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Bantahan aman ini yang disertai lebih daripada 500 orang serta beberapa wakil dari pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik. Bantahan ini diteruskan apabila ABIM negeri Selangor telah menyampaikan memorandum yang kepada Mufti Selangor, Dato' Seri Utama Tamyes Wahid, yang menggesa campur tangan pihak daripada pihak yang berkenaan dalam polemik ini.











