Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sembilan Darul Khusus akan menganjurkan program ''Menyoroti Peristiwa Natrah; Ke Arah Penyatuan Umat'', di mana tema perbincangan dirujuk berdasarkan kepada buku,''Natrah (1937-2009) Cinta Rusuhan Dan Airmata'', yang akan disampaikan oleh pengarangnya sendiri, Datin Fatini Yaakob. Menurut Setiausaha ABIM Negeri Sembilan,Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa, program pada 27 Februari ini akan diadakan di Dewan Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Negeri Sembilan Darul Khusus, mulai pukul 8.00 pagi. Sebarang makluman lanjut mengenai program ini boleh dibuat dengan menghubungi ABIM Negeri Sembilan di talian 06-7630789.
Dalam pada itu menurut Datin Fatini Yaakob dalam artikelnya "Natrah - Kisah sebenar penyatuan orang Melayu'' dalam Berita Harian 20 Disember2009, ''Fakta sebenarnya, kita tidak kalah dalam Natrah! Kita tentang dengan berani kebiadapan penjajah pada masa itu, walaupun hanya dengan galah dan kayu. Kita berjaya melumpuhkan jentera pentadbiran Inggeris - sebuah kuasa besar penjajah zaman itu hingga terpaksa diisytiharkan darurat selama tiga hari tiga malam. Keberanian kita mengejutkan seluruh dunia! Mesej kemenangan moral ini berjaya kita hantar ke seluruh dunia dan memberikan kesan kejutan yang sungguh hebat. Sesungguhnya demikianlah hebatnya Islam, sebuah agama yang sangat menghargai dan memelihara akidah umatnya walaupun dia hanya seorang gadis kecil berusia 13 tahun.''
images/2010/978-983-52-0729-7.jpg |