|
||||
| Hukuman Bukti Mahkamah Syariah Tegas- Fadhlina Siddiq |
|
Beliau berkata, dengan pelaksanaan hukuman sebat ke atas tiga wanita itu, kerajaan dilihat serius melaksanakan undang-undang syariah dengan melaksanakan hukuman yang diputuskan mahkamah seperti kini sudah menyediakan tukang sebat serta mengikut prosedur ketika pelaksanaan hukuman sebat dilaksanakan sepenuhnya. "Mahkamah pula saya lihat kini sudah pun mengenakan hukuman maksimum iaitu sebat yang mana dilihat tegas untuk mencegah perbuatan jenayah berbanding hukuman denda dan penjara yang banyak dilaksanakan ketika ini," . Dipetik dari Berita Minggu, 21 Februari 2010. |




Naib Presiden Hal Ehwal Wanita Abim, Fadhlina Sidek menganggap kenyataan SIS tidak perlu dilayan kerana golongan berkenaan tidak mahu menerima apa saja penerangan mengenai pelaksanaan hukuman berkenaan. Katanya, sejak kes Kartika Sari Dewi lagi, SIS sudah menyatakan hukuman sebat sebagai diskriminasi kepada wanita, walaupun kerajaan melalui Jabatan Agama Islam dan Jabatan Kehakiman Syariah serta bantuan NGO Islam menerangkan prosedur dan pelaksanaan hukuman sebat itu. 












