|
||||
| Dorong Belia Tingkat Ilmu Bacaan Al-Qur'an |
|
Langkah ini boleh menjadi sumber pendorong kepada umat Islam di negara ini terutama golongan belia untuk mendalami ilmu bacaan Al-Qur'an secara lebih sempurna. Ia juga juga secara langsung meningkatkan martabat bidang kemahiran bacaan Al-Quran pada pandangan umum di samping meninggikan syiar Al-Qur'an itu sendiri. ABIM berharap pada masa akan datang, skim yang sama boleh diperluaskan kepada Johan Qari dan Qariah di peringkat Kebangsaan. Usaha akan menambahkan lagi minat masyarakat dan golongan belia di dalam usaha menjadikan nilai-nilai mulia A-lQur'an sebagai sumber panduan bagi seluruh aspek kehidupan dan kenegaraan. Ia juga boleh meningkatkan imej Malaysia sebagai sebuah Negara Islam contoh di kalangan masyarakat dunia.
Muhamad Razak Idris
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) |




Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik langkah kerajaan memperkenalkan skim imbuhan seumur hidup sebanyak RM2000.00 kepada johan qari dan qariah peringkat antarabangsa yang diumumkan semalam (3 Mac 2010).












