Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
PDF Print E-mail
Doa dan Tawakal Dalam Konsep Kerja Islam
Konsep Doa dan Tawakal perlu sentiasa diamalkan kerana kedua-duanya merupakan elemen penting dalam budaya kerja Islam. Ini adalah intipati yang disimpulkan oleh Dr. Abu Bakar Sarpon dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), ketika menyampaikan ceramah Maulidur Rasul pada Multaqa' Penggerak Sepenuh Masa ABIM 2010 di Gombak baru-baru ini. Tambah beliau, kedua-dua konsep ini membezakan antara budaya kerja Islam dengan budaya kerja barat, yang menurut beliau hanya mengutamakan kaedah perlaksanaan sahaja.Tanpa kekuatan kerohanian menurut beliau, seseorang individu itu mudah terjerumus ke dalam pelbagai gejala yang meruntuhkan kekuatan umat dalam pelbagai bidang.
 
PDF Print E-mail
Pendakwah Filipina Terima Anugerah Khas ABIM
Seorang Pendakwah ABIM yang berasal dari Filipina, Puan Sittie Aishah Abdullah, telah menerima anugerah penghargaan khas daripada ABIM sempena dengan khidmat bakti yang dicurahkan selama 10 tahun sebagai penggerak sepenuh masa ABIM. Puan Sittie Aishah (Gambar paling kiri), yang merupakan pengurus di Islamic Outreach ABIM, adalah antara 10 penerima anugerah khas Jaizah Takrim sempena dengan Majlis Multaqa' Penggerak Sepenuh masa ABIM 2010 yang diadakan di Gombak baru-baru ini. Anugerah ini adalah penghargaan yang diberikan kepada para penggerak sepenuh masa ABIM yang bertugas selama 10 tahun di peringkat ABIM Pusat serta agensi-agensi ABIM yang lain.
 
PDF Print E-mail
Perkahwinan Budak 11 Tahun Melanggar Undang-undang Negara
KUALA LUMPUR: Perkahwinan budak berusia 11 tahun yang berlaku di Kelantan cukup menyedihkan dan memalukan, sekali gus memberi kesan dalam membela serta memperjuangkan isu kanak-kanak, terutama memastikan mereka mendapat pendidikan sempurna dan perlindungan secukupnya. Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (Helwa) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Fadhlina Siddiq, berkata walaupun perkahwinan itu sah mengikut syarak, budak berkenaan perlu diselamatkan kerana dia masih kecil dan mempunyai masa depan.

"Tindakan bapanya amat dikesali dan dia patut dihadapkan ke mahkamah kerana melanggar undang-undang negara," katanya ketika dihubungi, semalam. Beliau mengulas mengenai tindakan seorang bapa dari Jelawang, Kuala Krai mengahwinkan anak perempuannya berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun yang juga ketua jemaah yang disertainya.
 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 141

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.