Ijtimak Harakiy Kali Ke-4

Info Muktamar Sanawi ABIM 2014

Jul 09, 2014 Hit: 1004 Written by 

NOTIS I: MUKTAMAR SANAWI KALI KE-43 ABIM

12-14 SEPTEMBER 2014M /17 – 19 ZULKAEDAH 1435H

Didoakan semoga saudara berada dalam rahmat dan inayah Allah SWT. Perkara di atas dirujuk dengan hormatnya.

Sukacita dimaklumkan bahawa Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (AJKP) telah bersepakat dan bersetuju bahawa Muktamar Sanawi Kali Ke-43 ABIM akan diadakan mengikut ketetapan di bawah:-

  • Tarikh : 12 - 14 September 2014M bersamaan 17 - 19 Zulkaedah 1435H (Jumaat – Ahad)
  • Tempat : Kota Kinabalu, Sabah

 

 Objektif :  

1. Medan pertemuan dan pengukuhan ukhuwah selain medan perbahasan bagi memantapkan lagi agenda besar gerakan.

2. Kehadiran perwakilan dan pemerhati daripada 2/3 cawangan ABIM di seluruh Malaysia (92 cawangan yang berdaftar di bawah ROY) dan mengikuti muktamar hingga ke akhir sesi.

3. Partisipasi dan perbincangan yang terarah dalam memberi pandangan membahaskan ucapan dasar Presiden, membahas usul dan mengemukakan pandangan bagi pemantapan gerakan.

4. Muktamirin pulang dengan semangat dan komitmen yang lebih tinggi untuk terus merealisasikan hasrat murni gerakan. Sehubungan itu, bagi memenuhi keperluan dan kelicinan muktamar kali ini, perhatian dan tindakan saudara dalam perkara berikut adalah amat diharapkan:

i) Laporan

a. Laporan hendaklah sampai ke Sekretariat Muktamar Sanawi (SMS) sebelum 12 Ogos 2014

b. Laporan hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan (seperti lampiran) iaitu MS Word

 ii) Pencalonan Perwakilan dan Pemerhati

iii) Makluman Yuran Penyertaan -  akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Borang-borang pendaftaran akan dilampirkan bersama Notis II.

Pihak Sekretariat Muktamar Sanawi (SMS) amat berharap saudara dapat mengambil perhatian dan tindakan segera bagi perkara-perkara di atas. Sesungguhnya kerjasama daripada pihak saudara dapat memastikan muktamar kali ini berjalan dengan baik dan lancar.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan kami di talian 03-41084500 / 019-2881300 / 019-3339700 / 019-3836700 atau melalui email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

 Pejabat Setiausaha Agung - Muhammad Faisal Abdul Aziz/ Maria Kamel/

 Urusetia - Junaidah Sairan/ Rohaya Abd Wahab

Atas kerjasama dan perhatian saudara, saya dahulukan dengan ucapan jazakallah khairan kathira. Semoga usaha murni kita diberkati Ilahi. InsyaAllah, Amin.

Sekian. Wassalam.

Last modified on Thursday, 10 July 2014 01:42
Read 1004 times
Rate this item
(0 votes)