WADAH / PKPIM (81)

Dekat Di Hati Bersama Masyarakat Orang Asli

3 Ogos 2019, GUA MUSANG - SALWA WADAH Kelantan telah menziarahi masyarakat orang asli di Kg. Tuel, Gua Musang. Sumbangan berupa telekung warna-warni serta barangan keperluan harian turut disampaikan kepada para penduduk. Program Dekat di Hati yang bermula dari 2 Ogos ini merupakan kerjasama antara WADAH, ABIM serta Islamic Outreach ABIM Kelantan (Ioa Kelantan). Rombongan turut disaji dengan makanan yang dibakar di dalam buluh serta menyaksikan pensyahadahan 2 orang remaja orang asli semasa program.

Read 143 times
Rate this item
(0 votes)

[Video] PPSMI Memperkasakan Apa?

Jul 30, 2019
Hit: 147
Written by
[Video] PPSMI Memperkasakan Apa?

Sembang Demokrasi Khas "PPSMI Memperkasakan Apa?" Menampilkan: Radin Muhd Imaduddin Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Dimoderatorkan oleh: Saudara Irfan Faruqi, EXCO Persatuan Kebansgaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Read 147 times
Rate this item
(0 votes)
Kekalahan Di Istanbul; Iktibar Untuk Erdogan

Disediakan oleh Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman,

Presiden, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Tujuh Faktor kekalahan AK Parti.

1.Serangan ekonomi dan matawang Lira oleh Amerika Syarikat mengakibatkan ekonomi Turki merudum,inflasi naik hingga 30%, Lira jatuh hingga 5% berbanding US Dollar. Kejatuhan ekonomi ini menjejas kehidupan rakyat Turki keseluruhannya terutama di bandar utama saperti Istanbul,Ankara dan Izmir.

2.Penduduk Istanbul berjumlah 16 juta amat terkesan dengan kejatuhan ekonomi ini,dan pengundi atas pagar memilih untuk menyalahkan Presiden Erdoğan dan pentadbirannya. ‘Urban mentality’ banyak mempengaruhi keputusan pilihanraya Istanbul kali ini. Ini dapat digambarkan bila Ekrem Imamoğlu berjaya memenangi 54.03% berbanding Binali Yildirim 45.09%,serta menang 28 daerah perbandaran dari 39 daerah berbanding 16 daerah dalam pilihanraya 31 March yang lalu. Beliau juga berjaya menambah undi popular dari 13,729 ke 777,581, suatu lonjakkan yang besar berbanding undi Binali Yildirim.

3.Faktor generasi muda juga memberi impak besar kekalahan AK Parti. Bagi mereka Imamoğlu yang berumur 49 tahun lebih mempunyai tarikan generasi berbanding Binali yang berumur 64 tahun dan Erdoğan 65 tahun. Selera anak muda ialah ingin mencuba sesuatu yang baru adalah fenomena yang berlaku di mana-mana.

4.Politik Turki banyak dipengaruhi oleh ketokohan pemimpin. Pilihanraya Istanbul bagi penduduk Istanbul yang lebih ‘sophisticated’ dan bermaklumat, ialah memilih antara Ekrem Imamoğlu dari CHP atau Recep Tayyib Erdoğan dari AK Parti dan bukan Binali Yildirim. Buat pertama kali CHP berjaya menampilkan tokoh politik yang bukan anti agama malah inklusif dalam personaliti Imamoğlu. Difahamkan Imamoğlu(terjemahan Melayu, anak Imam) solat dan berpuasa di bulan Ramadhan. Ini suatu yang agak luar biasa bagi sebuah Parti yang sejarahnya anti Islam. Bagi mereka Erdoğan sudah terlalu lama memerintah sejak tahun 2003 dan tiba masa untuk pembaharuan.

5.Dukungan Barat terhadap Parti Pembangkang melalui NGO tajaannya selain bantuan dana banyak memberi kekuatan strategi dan logistik kepada Parti Pembangkang. Bagi Barat, politik Islam Erdoğan bakal menimbulkan masalah kestabilan politik khususnya di Eropah.

6.Strategi tiga Phobia oleh Media Barat iaitu Islamophobia,Turkophobia dan Erdoğanophobia telah berjaya mengekalkan pengaruh Sekular Turki dan menghalang politik Islam Ummatik yang dipelopori Erdoğan dari menguasai politik Turki keseluruhannya. Bagi Imamoğlu kemenangannya ini ialah ‘a new beginning’, suatu permulaan untuk menjatuhkan AK Parti yang dituduh sebagai semakin otokratik dan anti demokrasi, naratif Barat terhadap Erdoğan.

7.Keretakan dalaman AK Parti bukanlah suatu rahsia lagi. Dengan terpinggirnya pengasas Parti , Abdullah Gül dan perletakkan jawatan secara paksa sebagai Perdana Menteri terhadap Dr Ahmed Davutoğlu serta serangan Saadet Partisi yang makin kuat telah memberi kesan retak dalaman yang semakin parah. Generasi pengasas AK Parti juga makin tersisih dan digantikan dengan generasi muda yang penuh ghairah tetapi belum ‘tested’ dalam asam garam perjuangan. Erdoğan kena melakukan sesuatu yang drastik bagi menanggani keretakan politik dalaman ini.

Bagaimana kita harus bersikap?

1. Apapun yang berlaku, Erdoğan masih lagi relevan dalam politik membebaskan dunia islam dari cengkaman Barat menjelang 100 runtuhnya Khilafah Uthmaniyyah pada 2024. Beliau lah antara pemimpin Islam setakat ini yang berani dan mempunyai cita-cita dan wawasan untuk Islam kembali menjadi antara kuasa baru dunia. Serangan ekonomi terhadap Turki menggambarkan betapa politik Erdoğan memberi impak kepada dunia.

2. Gagasan kembali kepada zaman Kekhalifahan bukan bermakna kembali ke zaman Khilafah Uthmaniyyah, tetapi gabungan negara-negara Islam yang mempunyai cita-cita dan misi Tahririy(pembebasan) untuk bebas dari cengkaman dan perhambaan Barat dan melakar politik Islam yang Ummatik dan bersatu.

3. Kita mengharap agar dilakukan muhasabah yang sesungguhnya oleh Erdoğan dan AK Parti, cari titik kelemahan,berani mengaku kesilapan, santuni perbedaan pandangan dan pendapat, amalkan politik inklusif,satukan semua Parti yang mempunyai cita-cita Islamik.

4. Dunia Islam berada di persimpangan. Di kala Politik Zionism semakin menyerlahkan taringnya, Erdoğan di satu pihak mencuba untuk menjayakan Misi Tahririy, namun di satu pihak pula ingin terus mempertahankan status quo, menjadi boneka dan hamba suruhan penjajah Barat, malah memusuhi Turki dan Erdoğan pulak.

Kepada ALlah kita berserah, moga fajar akan menyinsing jua akhirnya. Moga kita terus berada diatas siratul mustaqim hendaknya.

Read 301 times
Rate this item
(1 Vote)
Tingkatkan Kesedaran Mengenai Keselamatan Dan Peranan Wanita

4hb Mei 2019 (Sabtu): Alhamdulillah, YAB Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah merasmikan “International Conference of Women Security and Global Challenges 2019 (ICWSGC 2019)” anjuran anjuran SALWA, ABIM dan PKPIM. Dalam ucapannya, beliau menyentuh soal negara dan rantau ini memerlukan lebih banyak pangkalan data, supaya isu-isu khusus mengenai wanita dapat ditangani dengan tepat. Beliau turut menyampaikan hasrat agar dapat lihat lebih banyak usaha penyelidikan dan penyebaran hasil penyelidikan tentang keselamatan wanita. Ramai tokoh tampil membuat pembentangan dan perkongsian, termasuklah Duta Turki ke Malaysia, TYT Dr Merve Safa Kavakci. Program ini bermatlamatkan untuk meningkatkan kesedaran kepada perlunya tanggungjawab yang lebih besar dalam menyantuni keselamatan wanita dalam hal politik, ekonomi, kesihatan dan teknologi, di samping memartabatkan peranan dan potensi wanita dalam menghadapi cabaran global.

Read 564 times
Rate this item
(0 votes)
Sepuluh Tahun Semenjak Detik 7 Mac 2009

Terlalu banyak kisah terpendam untuk diceritakan buat generasi masa depan, tentang perjuangan memartabat dan mendaulat bahasa kebangsaan di tanah air sendiri.

Al-Fatihah sekudusnya buat Allahyarham Dato' Hassan Ahmad, Allahyarham Abu Qassim Nor Azmi, serta semua pejuang bahasa yang telah pergi meninggalkan kita. 10 tahun berlalu, namun perjuangan membantah perlaksanaan PPSMI, DLP mahupun apa jua usaha memperlekeh bahasa Melayu, takkan pernah padam. ABIM dan PKPIM akan tetap konsisten dalam perjuangan ini, apa juga halangan yang menanti.

Read 814 times
Rate this item
(0 votes)
Street Dakwah PKPIM Sempena Tahun Baru 2019

Pada 31 Disember sehingga 1 Januari yang lalu, PKPIM dengan kerjasama Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan AWQAF Holdings telah mengambil satu pendekatan baru dalam menyambut tahun baru dengan menjayakan Street Dakwah PKPIM.

Membawa tema Rahmatan Lil Alamin, program ini dilaksanakan sebagai satu agenda advokasi kepada orang ramai mengenai kesedaran isu sosial yang berlaku di kalangan masyarakat kita. Selain sebaran risalah dan pamplet, turut diadakan sesi soal jawab dan penerangan yang mensasarkan kepada masyarakat lalu-lalang yang hadir ketika itu.

Turut hadir bersama sebagai jemputan khas adalah YAB Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Menteri Belia & Sukan), Saudara Jufitri Joha (Presiden Majlis Belia Malaysia) serta Saudara Muhamad Nur Iman Abdul Khudus (Presiden PKPIM).

Semoga Street Dakwah ini menjadi sebuah pengalaman berharga buat semua para peserta dan menzahirkan pengetahuan yang bermanfaat buat masyarakat setempat, insyaAllah.

Read 907 times
Rate this item
(0 votes)
RES Q Hewi PKPIM Bentuk Sahsiah Remaja

23hb Februari 2019 (Sabtu) : Alhamdulillah, Exco Dakwah ABIM, Ustaz Mohd Shazni Abdullah telah memenuhi undangan untuk membuat perkongsian kepada warga Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah. Selain itu, Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPIWP) dan Persatuan Pembimbing Belia Islam Pulau Mutiara (PEMBIMBING) dengan kerjasama ABIM Wilayah Persekutuan turut menggerakkan Program Remaja Sahsiah Berkualiti (ResQ) buat anak-anak syurga ini.

ResQ adalah inisiatif program yang digerakkan oleh HEWI PKPIM berfokus kepada pembentukan sahsiah remaja yang baik, mengangkat maruah diri remaja serta pendedahan tentang pendidikan kesihatan reproduktif dan abstinen. Semoga adik-adik ini dapat memperoleh ilmu yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan mereka sehingga ke akhirnya, insya Allah.

Penerangan Program Res Q oleh Saudari Fatin Nabilah Azlan, Naib Presiden (Hewi), PKPIM.

Read 787 times
Rate this item
(0 votes)
Mendukung Integriti Dan Kebebasan Badan Kehakiman

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia WADAH memandang berat isu Ketua Hakim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Peguam Negara, Menteri Undang-Undang dan peguam persendirian menari sepentas pada majlis makan malam Opening of Legal Year 2019 (OLY) peringkat Sabah dan Sarawak di Kota Kinabalu Sabah.

Menurut Tertib Tatakelakuan Hakim, badan kehakiman mesti mengelakkan ketidaksopanan dan gambaran ketidaksopanan dalam semua aktiviti kehakiman. Di antaranya:- Seorang hakim tidak boleh-

a.membenarkan apa-apa hubungan mempengaruhi kelakuan kehakiman atau penghakimannya;

b.menggunakan prestij jawatan kehakimannya untuk memajukan kepentingan peribadinya atau orang lain;

dan

c.memberikan atau membenarkan orang lain memberikan gambaran kepada mana-mana orang bahawa mereka berada dalam kedudukan yang istimewa untuk mempengaruhinya.

Selain itu juga,

Read 950 times
Rate this item
(0 votes)
[Video] Malaysia Baharu Mencari Makna Di Balik Kata

Berdasarkan Teks Asal Hijrah Ke Malaysia Baharu: Mencari Makna Di Balik Kata Oleh:Dato' Dr. Siddiq Fadzil

Malaysia Baharu bukan sekadar ungkapan biasa. Istilah Malaysia Baharu mempunyai konotasi makna yang amat mendalam beserta agenda penting yang wajib dilaksanakan. Barangkali tiada perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkan anjakan penghijrahan ke era Malaysia Baharu daripada yang dinukilkan sendiri oleh Tokoh Ma’al Hijrah 1440H, Dato’ Dr Siddiq Fadzil:

“Di balik kata Malaysia Baharu tersirat makna segunung harapan terangkatnya martabat insan, tegaknya keadilan, berdaulatnya kebenaran, meratanya kemakmuran dan terjamin keselamatan. Segala harapan tersebut hanya akan Malaysia Baharu: ‘Mengangkat Aspirasi Rakyat, Memartabatkan Amanah Umat’  dapat direalisasikan dengan menegakkan moral bangsa berasaskan nilai-nilai agama dan budaya. Malaysia Baharu harus benar-benar suatu departure, suatu anjakan mendasar dari era sebelumnya, era yang tercedera dengan rasuah, penyalahgunaan kuasam pelanggaran hak asasi manusia dan keruntuhan nilainilai moral.”

Dalam syarahan pentingnya terhadap makna dan esensi Malaysia Baharu (Siddiq, 2018), idealog gerakan Islam tersebut telah turut melontarkan agenda-agenda besar transformatif-reformatif berikut untuk dilaksanakan:

  • Transformasi kemanusiaan dan kebudayaan (human and cultural transformation)                                                                                              
  • Penegakan Moral Politik yang bermatlamat membina semula moraliti bangsa dan komited terhadap misi pendaulatan nilai kebenaran dan kejujuran.                                                                                                                                                                                                            
  • Merealisasikan pentadbiran maslahi, iaitu pelayanan pemerintahan terhadap rakyat menerusi dasar-dasar yang sejalan dengan maslahah.                                                                                                                                                                                                            
  • Penegakan Moral Ekonomi yang berasaskan perjuangan menangani segala faktor penyebab utama di sebalik kemiskinan dengan membuka kesempatan untuk kaum dhu’afa’ merubah nasib.                                                                                                                                 
  • Islam dalam era ini harus berfungsi sepenuhnya sebagai agama rahmat ke arah pembebasan daripada segala belenggu, termasuk belenggu penjajahan ekonomi.                                                                                                                                                                                
  • Malaysia Baharu bererti era baru bagi demokrasi dengan memperhebat proses demokratisasi yang beresensikan partisipasi dan emansipasi.                                                                                                                                                                                                                 
  • Malaysia baru yang berkeadilan sosial dengan agenda pendemokrasian ekonomi berasaskan pemerataan keadilan (distributive justice).

 Tonton video syarahan di bawah:-

 

 

Read 1073 times
Rate this item
(0 votes)
Street Dakwah Tahun Baru PKPIM Dapat Perhatian TPM

Sambutan Tahun Baharu sering kali dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api, pesta lampu, konsert dan sebagainya. Namun pada tahun ini, ada kelainan yang ingin ditonjolkan. Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail turut hadir & merasmikan Street Dakwah yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).

Read 1140 times
Rate this item
(0 votes)
  •  Start 
  •  1 
  •  End 
Page 1 of 6

Berita ABIM

People’s Republic of
The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) urges the People's Republic of China to immediately ...
Naib Presiden Helwa ABIM
11hb September 2019 (Rabu): Alhamdulillah, Puan Nor Azura Kamarudin Sohami, Naib Presiden ABIM ...
Modul Diriku Permata
25hb Ogos 2019 (Ahad): Alhamdulillah, sempena Konvensyen Inspirasi Wanita, Penolong Setiausaha ...
Consistency key to
KUALA LUMPUR: An Islamic NGO said race and religious relations can be improved if there is ...
Helwa ABIM Gesa Jaminan
Bahagian Hal Ehwal Wanita (HELWA) ABIM menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan ...
Wanita & Naluri
Ada ketika rasa tidak berdaya bila teringat saudara-saudara yang sedang diuji di luar sana. Kosong. ...
ABIM Kecam Mansuh Status
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam pemansuhan Perkara 370 Perlembagaan India baru-baru ...
Aidil Adha: Tingkatkan
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak ...

ABIM Negeri

People’s Republic of
The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) urges the People's Republic of China to immediately ...
Naib Presiden Helwa ABIM
11hb September 2019 (Rabu): Alhamdulillah, Puan Nor Azura Kamarudin Sohami, Naib Presiden ABIM ...
Modul Diriku Permata
25hb Ogos 2019 (Ahad): Alhamdulillah, sempena Konvensyen Inspirasi Wanita, Penolong Setiausaha ...
Consistency key to
KUALA LUMPUR: An Islamic NGO said race and religious relations can be improved if there is ...
Helwa ABIM Gesa Jaminan
Bahagian Hal Ehwal Wanita (HELWA) ABIM menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan ...
Wanita & Naluri
Ada ketika rasa tidak berdaya bila teringat saudara-saudara yang sedang diuji di luar sana. Kosong. ...
ABIM Kecam Mansuh Status
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam pemansuhan Perkara 370 Perlembagaan India baru-baru ...
Aidil Adha: Tingkatkan
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak ...
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd