Agensi ABIM

Published in Agensi ABIM

Bagaimana Kita Menjadikan Kehidupan Kita Dan Kehidupan Orang Lain Lebih Baik Featured

Mar 11, 2019 Hit: 1003 Written by 
Bagaimana Kita Menjadikan Kehidupan Kita Dan Kehidupan Orang Lain Lebih Baik

Alhamdulillah, pada 18-19hb Fwbruari 2019, Adab Youth Garage (AYG) telah diberi ruang dan peluang menjalin kerjasama strategik bersama Urbanice Malaysia dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bagi menjayakan Malaysia Urban Forum (MUF) 2019.

YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah berucap merasmikan forum ini yang dijalankan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Beliau melontarkan persoalan bagaimana kita menjadikan kehidupan kita dan kehidupan orang lain lebih baik?

Beliau berharap agar forum ini bukan hanya menyentuh soal reka bentuk fizikal dan sifat bandar, tetapi juga isu-isu asas seperti kemiskinan, peminggiran, peluang pekerjaan, kos hidup, akses kepada perkhidmatan yang baik, kesihatan dan kebahagiaan keluarga. MUF 2019 merupakan forum 2 hari untuk menggalakkan peserta mengetengahkan idea berkaitan agenda perbandaran.

Ucaptama program telah disampaikan oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa yang menekankan soal inklusiviti dan penglibatan aktif penduduk bandar. Bersama kita doakan moga-moga AYG dapat membantu lebih ramai anak muda untuk minat terhadap aktiviti kesukarelaan, serta mengelakkan para belia daripada terlibat dengan perkara yang tidak sihat.

Read 1003 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Sebagai Gerakan
  Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakātuh. Alhamdulillah, walaupun pergerakan agak ...
Covid-19: Lima Puluh NGO
Kenyataan Bersama 50 Buah Badan-Badan Masyarakat Madani (CSO)20 Mac 2020 / 25 Rejab 1441 HGESAAN ...
COVID 19: ABIM Gesa
KENYATAAN MEDIAANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)16 MAC 2020 / 21 REJAB 1441 H COVID 19 : ABIM ...
Virus Korona: Muhasabah
VIRUS KORONA: MUHASABAH DAN SIKAP MUSLIM Oleh: Shaykh Dr. ‘Abd al-Razzāq bin ‘Abd al-Muḥsin ...

ABIM Negeri

Seimbang Untuk Sejahtera