×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 277
JUser: :_load: Unable to load user with ID: 276

Agensi ABIM

Kolej Dar Al Hikmah Terima Penarafan 4 Bintang My Quest

Kolej Dar al-Hikmah baru-baru ini telah menerima penarafan empat bintang untuk Penilaian Kolej-kolej Malaysia (MyQuest) yang dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Penarafan ini merupakan penilaian oleh KPT terhadap Institusi Pendidikan Tinggi Swasta seluruh Malaysia sebagai pengukur prestasi sepanjang sesi 2012/2013.

Read 1257 times
Rate this item
(1 Vote)
Global Peace Mission Buka Pusat Aktiviti Belia di Gombak

27 Jun 2012 - Global Peace Mission (GPM) Malaysia dengan rasminya telah membuka Pusat Aktiviti Belia (PAB) pada hari ini. PAB ini  mensasarkan remaja dan belia yang berumur di antara 10-25 tahun terutama bagi mereka yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapat manfaat.

Antara kemudahan yang disediakan di PAB ini adalah perpustakaan mini, kemudahan akses kepada internet dan siaran televisyen tempatan & antarabangsa, bilik musafir dan juga dewan yang boleh memuatkan seramai 50 orang pada satu-satu masa. Selain daripada kemudahan yang disediakan, PAB ini juga berperanan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti remaja & belia seperti permainan dalaman seperti Chess, Carrom, Sahibba dan lain-lain.

Read 1113 times
Rate this item
(0 votes)
GPM Lancar Kempen Bantuan Ramadhan Untuk Syria dan Rohingya

Global Peace Mission (GPM) Malaysia melahirkan kegusaran dan keprihatinan terhadap konflik kemanusiaan yang telah dan sedang berlaku di serata dunia. Konflik kemanusiaan yang berlaku di Palestin, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Selatan Thailand, Selatan Filipina, Somalia, Kenya, Nigeria, Kashmir, Iraq,  Syria dan terbaru di Myanmar (Rohingya), cukup meresahkan aktivis-aktivis kemanusiaan. Dunia kini seolah-olah telah kehilangan nilai penting sebuah kehidupan dan gagal untuk memaknai nilai keamanan sejagat.

Read 1148 times
Rate this item
(0 votes)
Remaja Kehilangan Kaki Cuba Bantu Rakan Ditembak di Syria

8 Jun 2012 - Sukacita dimaklumkan, ABIM menerusi agensi kemanusiaan Global Peace Mission (GPM) baru sahaja menyalurkan bantuan fasa pertama kepada pelarian Syria. Menurut ketua delegasi bantuan kemanusiaan siri pertama ABIM-GPM ke sempadan Syria-Turki, Saudara Syahrir Azfar, antara perkara yang menyayat hati ketika berada mengagihkan bantuan ke Syria baru-baru ini ialah ketika mereka menziarahi seorang anak muda berusia 19 tahun yang kehilangan kakinya akibat terkena bom semasa mahu membantu seorang rakannya ditembak ketika menghadiri sebuah perhimpunan aman di negara tersebut.

Read 919 times
Rate this item
(1 Vote)

Bengkel Sukarelawan Bantu Mualaf

May 05, 2012
Hit: 1910
Written by
Bengkel Sukarelawan Bantu Mualaf

Bagi memberi penerapan atau pendedahan ilmu mengenai aktiviti sukarelawan dalam membantu dakwah Islamiah kepada saudara Muslim, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan menganjurkan Bengkel Sukarelawan Perkim bertempat di Bilik Mesyuarat Perkim, Tingkat 4, Bangunan Perkim, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 5 Mei lalu.

Ia disertai 60 peserta terdiri daripada kalangan ahli perniagaan, guru, cendekiawan, penjawat awam dan swasta, pelajar kelas pengajian harian Perkim serta mahasiswa universiti sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Read 1910 times
Rate this item
(1 Vote)

Berita ABIM

Wanita & Naluri
Ada ketika rasa tidak berdaya bila teringat saudara-saudara yang sedang diuji di luar sana. Kosong. ...
ABIM Kecam Mansuh Status
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam pemansuhan Perkara 370 Perlembagaan India baru-baru ...
Aidil Adha: Tingkatkan
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak ...
Tahniah! Maahad Al-Ummah
Alhamdulillah, anggota pasukan sofbol atau bola lisut SABK Maahad Al-Ummah, Chemor, Perak telah ...
Keanggunan Sikap dan
Imej diri adalah refleksi keseluruhan diri, pesona luar dan dalam seseorang individu. Ia merangkumi ...
Pemimpin Perlu Amalkan
20 Julai 2019 , KOTA KINABALU - Seramai 64 orang pemimpin pelajar Maktab Sabah telah mengikuti ...
ABIM Sokong Desakan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut gesaan kerajaan Malaysia menerusi kenyataan Yang ...
Fakta Dan Kajian
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada hasrat YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir ...

ABIM Negeri

Wanita & Naluri
Ada ketika rasa tidak berdaya bila teringat saudara-saudara yang sedang diuji di luar sana. Kosong. ...
ABIM Kecam Mansuh Status
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam pemansuhan Perkara 370 Perlembagaan India baru-baru ...
Aidil Adha: Tingkatkan
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak ...
Tahniah! Maahad Al-Ummah
Alhamdulillah, anggota pasukan sofbol atau bola lisut SABK Maahad Al-Ummah, Chemor, Perak telah ...
Keanggunan Sikap dan
Imej diri adalah refleksi keseluruhan diri, pesona luar dan dalam seseorang individu. Ia merangkumi ...
Pemimpin Perlu Amalkan
20 Julai 2019 , KOTA KINABALU - Seramai 64 orang pemimpin pelajar Maktab Sabah telah mengikuti ...
ABIM Sokong Desakan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut gesaan kerajaan Malaysia menerusi kenyataan Yang ...
Fakta Dan Kajian
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada hasrat YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir ...
DMC Firewall is a Joomla Security extension!