Agensi ABIM

SERI Al-Ummah Juara Bolasepak Ihtifal 2017 Featured

Mar 20, 2017
Hit: 1258
Written by
SERI Al-Ummah Juara Bolasepak Ihtifal 2017

19 Mac 2017, Kuantan:- Alhamdulillah Seri Al Ummah Chemor telah muncul johan untuk acara Bolasepak sempena penganjuran Ihtifal Sukan Sekolah-Sekolah ABIM Peringkat Kebangsaan 2017. Kemenangan ini dicapai setelah mengatasi SERI Alor Setar 1-0 dalam perlawanan rancak yang diadakan di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Untuk rekod sebelum ke Kuantan, SERI Al-Ummah telah muncul sebagai Naib Juara MSSD Daerah Kinta, di Perak Darul Ridzuan.

Read 1258 times
Rate this item
(0 votes)

Ihtifal Sukan 2017 Meriah Dengan Semangat Kesukanan Featured

Mar 20, 2017
Hit: 1289
Written by
Ihtifal Sukan 2017 Meriah Dengan Semangat Kesukanan

17hb Mac 2017 (Jumaat): Alhamdulillah, telah berlangsung Perasmian Majlis Ihtifal (Sukan) Kebangsaan SERI/SEMI Kali Ke-17 (Yayasan Takmir Pendidikan) di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang. Hadir merasmikan program ialah YB Dato' Syed Ibrahim Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah Dan Tugas-tugas Khas, yang mewakili Menteri Besar Pahang.

Sekolah Rendah dan Menengah Islam ABIM (SERI dan SEMI) merupakan institusi kerakyatan yang dibangunkan bersama Taman Asuhan Kanak-kanak Islam ABIM (TASKI), Tahfiz ABIM serta Kolej dar al-Hikmah (KDH) dengan memperjuangkan konsep Pendidikan al-Hikmah.

Alhamdulillah, Majlis Ihtifal (Sukan) Kebangsaan SERI/SEMI Kali Ke-17 (Yayasan Takmir Pendidikan) turut diserikan dengan kehadiran Presiden ABIM,Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim yang meluangkan masa meninjau-ninjau acara yang diadakan di samping memberi sokongan moral kepada peserta dan ahli jawatankuasa ihtifal. Sukan dan rekreasi tidak pernah dipinggirkan dalam kamus perjuangan. Malahan, Rasulullah SAW sendiri menggalakkan Ummat agar aktif beriadah, untuk rohani dan jasmani yang sihat.

Read 1289 times
Rate this item
(0 votes)
Sessi Penerangan Aplikasi Solar Di SEMI ABIM Johor Bahru

22 Januari 2017, Johor Bahru:- Baru-baru ini telah diadakan sessi "Pengenalan Kepada Sistem AC & DC: Aplikasi Dalam Sistem Solar." di Sekolah Menengah Islam (SEMI) ABIM Johor. Penerangan ini telah memperkenalkan para pelajar SEMI dengan aplikasi asas tenaga Solar terutama sekali di kalangan para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PT3. Sessi penerangan ini dibuat dengan Kerjasama Bersama:- Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ) dan Sekolah Menengah Islam Johor Bahru. Pembentangan dibuat oleh Dr Jasrul Jamani Jamian, Dr Zulkarnain Ahmad Noorden serta dibantu Cik Nor Fatihah Mohd Zaid. Penghargaan dari pihak ABIM Johor telah disampaikan oleh saudara Farhan Ashaari, Setiausaha ABIM Negeri 

 

 

 

Read 745 times
Rate this item
(0 votes)
Gerobok Sedeqah Inovasi Khidmat Masyarakat Terbaru AYG

18 Februari 2017, Bangi:- ADAB Youth Garage dengan kerjasama ABIM Daerah Bangi telah melancarkan projek "Gerobok Sedeqah". Bertempat di premis ADAB Youth Garage di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi. Gerobok Sedeqah membolehkan individu-individu yang memerlukan mendapatkan barang keperluan dapur di "gerobok" yang disediakan. Barang-barang keperluan tersebut diterima dalam bentuk sumbangan daripada masyarakat.

Bagi individu atau keluarga yang bekeperluan, sila kunjungi tempat kami. Boleh ambil dalam kuantiti yang diperlukan pada bila-bila masa. Kepada yang ingin menyumbang boleh datang terus ke tempat kami dan tinggalkan barang di Gerobok yang disediakan atau hubungi no tel dibawah. Alamat: ADAB Youth Garage, No. 15 Jalan 1/4A, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi (bersebelahan Pasar Basah Sek 1) Hubungi: 013-275 0537 

Read 938 times
Rate this item
(0 votes)

Pelajar Rohingya Di Malaysia Gigih Menuntut Ilmu Featured

Jan 24, 2017
Hit: 1093
Written by
Pelajar Rohingya Di Malaysia Gigih Menuntut Ilmu

3 Januari 2017, Klang:- Pelajar terbaik UPSR-R 2016 Rohingya Education Centre - REC Klang, adik Parwan Begum (bersweater merah) diterima masuk ke Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Islam Ad-Diniah, Sungai Bakap, Seberang Prai bersama-sama dua orang pelajar dari Rohingya Education Centre - REC Pulau Pinang. Pada UPSR-R yang lalu, beliau berjaya mendapat 1A dan lulus kesemua kertas.Didoakan semoga adik Parwan Begum berjaya di peringkat lebih tinggi dan menjadi inspirasi kepada anak-anak Rohingya di Malaysia untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik.

 

Read 1093 times
Rate this item
(0 votes)
Institut Pendidikan ABIM Di Seluruh Negara Kembali Dibuka

3 Januari 2016, Sungai Ramal Dalam:- Alhamdulillah rangkaian institusi-institusi pendidikan ABIM seluruh negara telah meraikan kembali para pelajar setelah bercuti selama sebulan. SERI & SEMI ABIM Sungai Ramal Dalam, Kajang, telah memulakan kembali sessi pembelajarannya bersempena dengan sessi persekolahan baru untuk tahun 2017 dengan kemudahan baru "Dataran Berbumbung" untuk dimanfaatkan para pelajar sepanjang sessi pembelajaran serta ko-kurikulum kelak.

Read 772 times
Rate this item
(0 votes)
Ihtifal Taski ABIM Perak Semarakkan Iltizam Angkat Gagasan Pendidikan Al-Hikmah

Alhamdulilah, Majlis Konvokesyen Taski ABIM Daerah Kinta telah dijalankan pada 13hb November 2016 (Ahad) di Dewan Institut Tadbiran Islam (INTIM), Ipoh, Perak. Exco ABIM Pusat, Saudara Zairudin Hashim (Che Din) tampil merasmikan majlis yang penuh meriah lagi bermakna ini. Turut hadir, Saudara Abd Rahman Darus (PSU ABIM Perak); Saudara Mohd Faizal Ramli (Pengerusi, Badan Amal Dan Keluarga ABIM - BAKA); Saudara Ahmad Firdaus Mohd Noor (TYDP ABIM Daerah Kinta); serta Dr. Mior Azman Mior Said (Pengerusi, Lembaga Pengelola TASKI ABIM Daerah Kinta). Majlis konvokesyen ini diadakan dengan gabungan 10 buah TASKI di bawah ABIM Derah Kinta, di mana seramai 120 orang pelajar selamat bergraduasi. Semoga anak-anak ini terus cemerlang duniawi dan ukhrawi; bersama semangat pendidikan Darul Hikmah -- bagi melahirkan Khayra Ummah. Tahniah dan terima kasih diucapkan buat kesemua warga pendidik TASKI ABIM yang berjasa; serta kepercayaan yang diberikan oleh para ibu bapa.

 

 

ibu bapa yang tidak putus memberikan sokongan dan harapan.

Read 930 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Wanita & Naluri
Ada ketika rasa tidak berdaya bila teringat saudara-saudara yang sedang diuji di luar sana. Kosong. ...
ABIM Kecam Mansuh Status
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam pemansuhan Perkara 370 Perlembagaan India baru-baru ...
Aidil Adha: Tingkatkan
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak ...
Tahniah! Maahad Al-Ummah
Alhamdulillah, anggota pasukan sofbol atau bola lisut SABK Maahad Al-Ummah, Chemor, Perak telah ...
Keanggunan Sikap dan
Imej diri adalah refleksi keseluruhan diri, pesona luar dan dalam seseorang individu. Ia merangkumi ...
Pemimpin Perlu Amalkan
20 Julai 2019 , KOTA KINABALU - Seramai 64 orang pemimpin pelajar Maktab Sabah telah mengikuti ...
ABIM Sokong Desakan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut gesaan kerajaan Malaysia menerusi kenyataan Yang ...
Fakta Dan Kajian
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada hasrat YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir ...

ABIM Negeri

Wanita & Naluri
Ada ketika rasa tidak berdaya bila teringat saudara-saudara yang sedang diuji di luar sana. Kosong. ...
ABIM Kecam Mansuh Status
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam pemansuhan Perkara 370 Perlembagaan India baru-baru ...
Aidil Adha: Tingkatkan
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak ...
Tahniah! Maahad Al-Ummah
Alhamdulillah, anggota pasukan sofbol atau bola lisut SABK Maahad Al-Ummah, Chemor, Perak telah ...
Keanggunan Sikap dan
Imej diri adalah refleksi keseluruhan diri, pesona luar dan dalam seseorang individu. Ia merangkumi ...
Pemimpin Perlu Amalkan
20 Julai 2019 , KOTA KINABALU - Seramai 64 orang pemimpin pelajar Maktab Sabah telah mengikuti ...
ABIM Sokong Desakan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut gesaan kerajaan Malaysia menerusi kenyataan Yang ...
Fakta Dan Kajian
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada hasrat YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir ...
Our website is protected by DMC Firewall!