Agensi ABIM

Teruja Pertama Kali Puasa Featured

Jun 06, 2018
Hit: 872
Written by
Teruja Pertama Kali Puasa

RAMADAN kali ini amat bermakna bagi dua beradik Orang Asli, apabila mereka pertama kali menjalani ibadah puasa walaupun sudah memeluk Islam sejak kecil. Nomi Jantan, 21, dan adiknya, Mohd Nor, 19, berasal dari suku kaum Semaq Beri di Sungai Beru, Kuala Terengganu, mempelajari ajaran Islam di Pusat Latihan dan Dakwah Orang Asli (PULDOA) Islamic Outreach ABIM Kelantan, Kok Lanas.

Mereka kelihatan tidak sabar menyempurnakan rukun Islam ketiga selepas mula mengenali ibadah itu sejak Januari lalu di pusat terbabit. Ditanya pengalamannya selepas tiga hari berpuasa, Nomi berkata, dia sudah dapat membiasakan diri daripada menahan lapar dan dahaga apabila sebelum ini sudah diajar berpuasa sunat pada setiap Isnin dan Khamis sejak Mac lalu.

Bagaimanapun, anak kelima daripada sembilan beradik itu berkata, pengalaman pertama kali menjalani ibadah puasa tidak mungkin dilupakan kerana ia mengajar erti kesabaran. "Pada mulanya memang sukar hendak dilakukan, maklum saja terpaksa menahan lapar dan dahaga.

Namun, saya mula belajar sedikit demi sedikit erti kesabaran bagi menyempurnakan ibadah berkenaan. "Semua ahli keluarga saya memang sudah lama memeluk Islam, namun kami tidak pernah menunaikan ibadah puasa kerana kurang pendedahan mengenainya, sehinggalah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menghantar kami ke pusat ini bagi menuntut ilmu agama.

"Apa yang pasti, selepas saya sudah mahir dalam ilmu Islam ini, sudah tentu saya akan berkongsi dengan keluarga lain supaya mereka dapat menyempurnakan semua rukun Islam," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Dua beradik berkenaan adalah antara 90 pelajar yang kebanyakannya pertama kali menjalani ibadah puasa selepas mula mendalami ilmu Islam di PULDOA, di sini.

Sementara itu, Mohd Nor gembira kerana berpeluang menunaikan solat tarawih seperti yang dilakukan umat Islam sepanjang Ramadan. "Inilah kali pertama saya melakukan solat berjemaah terutama tarawih dan saya rasa sangat tenang selepas melakukannya," katanya. Sumber Harian Metro.

Read 872 times
Rate this item
(0 votes)

6,536 Tudung Untuk Keamanan Featured

Mar 22, 2018
Hit: 1018
Written by
6,536 Tudung Untuk Keamanan

Kuala Lumpur: Sempena Hari Wanita Sedunia disambut 8 Mac setiap tahun, Global Peace Mission (GPM) Malaysia melalui projek khasnya, Malaysian Life Line For Syria (MLLFS) menghantar dua wakil bagi menyertai Konvoi Wanita Untuk Syria. Program membabitkan konvoi 150 bas bermula kelmarin adalah yang terbesar khusus untuk membantu rakyat Syria menjadi pelarian di Turki, ketika ini berdepan krisis kemanusiaan terburuk akibat tersepit dalam konflik perang.

Ketua Pegawai Eksekutif GPM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, konvoi itu adalah usaha masyarakat dunia menyatakan solidariti terhadap mangsa kekejaman peperangan Syria khususnya wanita. “Konvoi dianjurkan secara bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa antaranya Union of NGOs of The Islamic World (UNIW), Yayasan Belia Turki (TUGVA), Humanitarian Relief Foundation (IHH) dan Memur-Sen selain turut mendapat sokongan padu kerajaan Turki.

Read 1018 times
Rate this item
(0 votes)

Ibrah Dari Bumi Suria Featured

Feb 12, 2018
Hit: 1163
Written by
Ibrah Dari Bumi Suria

Oleh: Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin, Naib Presiden ABIM & CEO Global Peace Mission (GPM) Malaysia

Imej kanak-kanak lelaki Syria bernama Omran Daqneesh berusia lima tahun duduk di dalam ambulans dalam keadaan terkejut sambil berlumuran darah dan debu selepas menjadi mangsa serangan udara telah menarik perhatian dunia. Sebelum ini, gambar sekujur tubuh si anak kecil bernama Aylan Kurdi, tiga tahun terdampar di pantai Turki turut mendapat simpati global.

Mereka berdua menjadi simbol dan perlambangan penderitaan jutaan orang awam di negara bergolak Syria. Imej dan gambaran apa lagi yang ingin kita lihat dan viralkan setelah enam tahun krisis yang kelihatannya tiada kesudahan. Diberitakan, permulaan revolusi ini terjadi apabila 10 orang kanak-kanak yang sedar dan cakna akan permasalahan semasa yang berlaku dalam Negara melakukan ‘vandalisme’ dengan menconteng mesej “Rakyat Mahukan Sistem Dijatuhkan” di dinding-dinding sekolah mereka.

Adakah kanak-kanak Syria ini secara berterusan akan menjadi mangsa kerana perbuatan teman-teman mereka ketika permulaan kebangkitan rakyat ini? Memandangkan fenomena Arab Spring dan kerajaan dilihat takut dan berwaspada sekiranya idea kritikan terbuka seperti ini berterusan dan seterusnya menjadi trend kepada rakyat untuk menyuarakan bantahan, maka rejim Bashar al-Assad terus memenjara dan menghukum anak-anak muda ini malahan jari kuku dan tangan mereka turut dicabut!

Peristiwa ini menyebabkan amarah kaum keluarga sebelum memuncak sehingga berlakunya pertempuran antara rakyat dan penguasa yang dilaporkan bermula di wilayah Dar’a dalam daerah Hauran, Syria dan akhirnya merebak hampir ke setiap kawasan dalam Negara yang pernah suatu ketika aman, damai dan harmoni.

Sehingga kini, menurut Laporan Akhir Tahun 2015 berkenaan konflik Syria yang dikeluarkan oleh United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) berkenaan konflik Syria menyebutkan 13.5 juta orang awam memerlukan bantuan, hampir 6.5 juta rakyat Syria hilang tempat tinggal manakala lebih dari 4.2 juta orang telah menjadi pelarian akibat konflik di Negara tersebut.

Read 1163 times
Rate this item
(0 votes)

Adaptasi Nilai Budaya Dan Agama Dalam Alam Sekitar Featured

Dec 23, 2017
Hit: 1045
Written by
Adaptasi Nilai Budaya Dan Agama Dalam Alam Sekitar

oleh Mohd Khairul Ridhwan Adha Akhyar

Read 1045 times
Rate this item
(0 votes)

Pre-Housemanship Course Untuk Bakal Doktor Muda Featured

Oct 23, 2017
Hit: 1561
Written by
Pre-Housemanship Course Untuk Bakal Doktor Muda

Pre-Housemanship Course (Part 2) anjuran Biro Kesihatan ABIM dan Hospital Pakar Al Islam bagi bakal doktor muda kembali lagi dianjurkan. Kali ini pada 21-22hb Oktober 2017, di Dewan Seminar, Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kursus ini dijalankan dengan pengkhususan posting untuk bidang O&G, Surgery, Emergency dan Orthopaedics.

Barisan pakar bertauliah hadir memberi perkongsian seperti Dr Wan Hamilton (HOD O&G Hospital Serdang), Dr Sabariah Faizah (HOD Emergency Dept Hospital Sungai Buloh), Dr Basri Tawil (HOD Orthopaedics Hospital Shah Alam), Dato Prof Razman (HOD Surgery HUKM) dan Dr Mohd Daud Bin Sulaiman (Pakar Perunding Kanan Kardiologi, Hospital KPJ Damansara).

Untuk program praktikal hands on seperti episiotomy and perineum repair, CBD insertion, suturing techniques, preparation in OT dan lain-lain, pakar-pakar hebat yang terlibat adalah: Lt Col Dr Shazni Izana (Pakar O&G, Hospital Angkatan Tentera); Dr Saifullah Al Hany (Pakar Orthopedik Hospital Sungai Petani) dan Dr Zafri Ismadi (Exco ABIM Pusat dan Pakar Kanak Kanak dari Hospital Temerloh).

Membezakan Pre HO Course anjuran kami dengan Pre HO yang lain ialah program pemantapan kerohanian. Slot kuliah Maghrib diisi oleh Yg Bhg Dato Dr Abd Razak Kechik, mantan Pengarah Hospital Kuala Lumpur yang bertajuk "Konsep Sukarelawan dalam Islam"; Program Qiyamullail dan Kuliah Subuh dengan tajuk "Doktor sebagai Daie" yang disampaikan oleh Dr Safwan Mohamad (Registrar Family Medicine dari Kulliyyah Perubatan UIA Pahang); Juga pengisian tajuk "Rukhsah dan Darurah" serta praktikal ibadah pesakit oleh Ustaz Zulkifli (Pegawai Hal Ehwal Khas Hospital Pakar Al Islam).

Kami turut menyediakan set skin pad sebanyak 40 unit dan suturing set (gambar) untuk memastikan para peserta mendapat pengalaman sebenar teknik menjahit dengan betul. Kami juga menyediakan model-model pelvis bagi memudahkan kefahaman para peserta. Bersama menegakkan kebenaran dan keadilan. Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!

Read 1561 times
Rate this item
(1 Vote)
Kumpulan Seri Fitrah ABIM Juarai Young Muslim Talent 2017

29hb Julai 2017 (Sabtu): Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada kumpulan nasyid Seri Fitrah Senior dari SERI ABIM Sungai Ramal, yang memenangi Pertandingan Young Muslim Talent sempena MICF 2017 di MAEPS Serdang. . Para peserta mempamerkan bakat masing-masing, seperti menyanyi, bersyair, nasyid, choral speaking, silap mata, berceramah dan sebagainya. . Kumpulan nasyid legenda, Rabbani turut membuat persembahan di pentas yang sama.

Read 1191 times
Rate this item
(0 votes)

Kerja Gila Tidak Kami Sesali! Featured

Jul 24, 2017
Hit: 1224
Written by
Kerja Gila Tidak Kami Sesali!

Mengenang kembali bagaimana idea gila ini kami cetuskan dan mendapat sokongan padu dari anda semua. .Dan hari ini kami sujud syukur apabila diberitakan ambulans yang kita sama-sama hantar telah mula berkhidmat menyelamatkan nyawa rakyat Syria hanya selepas satu jam ambulans tersebut sampai di Idlib, Syria.

Ya Tuhan. Syukur. Manalah tak bangga. Hasil usaha kita bersama ini. Iya, kita semua yang menjayakannya. . Beberapa bulan lepas sebelum misi bermula, kami tidak tahu samada kami mampu untuk ajak NGO-NGO anak muda untuk bersama-sama NGO Antarabangsa di UK hantar 100 buah Ambulance ke SYRIA Dan kami 'pledge' untuk hantar 10 buah ambulans!

 Mahu tak GILA nak cari sumbangan RM1 juta dalam masa 3 minggu! . Tetapi sebenarnya, ianya tidak mustahil bila kita mula BERMIMPI BESAR dan YAKIN. Walhasilnya, kita berjaya kumpulkan dana untuk beli 7 buah ambulans! Power betul. Alhamdulillah. . Inilah kisahnya bila anak muda bersatu untuk lakukan sesuatu kebaikan.

Dan pastinya ia tidak akan berjaya tanpa sokongan dan dokongan dari anda, para penyumbang yang budiman. . 20 orang anak muda memandu sendiri 7 buah ambulans merentas negara-negara Eropah bermula dari UK ke Bulgaria sebelum ianya dibawa masuk ke Syria.  Ya memang ada kucar kacir, ada gaduh sana sini, dan ada yang terlepas pandang sepanjang perjalanan menghantar ambulans ini.

Tetapi itulah pengajaran berharga buat kami dalam menyampaikan amanah rakyat Malaysia. . Kami percaya masih banyak lagi yang kita boleh lakukan secara bersama dan memberikan impak yang besar dalam gerak kerja membantu Syria dengan 3 syarat; berani bermimpi, berjiwa besar dan optimis.

Dan hakikatnya misi ini berjaya dilaksanakan dengan izin Allah Ta'ala dan juga mereka-mereka yang menjadi tunjang utama; . Saudara Syahrir Azfar alHalabi, CEO MLLFS yang meletakkan kepercayaan dan sokongan padu kepada cetusan idea awal yang dibawa oleh Saudara Muaz at-Thorique.

Read 1224 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Wanita & Naluri
Ada ketika rasa tidak berdaya bila teringat saudara-saudara yang sedang diuji di luar sana. Kosong. ...
ABIM Kecam Mansuh Status
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam pemansuhan Perkara 370 Perlembagaan India baru-baru ...
Aidil Adha: Tingkatkan
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak ...
Tahniah! Maahad Al-Ummah
Alhamdulillah, anggota pasukan sofbol atau bola lisut SABK Maahad Al-Ummah, Chemor, Perak telah ...
Keanggunan Sikap dan
Imej diri adalah refleksi keseluruhan diri, pesona luar dan dalam seseorang individu. Ia merangkumi ...
Pemimpin Perlu Amalkan
20 Julai 2019 , KOTA KINABALU - Seramai 64 orang pemimpin pelajar Maktab Sabah telah mengikuti ...
ABIM Sokong Desakan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut gesaan kerajaan Malaysia menerusi kenyataan Yang ...
Fakta Dan Kajian
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada hasrat YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir ...

ABIM Negeri

Wanita & Naluri
Ada ketika rasa tidak berdaya bila teringat saudara-saudara yang sedang diuji di luar sana. Kosong. ...
ABIM Kecam Mansuh Status
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam pemansuhan Perkara 370 Perlembagaan India baru-baru ...
Aidil Adha: Tingkatkan
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak ...
Tahniah! Maahad Al-Ummah
Alhamdulillah, anggota pasukan sofbol atau bola lisut SABK Maahad Al-Ummah, Chemor, Perak telah ...
Keanggunan Sikap dan
Imej diri adalah refleksi keseluruhan diri, pesona luar dan dalam seseorang individu. Ia merangkumi ...
Pemimpin Perlu Amalkan
20 Julai 2019 , KOTA KINABALU - Seramai 64 orang pemimpin pelajar Maktab Sabah telah mengikuti ...
ABIM Sokong Desakan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut gesaan kerajaan Malaysia menerusi kenyataan Yang ...
Fakta Dan Kajian
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada hasrat YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir ...
DMC Firewall is a Joomla Security extension!