Agensi ABIM

Memberdayakan Dakwah Melalui Pelancongan Masjid Featured

Dec 28, 2018
Hit: 813
Written by
Memberdayakan Dakwah Melalui Pelancongan Masjid

Alhamdulillah, pada 18-20hb Disember 2018, bertemakan “Memberdayakan Dakwah Melalui Pelancongan Masjid”, Persidangan Antarabangsa berkenaan Pelancongan Masjid 2018 (International Conference on Masjid Tourism 2018) telah berlangsung dengan jayanya di Bangi. Program ini dianjur dan disokong oleh Islamic Outreach ABIM Centre (IOAC), Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Islamic Tourism Centre (ITC).

Program ini melibatkan 150 orang peserta antarabangsa dari 13 buah negara seperti Jepun, Hong Kong, Sri Lanka, Taiwan, Maldives, Brunei, Bahrain, Afrika Selatan, Turki, Australia, India, Pakistan, Indonesia dan Thailand. Antara lain, persidangan ini bertujuan mewujudkan pemahaman, peningkatan kesedaran serta keterbukaan pihak pengurusan masjid mengenai kepen-tingan serta manfaat pelancongan masjid.

Read 813 times
Rate this item
(0 votes)

Kita Ke Kebun Dedah Kanak-Kanak Dengan Alam Featured

Dec 13, 2018
Hit: 747
Written by
Kita Ke Kebun Dedah Kanak-Kanak Dengan Alam

Perkongsian kakak sukarelawan yang membantu kami pada hari sabtu yang lepas di Dusun Padi. Program LEARNING GARAGE Disember 2018 , Hari pertama, KITA KE KEBUN. Bukan setakat adik-adik peserta yang mendapat pengalaman baru, abang dan kakak Sukarelawan pun sama. Pengalaman sembelih ayam, siang ikan dan lain-lain

Read 747 times
Rate this item
(0 votes)
AYG Terpilih Sebagai Winner Anugerah Community Base Planning

هذا من فضل ربي

Alhamdulillah, Adab Youth Garage melalui Projek Garaj Belia bersama MBSA telah dinobatkan sebagai WINNER dalam segmen Community Base Planning Award dalam satu Majlis Anugerah berprestij anjuran Malaysia Institute of Planner di Majestic Hotel Kuala Lumpur hari ini. Majlis turut dihadiri oleh Datuk Bandar Shah Alam dan Datuk Bandar yang lain selain turut diserikan dengan Kehadiran Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz. Dalam pertandingan ini, sebanyak 12 kategori telah dipertandingkan, hanya 7 dinobatkan sebagai WINNER manakala yang lain di anugerahkan sebagai Merit dan Special Mention Award. Sejumlah 76 projek telah diketengahkan oleh ramai untuk dipilih oleh para juri. Alhamdulillah.. AYG diangkat sebagai salah satu dari 7 WINNER yang ada. Usaha ini merupakan kejayaan besar Jemaah ABIM WADAH dan Pepias khususnya di Selangor.

Read 812 times
Rate this item
(0 votes)
"Kami Benarkan Peace Village Di Bina Untuk Penduduk Palu"!

Sumber Gambar Sinar Harian

PALU, SULAWESI TENGAH - Atas dasar prihatin dan kemanusiaan Global Peace Mission (GPM) Malaysia sudah memulakan kerja-kerja fasa awal membangunkan Peace Village di Desa Sidera, Biromaru Palu. Timbalan Ketua Pegawai Operasi Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Wan Noor Fadhilah Wan Ibrahim berkata, 20 unit hunian sementara (Huntara) itu dibangunkan untuk penduduk yang terkesan tragedi bencana alam buruk di Palu, Sulawesi Tengah 28 September 2018 lalu.

"Bagaimanapun GPM mensasarkan sumbangan sebanyak RM200,000 bagi menambah unit rumah Peace Village di Desa Sidera sebagai huntara kepada 100 keluarga yang terjejas akibat kejadian likuifaksi, gempa bumi dan tsunami.

"Fasa pembangunan awal telah dimulakan untuk 20 keluarga yang terdiri dengan kemudahan seperti rumah, tandas, dapur umum dan juga ruang aktiviti bersama untuk anak-anak di kawasan Peace Village berkenaan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut beliau, GPM masih membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk terus menyumbang bagi tujuan tersebut. Sementara itu, pemilik tanah Peace Village, Rizal Irham berkata, dia berlapang dada menerima bantuan GPM dan rakyat Malaysia untuk membangunkan Peace Village buat penduduk Desa Sidera.

"Sudah lama penduduk Desa Sidera ini hidup bertenda-tenda tanpa rumah, panas hujan, kasihan sekali.

"Saya benarkan Peace Village dirikan hunian sementara buat penduduk malang di sini, terima kasih Malaysia sudah membantu dan mengurangkan beban kesusahan kami yang ditimpa malapetaka ini, terima kasih banyak," ujarnya penuh syukur.

Peace Village ini akan dibangunkan berasaskan kayu yang dijangka akan dihuni selama dua tahun sebelum warga di Desa Sidera ini mampu membina rumah mereka sendiri nanti. Sumbangan rakyat Malaysia masih lagi diperlukan bagi menampung sebahagian besar lagi sumbangan bagi mereka yang terkesan gempa ini.

Cara sumbangan boleh dilakukan melalui:

Sumbangan dalam talian: www.billplz.com/gempasulawesi Deposit

atau

pindahan ke akaun Global Peace Mission Bank Islam: 1402-30100-29224

Maybank:5642-2161-1602

Affin Islamic Bank:1051-9000-2871

Ref: Sulawesi

dan

hantarkan e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

GPM mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin dan menyeru agar usaha bantuan kemanusiaan ini diberikan sokongan oleh semua. Segala maklumat lanjut mengenai misi bantuan kemanusiaan #PeduliGempaSulawesi ini boleh berhubung dengan pejabat GPM di talian 011-37312236 atau emel di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Read 736 times
Rate this item
(0 votes)
Bayt Al Rahmah Bimbing Pemulihan Remaja Hamil Luar Nikah

Rumah Perlindungan Wanita Bayt Al Rahmah adalah salah satu alternatif kepada wanita Islam mendapatkan bimbingan dan pemulihan, digerakkan oleh aktivis-aktivis masyarakat yang berpengalaman.

Fokus utama kami adalah sebagai pusat perlindungan dan bimbingan untuk remaja hamil luar nikah.

Boleh ikuti perkembangan kami di laman Facebook dan blog rasmi kami : http://baytalrahmah.blogspot.com/

Untuk sebarang urusan mahupun pertanyaan, sila hubungi :

Read 2768 times
Rate this item
(0 votes)
GPM Adakan Pemeriksaan Kesihatan Percuma Di Palu, Sulawesi

28 Oktober 2018, Palu, Sulawesi:- Tim GPM Medik telah memngadakan medical checkup di beberapa buah kem dan kampung disekitar Palu, Sulawesi.

.

Tim GPM telah berjaya mengagihkan:

➡️ Baby Box yang terdiri daripada barang asas bayi seperti pampers, baju, tuala, minyak angin, bedak dan sebagainya hasil sumbangan Baby Box Malaysia

➡️ Pampers untuk bayi

➡️1,000 kotak makanan kepada mangsa tsunami Sulawesi

➡️Kit Wanita yang terdiri daripada shampoo, pad dan pantiliner

➡️Selimut bayi

➡️Oat Granola dan sebagainya .

Nantikan update seterusnya dari kami. 

Terus bersama sebarkan maklumat untuk membantu mangsa gempa bumi dan tsunami di Sulawesi ini. .

[DUA CARA] .

1. Sumbangan dalam talian boleh klik pautan berikut : www.billplz.com/gempasulawesi www.billplz.com/gempasulawesi www.billplz.com/gempasulawesi .

2. Deposit/pindahan wang ke akaun Global Peace Mission (GPM) :

Maybank : 5642 2161 1602

Bank Islam : 1402 3010 02922 4

Ref : tsunami e-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Maklumat perhubungan : Syahrir Azfar (013 222 6057)

Whatsapp : wasap.my/60132226057/gempasulawe

Read 797 times
Rate this item
(0 votes)
Kerangka Politik Baharu Cabaran Kepada Bangsa Melayu

Oleh Amidi Abdul Manan

Lebih tiga bulan lalu, rakyat Malaysia secara aman menggunakan kuasa di peti undi untuk mengalih tampuk pemerintahan yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) tumbang kepada Pakatan Harapan (PH). Peralihan kuasa itu dilakukan secara bijak dan matang tanpa pertumpahan darah atau sebarang keganasan.

Syabas kepada semua pihak termasuk bekas Perdana Menteri dan bekas Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak yang menerima keputusan rakyat dengan penuh terbuka dan berlapang dada. Bermulalah satu episod baharu dalam sejarah Malaysia. Kerajaan PH memulakan langkah mengemudi harapan rakyat dari pelbagai kaum dan agama yang mula menerima hakikat dan menunggu perubahan. Masyarakat Melayu yang selama ini penyokong tradisi UMNO, parti tunjang BN dan menguasai pemerintahan negara, ikut serta dalam perubahan berkenaan dan sudah tentu sedikit sebanyak berasa janggal dengan pentadbiran kerajaan baharu.

Hala tuju UMNO, BN UMNO dan BN bukan lagi di tampuk kuasa, sekali gus orang Melayu perlu menyesuaikan diri dengan kerangka baharu politik hari ini. Perlembagaan Persekutuan kekal tanpa sebarang perubahan, manakala fungsi dan kedudukan Raja-Raja Melayu sedikit pun tidak terusik. Tidak dapat dinafikan ada segelintir kelompok Melayu masih bernostalgia dengan UMNO, terus meratapi kekalahan parti berkenaan serta ada yang menimbulkan isu sensitif untuk membangkitkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan PH.

Kini yang menjadi tanda tanya, adakah pucuk pimpinan tertinggi UMNO diterajui Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi selaku presiden mampu mengembalikan kuasa parti berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti. Namun, keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada 4 Ogos lalu menyerlahkan kelemahan UMNO yang masih belum bangkit.

Bagi mengembalikan UMNO ke puncak kuasa, satu formula perlu ada menerusi penjenamaan semula BN selepas kebanyakan parti komponen keluar daripada gabungan itu, meninggalkan hanya tiga parti teras, iaitu UMNO, MCA dan MIC. Penjenamaan semula BN perlu sebagaimana kepemimpinan terdahulu melakukan perubahan daripada Perikatan kepada BN.

Politik Melayu Masyarakat Melayu juga perlu membuat keputusan bijak, sama ada bergabung dalam parti dikuasai Melayu seperti Parti Amanah Negara (AMANAH), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PKR atau terus meratapi kejatuhan UMNO. Situasi ini membuatkan orang Melayu perlu memposisikan kedudukan mereka dalam kerangka politik baharu tanpa perlu terlalu berharap untuk melihat UMNO kembali menunjangi satu pakatan bersama parti lain di bawah BN.

Memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu bukanlah satu kesalahan, ia perlu berdasarkan prinsip sejagat yang menekankan keadilan dan kemanusiaan. Hak istimewa orang Melayu juga bukan senjata untuk menghalalkan segala tuntutan yang berbaur perkauman, tetapi untuk membina kerukunan hidup dalam sebuah negara dikongsi masyarakat berbilang bangsa. Pengiktirafan kewujudan pelbagai agama dalam sebuah negara sejajar semangat Piagam Madinah yang mencakupi hubungan sesama umat Islam, iaitu Muhajirin dan Ansar serta hubungan umat Islam dengan bukan Islam, iaitu Nasrani dan Yahudi.

Umat Islam di Madinah akhirnya mampu membina sebuah negara yang amat dihormati, semua kaum akhirnya menjalin hubungan diplomatik dan ekonomi. Inilah kebijaksanaan ditunjukkan Rasulullah SAW bersama sahabat yang hidup bersama secara harmoni tanpa mengorbankan prinsip asas Islam yang sepatutnya dicontohi kerajaan sekarang. Penulis adalah Timbalan Pengerusi Akademi Pendidikan Demokrasi dan Kewarganegaraan Malaysia Sumber: Berita Harian

Read 882 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

 *Meneladani Nabi
   *MENELADANI NABI MUHAMMAD ṢALLALLĀHU ‘ALAYHI WA SALLAM SEBAGAI TERAS MEREALISASIKAN ...
Bangsa Malaysia &
Keterbukaan yang dirintis dalam era Malaysia Baharu perlu diisi untuk mengukuhkan perpaduan dalam ...
The Most Important Malay
Could movements like Abim and Ikram be the key to Malaysian unity? IT’S probably a safe bet to ...
People’s Republic of
The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) urges the People's Republic of China to immediately ...
Naib Presiden Helwa ABIM
11hb September 2019 (Rabu): Alhamdulillah, Puan Nor Azura Kamarudin Sohami, Naib Presiden ABIM ...
Modul Diriku Permata
25hb Ogos 2019 (Ahad): Alhamdulillah, sempena Konvensyen Inspirasi Wanita, Penolong Setiausaha ...
Consistency key to
KUALA LUMPUR: An Islamic NGO said race and religious relations can be improved if there is ...
Helwa ABIM Gesa Jaminan
Bahagian Hal Ehwal Wanita (HELWA) ABIM menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan ...

ABIM Negeri

 *Meneladani Nabi
   *MENELADANI NABI MUHAMMAD ṢALLALLĀHU ‘ALAYHI WA SALLAM SEBAGAI TERAS MEREALISASIKAN ...
Bangsa Malaysia &
Keterbukaan yang dirintis dalam era Malaysia Baharu perlu diisi untuk mengukuhkan perpaduan dalam ...
The Most Important Malay
Could movements like Abim and Ikram be the key to Malaysian unity? IT’S probably a safe bet to ...
People’s Republic of
The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) urges the People's Republic of China to immediately ...
Naib Presiden Helwa ABIM
11hb September 2019 (Rabu): Alhamdulillah, Puan Nor Azura Kamarudin Sohami, Naib Presiden ABIM ...
Modul Diriku Permata
25hb Ogos 2019 (Ahad): Alhamdulillah, sempena Konvensyen Inspirasi Wanita, Penolong Setiausaha ...
Consistency key to
KUALA LUMPUR: An Islamic NGO said race and religious relations can be improved if there is ...
Helwa ABIM Gesa Jaminan
Bahagian Hal Ehwal Wanita (HELWA) ABIM menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan ...
DMC Firewall is a Joomla Security extension!