ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Wanita & Naluri Kemanusiaan Di Lapangan Umat. Featured

Aug 23, 2019 Hit: 207 Written by 
Wanita & Naluri Kemanusiaan Di Lapangan Umat.

Ada ketika rasa tidak berdaya bila teringat saudara-saudara yang sedang diuji di luar sana. Kosong. Buntu.

Tangan-tangan besar yang sepatutnya segera membuat keputusan dan halangan dari berlakunya banyak tragedi berdarah, tidak kelihatan pengaruh dan kuasanya. Rundingan, dialog, atau apa sahaja tidak langsung membawa kepada sebarang penyelesaian.

Kalau adapun, barangkali usaha sesebuah negara membentuk polisi atau namakan apa sahaja semata-mata bagi membuka jalan atau memberi ruang menghulur bantuan buat mangsa yang tertindas.

Palestin masih dijajah dan terus dibunuh jiwa dan hatinya oleh rejim Yahudi Israel yang 'laknat'. Serangan demi serangan, kematian demi kematian telah mematikan rasa kemanusiaan orang-orang jahat ini.

Bangsa Uighur terus ditindas dan dimusnahkan identitinya oleh rejim Komunis China. Malah diprogramkan pemikirannya melalui pusat-pusat tahanan khas buat mereka. Bangsa Rohingya dinafikan dan dilenyapkan kewujudannya. Malah terpaksa 'menumpang' di negara-negara yang bukan negara kelahiran mereka! Belum lagi kisah di Syria, di Yaman dan beberapa negara lain.

Di Kashmir, tindakan melampau Kerajaan India tidak jauh beza teruknya. Tindakan menghapuskan status khas wilayah Kashmir benar-benar menguji kesabaran. Biarlah bertentangan sekalipun dengan resolusi PBB atau mana-mana kuasa besar, namun tidak langsung menggetarkan Kerajaan India untuk melakukan yang sama atau mungkin lebih teruk dari apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin.

Dinafikan hak bersuara, dimatikan segala bentuk dan cara komunikasi; internet, telefon dsb. Tidak tahu siapa yang masih hidup atau ada yang sudah menjadi mangsa kekejaman sebegini. Gelisah hati saudara-mara yang berada di luar Kashmir hanya Tuhan yang tahu.

Orang awam. Wanita. Kanak-kanak. Semuanya menjadi mangsa rakus serakah watak-watak jahat. Satu lagi episod jenayah kemanusiaan melampau Kita perlu tahu, mereka semua sedang bangkit dan berjuang. Mereka semua sedang berkorban. Demi maruah diri, maruah bangsa, maruah negara. Namun tidak cukup hanya tahu. Pesan teman seperjuangan, jangan pernah lupakan mereka dalam setiap doa kita sangat mendalam. Sangat sayu.

Cerdas emosinya. Tinggi pengorbanannya. Tabah dan kuat hatinya. Sabar dirinya. Jiwa dan raga taruhan risikonya. Duka dan lara dirasainya. Semuanya dialami ketika berada dalam lapangan. Lapangan krisis. Lapangan konflik. Lapangan bantuan kemanusian.

Kita tidak mampu membantu secara fizikal atau berjuang mengangkat senjata membantu mereka. Namun paling tidak marilah kita mendoakan keselamatan mereka. Ambillah dan korbankan sedikit masa kita, kirimkan doa-doa yang baik buat mereka.

Ada untungnya kelebihan emosi bagi seorang wanita. Kata penulis buku Peranan Wanita dalam Khidmat Masyarakat, Dr. Layth Su'ud Jasim, emosi wanitalah yang akan mendekatkan dirinya kepada Tuhannya. Dari emosi yang terdidik lahirnya keprihatinan dan kasih sayang yang mendalam dan menterjemah kepada amalan kebajikan di lapangan.

Datangnya kadangkala paling awal, dan pulangnya kadangkala paling akhir. Penglibatannya kadangkala hanya mengutip sumbangan tabung kemanusiaan; Kadangkala berhimpun menyatakan dokongan dan sokongan; dan kalau ada rezekinya, kadangkala boleh sampai ke sempadan lapangan.

World Humanitarian Day didedikasikan khusus buat semua petugas lapangan wanita yang sedaya upaya membangun semula masyarakatnya atau masyarakat tertindas yang dekat dengan hatinya.

"From supporting civilians caught up in crisis to addressing disease outbreaks, women humanitarians are on the front lines." — UN Secretary-General, António Guterres.

Disediakan Oleh: Puan Maria Kamel, Exco Global Peace Mission Malaysia (GPM).

Last modified on Friday, 23 August 2019 04:05
Read 207 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

 *Meneladani Nabi
   *MENELADANI NABI MUHAMMAD ṢALLALLĀHU ‘ALAYHI WA SALLAM SEBAGAI TERAS MEREALISASIKAN ...
Bangsa Malaysia &
Keterbukaan yang dirintis dalam era Malaysia Baharu perlu diisi untuk mengukuhkan perpaduan dalam ...
The Most Important Malay
Could movements like Abim and Ikram be the key to Malaysian unity? IT’S probably a safe bet to ...
People’s Republic of
The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) urges the People's Republic of China to immediately ...
Naib Presiden Helwa ABIM
11hb September 2019 (Rabu): Alhamdulillah, Puan Nor Azura Kamarudin Sohami, Naib Presiden ABIM ...
Modul Diriku Permata
25hb Ogos 2019 (Ahad): Alhamdulillah, sempena Konvensyen Inspirasi Wanita, Penolong Setiausaha ...
Consistency key to
KUALA LUMPUR: An Islamic NGO said race and religious relations can be improved if there is ...
Helwa ABIM Gesa Jaminan
Bahagian Hal Ehwal Wanita (HELWA) ABIM menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan ...

ABIM Negeri

 *Meneladani Nabi
   *MENELADANI NABI MUHAMMAD ṢALLALLĀHU ‘ALAYHI WA SALLAM SEBAGAI TERAS MEREALISASIKAN ...
Bangsa Malaysia &
Keterbukaan yang dirintis dalam era Malaysia Baharu perlu diisi untuk mengukuhkan perpaduan dalam ...
The Most Important Malay
Could movements like Abim and Ikram be the key to Malaysian unity? IT’S probably a safe bet to ...
People’s Republic of
The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) urges the People's Republic of China to immediately ...
Naib Presiden Helwa ABIM
11hb September 2019 (Rabu): Alhamdulillah, Puan Nor Azura Kamarudin Sohami, Naib Presiden ABIM ...
Modul Diriku Permata
25hb Ogos 2019 (Ahad): Alhamdulillah, sempena Konvensyen Inspirasi Wanita, Penolong Setiausaha ...
Consistency key to
KUALA LUMPUR: An Islamic NGO said race and religious relations can be improved if there is ...
Helwa ABIM Gesa Jaminan
Bahagian Hal Ehwal Wanita (HELWA) ABIM menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan ...
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd