ABIM Pusat

GPM Lancar Misi Kemanusiaan Ke Yaman Featured

Nov 05, 2018
Hit: 1073
Written by
GPM Lancar Misi Kemanusiaan Ke Yaman

Rakyat Malaysia diseru beri sumbangan kepada Yaman

SHAH ALAM: Kementerian Luar Negeri menyeru rakyat negara ini menyalurkan sumbangan dan bantuan kemanusiaan kepada mangsa peperangan di Yaman.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata langkah itu perlu bagi meringankan bebanan rakyat Yaman terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak yang kini menderita akibat pergolakan yang berlaku.

“Kita mohon rakyat Malaysia tampil ke depan untuk memberikan sumbangan dan bantuan, kita berharap dengan pertolongan daripada rakyat negara ini sedikit sebanyak akan membantu penduduk Yaman yang kini memerlukan bekalan makanan dan rawatan kesihatan.

“Selain itu, kita juga berharap sumbangan kewangan dapat dikumpulkan dalam tempoh terdekat bagi membantu rakyat di sana untuk membuat persediaan bagi menghadapi musim sejuk yang bakal tiba tidak lama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Tabung Kemanusiaan Yaman’ di Kompleks Karangkraf di sini, hari ini.

Turut hadir, Presiden Global Peace Mission (GPM) Malaysia Mohamad Raimi Ab Rahim dan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.

Sementara itu, Mohamad Raimi berkata GPM menyasarkan untuk mengumpul dana sebanyak RM1 juta dalam tempoh enam bulan akan datang untuk ‘Tabung Kemanusiaan Yaman’ tersebut.

“Pelancaran ‘Tabung Kemanusiaan Yaman’ yang dibuat dengan kerjasama GPM, Sinar Harian dan Kumpulan Karangkraf menyasarkan kutipan sebanyak RM1 juta.

“Bantuan awal sebanyak RM100,000 akan dibawa dalam musim sejuk pada akhir November ini. Bantuan ini akan diagihkan dalam bentuk makanan, pendidikan, air bersih, kit musim sejuk, barangan bayi dan perubatan,” katanya.

Beliau berkata rakyat Malaysia yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Global Peace Mission, Bank Islam (1402-30100-29224), Maybank Islamic (5642-2161-1602) dan Affin Islamic Bank (1051-9000-2871) dengan rujukan ‘YAMAN’. — Bernama

Read 1073 times
Rate this item
(0 votes)

Tahniah Ahmad Farid Sainuri! Featured

Nov 05, 2018
Hit: 938
Written by
Tahniah Ahmad Farid Sainuri!

3hb November 2018, Sandakan - Alhamdulillah, Timbalan Yang Dipertua ABIM Negeri Sabah, Sdr. Ahmad Farid Sainuri telah menerima Anugerah Ikon Belia Harapan (Kesukarelawanan) 2018, daripada YB. Datuk Dr. Hj. Jaujan Hj. Sambakong, Timbalan Ketua Menteri Sabah. Anugerah tersebut disampaikan sempena Sambutan Hari Belia Negeri Sabah. Semoga anugerah ini menjadi pencetus semangat dan motivasi kepada para aktivis ABIM dan penggerak belia yang lain, untuk terus berjasa kepada masyarakat.

Read 938 times
Rate this item
(0 votes)
Sokongan Masyarakat Penting Untuk Atasi Ancaman Masalah Mental

Naib Presiden Helwa, Puan Nur Azura Komarudin Sohami, telah mengisi slot Mental Sihat, Emosi Kuat bersempena Hari Keluarga Mawaddah Wa Rahmah (KAMAR). Membincangkan isu semasa kesihatan mental kalangan kanak-kanak dan keluarga, punca dan cara mengatasinya. Ibrah kisah Maryam al Batul sebagai wanita yang diangkat al Quran menjadi qudwah insan agar meyakini qada' dan qadar seutuhnya, mempunyai kekuatan emosi dan ketahanan mental yang tinggi.

Slot Puan Nur Azura

Read 868 times
Rate this item
(0 votes)

[Video] Hak LGBT, Antara Mimpi Dan Realiti Featured

Nov 05, 2018
Hit: 977
Written by
[Video] Hak LGBT, Antara Mimpi Dan Realiti

Lee Ta'arafu : HAK LGBT, ANTARA MIMPI DAN REALITI

Panelis: Mohd Khairul Anwar Ismail Peguam Bela & Peguam Cara Mahkamah Tinggi Malaya, Peguam Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jawatan Terkini: Timbalan Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Penerbit: Faisal Hamdi (Lee Ta'arafu Project)

Read 977 times
Rate this item
(0 votes)
Bengkel Psychological First Aid (PFA) Persiap Kaunselor Lapangan

28hb Oktober 2018: Alhamdulillah, bagi menyediakan kemahiran kepada pada aktivis ABIM, Biro Kesihatan ABIM (BKA) di bawah pimpinan Dr Zafri Mohd Anis dan HELWA ABIM yang diketuai Puan Nur Azura Kamarudin Sohami, telah menganjurkan Bengkel Psychological First Aid (PFA). Pengalaman para aktivis di lapangan yang harus berdepan dengan mangsa-mangsa musibah dan bencana, di mana emosi mangsa ini terdampak teruk.

Pengalaman para pendidik yang menguruskan anak-anak mangsa perang di sekolah pelarian. Pengalaman penggerak pusat krisis, seperti rumah perlindungan wanita dan pelbagai golongan yang memerlukan bantuan. Para penggerak harus punya kemahiran mengurusi psikologi dan emosi golongan di depani dan emosi sesama penggerak itu sendiri.

Read 826 times
Rate this item
(0 votes)
Falsafah Pendidikan Negara Perlu Dimaknai Dalam Bilik Darjah

21hb Oktober 2018 (Ahad): Alhamdulillah, ABIM yang diwakili Naib Presiden, Sdr. Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim telah menyertai lebih 40 buah pertubuhan masyarakat madani (CSO) Pendidikan yang menyerahkan cadangan reformasi pendidikan kepada Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malek.

Sidang meja bulat ini turut disertai KSU KPM, YBhg Dato Dr Ghazali dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Pengarah Jabatan Teknik, Vokasional dan Kolej Komuniti, serta wakil pegawai tinggi KPM. Mewakili ABIM, Sdr. Radin menegaskan pendirian ABIM bahawa reformasi pendidikan mestilah berteraskan pemahaman dan pemaknaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam bilik darjah.

Matlamat Pendidikan adalah untuk mengembangkan potensi secara sembang dan harmonis, justeru pentingnya Pendidikan yang menekankan Pembangunan Karakter kemanusiaan; memanusiakan manusia, serta membangunkan kemahiran sosial dan Emosional murid yang mana ini juga merupakan kemahiran penting dalam cabaran masa hadapan dan cabaran revolusi industri 4.0.

Selain itu, beliau juga menekankan kerisauan kami tentang amalan micro-manage yang diamalkan KPM, yang menambah beban yang tidak perlu untuk KPM.

Read 834 times
Rate this item
(0 votes)
Memartabatkan Amanah Dakwah Dalam Era Malaysia Baharu

Oleh Mohamad Raimi Ab Rahim,

Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia

Keterbukaan yang dijanjikan seiring dengan ketibaan Malaysia Baharu perlu dimanfaatkan untuk merancakkan lagi agenda dakwah di lapangan. Keterbukaan yang merupakan asas penting kepada perkembangan aktivisme dakwah perlu dikekalkan sepertimana yang diperingatkan oleh tokoh pendakwah berpengalaman, Dr Hisham At-Thalib dalam lawatannya ke Malaysia September 2018 yang lalu.

“Usaha dakwah menjadi sukar apabila ia tidak lagi dilihat sebagai sebuah misi tetapi lebih berbentuk domain eksklusif kelompok individu. Kita seharusnya berusaha untuk mengelakkan dari penampilan diri membatasi pengisian,kelesuan mengatasi keberhasilan, pengorbanan dibatasi kepentingan peribadi, dan kepura-puraan menutupi kejujuran. Ketika usaha Da’wah menjadi eksklusif dan sempit, ia membangkitkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat dan akan membuka ruang kepada pelbagai pihak untuk mencari kelemahan yang boleh menjatuhkan usaha murni ini. Sifat sebenar dakwah itu sebenarnya adalah menyeluruh, terbuka dan meraikan semua. Dakwah merupakan suatu misi, bukan perkumpulan kelompok eksklusif dan elitis.” (At-Talib: 2014)

Sesuai peredaran masa dan zaman; anak muda dari pelbagai kelompok, latar belakang dan bakat untuk dilatih sebagai daie yang mampu mengemudi arus perubahan era Malaysia Baharu.

Memartabatkan Amanah Umat

“Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. Supaya Allah memberikan pengampunan terhadap dosa-dosa yang lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan ni’matnya atasmu dan memimpin kamu ke jalan yang lurus. Dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat. Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang Mu’min supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang sedia ada).” (Al-Fath: 1-5)

Menurut pengarang Tafsir Fi Zilal al Quran, Rasullullah s.a.w sungguh amat senang sekali dengan Surah Al Fath ini. Jiwa besarnya bergembira dengan anugerah Ilahi yang melimpahinya dan melimpahi orang-orang mukmin yang bersamanya. Junjungan bergembira dengan kemenangan yang nyata, bergembira dengan pengampunan yang sempurna, bergembira dengan nikmat yang melimpah, bergembira dengan hidayah – petunjuk ke jalan Allah yang lurus dan terarah, bergembira dengan pertolongan Tuhan yang Maha Gagah lagi Maha Pemurah, bergembira dengan keredhaan Allah terhadap orang-orang mukmin dan dengan penggambarannya yang demikian indah. Jiwa murninya menjadi penuh dengan kesyukuran kepada Tuhannya atas segala nikmat kurniaannya.

Read 1120 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Wanita & Naluri
Ada ketika rasa tidak berdaya bila teringat saudara-saudara yang sedang diuji di luar sana. Kosong. ...
ABIM Kecam Mansuh Status
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam pemansuhan Perkara 370 Perlembagaan India baru-baru ...
Aidil Adha: Tingkatkan
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak ...
Tahniah! Maahad Al-Ummah
Alhamdulillah, anggota pasukan sofbol atau bola lisut SABK Maahad Al-Ummah, Chemor, Perak telah ...
Keanggunan Sikap dan
Imej diri adalah refleksi keseluruhan diri, pesona luar dan dalam seseorang individu. Ia merangkumi ...
Pemimpin Perlu Amalkan
20 Julai 2019 , KOTA KINABALU - Seramai 64 orang pemimpin pelajar Maktab Sabah telah mengikuti ...
ABIM Sokong Desakan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut gesaan kerajaan Malaysia menerusi kenyataan Yang ...
Fakta Dan Kajian
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada hasrat YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir ...

ABIM Negeri

Wanita & Naluri
Ada ketika rasa tidak berdaya bila teringat saudara-saudara yang sedang diuji di luar sana. Kosong. ...
ABIM Kecam Mansuh Status
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam pemansuhan Perkara 370 Perlembagaan India baru-baru ...
Aidil Adha: Tingkatkan
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak ...
Tahniah! Maahad Al-Ummah
Alhamdulillah, anggota pasukan sofbol atau bola lisut SABK Maahad Al-Ummah, Chemor, Perak telah ...
Keanggunan Sikap dan
Imej diri adalah refleksi keseluruhan diri, pesona luar dan dalam seseorang individu. Ia merangkumi ...
Pemimpin Perlu Amalkan
20 Julai 2019 , KOTA KINABALU - Seramai 64 orang pemimpin pelajar Maktab Sabah telah mengikuti ...
ABIM Sokong Desakan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut gesaan kerajaan Malaysia menerusi kenyataan Yang ...
Fakta Dan Kajian
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada hasrat YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir ...
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd