ABIM Pusat

Helwa ABIM Jayakan Program Perintis Pemberdayaan Wanita Masyarakat Orang Asli

17hb November 2018: Alhamdulillah, Sdri. Fatin Nur Majdina Nordin (Exco Biro Ikhtisas ABIM) telah terlibat dalam program sulung Jaringan Muafakat Wanita Berdaya di Kampung Orang Asli Kolam Air Bangkong. Ini adalah sebahagian daripada pengisian program pemberdayaan wanita di Selangor. Beliau turut membuat pengisian dengan topik “Kebersihan Keluarga Tanggungjawab Bersama”, di mana ditekankan berkenaan sesi praktikal kebersihan dan penjagaan diri untuk warga Orang Asli di Dengkil. Usaha mendidik masyarakat terutamanya wanita perlu terus diperkasakan!

 

Read 753 times
Rate this item
(0 votes)
Aktivis Lelaki Dan Wanita Perlu Berganding Bahu Dalam Dakwah

17hb Disember 2018 (Isnin) : Alhamdulillah, Presiden, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim bersama pimpinan ABIM telah mengadakan pertemuan bersama Dr. Zainab Al-Alwani di Hotel Movenpick, KLIA, Sepang. Dr. Zainab menekankan keperluan kerjasama erat antara aktivis dalam kalangan lelaki dan wanita, bagi menghadapi cabaran dakwah masa kini, yang mencapah dan penuh dengan tribulasi.

Beliau juga menekankan keperluan menjaga hubungan sesama suami isteri, ibu bapa, serta keluarga bagi membentuk ekosistem yang harmoni, sebagai cerminan kepada masyarakat yang bertamadun. Terdahulu, pada 14hb Disember 2018 (Jumaat), Dr. Zainab telah muncul dalam Program Wacana Intelek "Maqasid Quraniyya on Ethics of Disagreement: Challenges and Way Forward for Malaysia" anjuran ABIM, dengan kerjasama PKPIM dan UIAM Gombak di Dewan Senat, UIAM Gombak.

Read 780 times
Rate this item
(0 votes)
[Video} Ke Arah Reformasi Sistem Pilihanraya Dan Pengukuhan Demokrasi

Video : Reformasi Sistem Pilihanraya dan Pengukuhan Demokrasi: Sudut Pandangan Indonesia dan Malaysia menampilkan

Ahli Panel:

1. Prof Ramlan Subakti, Ketua Tim Seleksi, Komisi Pemilihan Umum & Badan Pengawas Pemilu (BAWASLU)

2. Ms. Titi Anggraini, Pengarah Eksekutif, Perkumpulan untuk Pemilu dan Demokrasi (Perludem)

3. Tian Chua, Naib Presiden KEADILAN

Moderator: Muhammad Faisal Abdul Aziz Setiausaha Agung ABIM

Read 804 times
Rate this item
(0 votes)
Taski ABIM: Perintis Kegemilangan Tamadun Khayra Ummah.

Oleh: Zairudin Hashim (Penolong Setiausaha Agung ABIM)

Aisyah R.A ketika ditanya bagaimana akhlak Rasulullah? Beliau menjawab: “Akhlaknya adalah al-Quran.” (HR. Muslim)

Hadith ini memberikan kita gambaran betapa kita semua perlu meningkatkan iltizam, untuk berakhlak dengan akhlak al-Quran, sesuai dengan keagungan peribadi Rasulullah S.A.W. Ketika permulaan dakwah Islam, Nabi Muhammad S.A.W sendiri tidak hanya membina sisi tauhid, tetapi juga membina sendi dan tiang akhlak mulia. Lemahnya aspek amalan akhlak merupakan antara sebab utama yang diakui melebarkan jurang moral di antara keindahan ajaran Islam dan kebobrokan peribadi para penganutnya.

Atas iltizam, keinsafan serta kesedaran yang jelas berkenaan kepentingan soal akhlak di samping pembudayaan ilmu dalam masyarakat, Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI) telah ditubuhkan di Kedah pada tahun 1978, oleh para pimpinan serta aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Kedah.

Sesungguhnya, sifat-sifat mahmudah menjadi batu asas kepada terbentuknya sebuah masyarakat yang bertamadun. Menginsafi bahawa masyarakat perlu diperkasakan untuk membudayakan sifat-sifat mahmudah tersebut, Kurikulum TASKI telah dilancarkan sempena Muktamar Sanawi ABIM Pusat, menjelang tahun 1982 di Kuala Lumpur. Hakikatnya, TASKI ABIM memfokuskan kepada pembangunan tingkat perkembangan murid-murid (child development), keperluan (needs) dan minat semula jadi (fitrah), berasaskan al-Quran dan as-Sunnah. Selepas TASKI, timbul pula idea sedari tahun 1983 untuk menubuhkan Sekolah Rendah Islam (SERI) dan Sekolah Menengah Islam (SEMI), di samping Kelas Tahfiz Pengajian al-Quran (TAHFIZ ABIM). Kolej Dar al-Hikmah (KDH) yang asalnya dikenali sebagai Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam (IPI) pula beroperasi sejak 1989, dan merupakan kolej Islam swasta terawal ditubuhkan di Malaysia.

Jauh sebelum pengasasan TASKI, ABIM telah merintis pengasasan sekolah swasta bernuansa Islam, Yayasan Anda Akademik (YAA) yang dipelopori pada 1971. Sekolah yang diwujudkan berpusat di Kampung Baru, Kuala Lumpur ini, kemudiannya menjadi model kepada banyak sekolah swasta lain di seluruh negara, yang memberi peluang kepada para pelajar miskin atau luar bandar yang mendapat keputusan tidak cemerlang ketika di bangku sekolah. Hasilnya, ramai lulusan YAA dan sekolah swasta ABIM yang lain, yang cenderung kepada Islam, dan berjaya dengan cemerlang di kampus universiti yang mereka sertai.

Read 1260 times
Rate this item
(1 Vote)
Nilai Etika Kepemimpinan Belia: Meninjau Pesan-pesan Imam al-Ghazali menerusi Karya Nasihat al-Muluk"

Membentangkan makalah berjudul "Nilai Etika Kepemimpinan Belia: Meninjau Pesan-pesan Imam al-Ghazali menerusi Karya Nasihat al-Muluk" di Konvensyen Imam Ghazali, anjuran ABIM Negeri Sabah sempena 35 tahun ABIM Sabah.

Read 901 times
Rate this item
(0 votes)
Nasihatul Muluk Bina Adab Kenegaraan Dalam Kalangan Generasi Muda

Naṣīḥat al-Mulūk karya Imām al-Ghazālī adalah merupakan sebuah karya yang tergolong dalam genre ‘adab ketatanegaraan.’ Tujuan kepengarangan literatur dalam genre ini adalah untuk memberikan pedoman kepada para pemimpin Muslim dalam membangun peribadi sebagai pemimpin umat yang beriman dan beramanah, seterusnya berlaku adil terhadap masyarakat yang ditadbirnya.

Objektif utama penerbitan karya Naṣīḥat al-Mulūk dan Etika Kepemimpinan Belia Islam ini adalah bagi merancakkan wacana falsafah moral atau etika, yang juga dikenali dalam tradisi keintelektualan Islām sebagai ilmu akhlāq atau ilmu tadbīr al-Nafs. Secara khusus, penulisan ini bertujuan meninjau gagasan kepemimpinan Imām al-Ghazālī dalam karyanya Naṣīḥat al-Mulūk dan memformulasi beberapa nilai etika yang dapat dimanfaatkan daripadanya khususnya untuk pedoman pimpinan belia Islām masa kini, memandangkan zaman baharu banyak menyajikan cabaran baharu yang menuntut persiapan rapi para pimpinan belia Islām untuk terus releven dan terlestari dalam arus perubahan.

Buku Naṣīḥat al-Mulūk dan Etika Kepemimpinan Belia Islam ini merupakan satu pengolahan reflektif atas pemikiran falsafah moral ilmuwan dan pemikir agung dalam tradisi Islām, Ḥujjat al-Islām al-Imām Muḥammad bin Muḥammad bin Muḥammad al-Ghazālī, menerusi karyanya, Naṣīḥat al-Mulūk.

Read 768 times
Rate this item
(0 votes)

Berkomunikasi Dengan Al-Qur'an Featured

Jan 02, 2019
Hit: 765
Written by
Berkomunikasi Dengan Al-Qur'an

What kind of relationship between you and Qur'an?

Sesi "Transformational Teaching" dimulakan Dr Zainab dengan soalan "relationship with Quran". Sekiranya dalam sebarang hubungan sama ada persahabatn mahupun kekeluargaan akan dimulakan dengan

(i) pertemuan awal dan perkenalan ringkas,

(ii) kemudian keinginan untuk terus berhubung dan berjumpa,

(iii) kemudian hubungan yang semakin erat menjadikan kita punya perasan rindu dan ingin berjumpa,

(iv) peringkat keempat adalah hubungan yang lebih erat sehingga sentiasa ingin dekat, punya rasa kasih sayang dan ingin berhubung dalam setiap situasi dan keadaan sama ada susah atau senang, suka atau duka, lapang atau sempit.

Oleh itu, di peringkat manakah hubungan kita dengan Al Quran? Sebagai guru yang menjadi tauladan kepada anak murid, mengajar ilmu yang sumbernya dari Allah, dan punya kesan besar dalam pembentukan generasi akan datang, maka perlu ada hubungan erat dengan Al Quran.

Dalam melakukan transformasi pengajaran, kita perlu mengenal pasti punca utama masalah dalam pengajaran, seterusnya merangka strategi berdasarkan panduan yang ada khususnya dari Al Quran, dan kemudian menyediakan "check list".

Kaedah ini boleh digunakan bagi pelbagai transformasi sama ada diri, institusi mahupun negara. Saya fikir "Institutional reform" atau sebarang transformasi mahupun reformasi perlu bermula dengan kefahaman terhadap punca utama yang ingin diubah, adakah ia sikap atau struktur atau sistem atau individu atau kaedah atau perkara-perkara lain.

Yang pasti setiap perubahan individu dalam masyarakat pasti akan ada kesan positif, jika tidak banyak sedikit. Dan yakinlah yang sedikit dan konsisten pasti akan mencapai kejayaan Jika dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh (itqan). Contoh mudah ialah budaya membuang sampah, atau contoh lain isu kehamilan luar nikah.

Perubahan yang sedikit tetapi konsisten adalah lebih baik dan berkesan. Selamat menjalani hari akhir tahun 2018 dengan tenang, dan memasuki tahun 2019 dengan yakin dan semangat. Kerana setiap hari dijadikan Allah dengan pelbagai peluang, nikmat dan ujian secara tersurat dan tersirat.

"Sejauh mana perhatian kamu terhadap Al Quran, maka sejauh itulah perhatian Al Quran terhadap kamu" (USF)

Disediakan oleh Fatin Nur Majdina Binti Nordin, Ketua Biro Ikhtisas, ABIM. 

Read 765 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Wanita & Naluri
Ada ketika rasa tidak berdaya bila teringat saudara-saudara yang sedang diuji di luar sana. Kosong. ...
ABIM Kecam Mansuh Status
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam pemansuhan Perkara 370 Perlembagaan India baru-baru ...
Aidil Adha: Tingkatkan
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak ...
Tahniah! Maahad Al-Ummah
Alhamdulillah, anggota pasukan sofbol atau bola lisut SABK Maahad Al-Ummah, Chemor, Perak telah ...
Keanggunan Sikap dan
Imej diri adalah refleksi keseluruhan diri, pesona luar dan dalam seseorang individu. Ia merangkumi ...
Pemimpin Perlu Amalkan
20 Julai 2019 , KOTA KINABALU - Seramai 64 orang pemimpin pelajar Maktab Sabah telah mengikuti ...
ABIM Sokong Desakan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut gesaan kerajaan Malaysia menerusi kenyataan Yang ...
Fakta Dan Kajian
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada hasrat YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir ...

ABIM Negeri

Wanita & Naluri
Ada ketika rasa tidak berdaya bila teringat saudara-saudara yang sedang diuji di luar sana. Kosong. ...
ABIM Kecam Mansuh Status
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam pemansuhan Perkara 370 Perlembagaan India baru-baru ...
Aidil Adha: Tingkatkan
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak ...
Tahniah! Maahad Al-Ummah
Alhamdulillah, anggota pasukan sofbol atau bola lisut SABK Maahad Al-Ummah, Chemor, Perak telah ...
Keanggunan Sikap dan
Imej diri adalah refleksi keseluruhan diri, pesona luar dan dalam seseorang individu. Ia merangkumi ...
Pemimpin Perlu Amalkan
20 Julai 2019 , KOTA KINABALU - Seramai 64 orang pemimpin pelajar Maktab Sabah telah mengikuti ...
ABIM Sokong Desakan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut gesaan kerajaan Malaysia menerusi kenyataan Yang ...
Fakta Dan Kajian
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada hasrat YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir ...
DMC Firewall is a Joomla Security extension!