ABIM Negeri

Sri Seremban ABIM NS Lebarkan Sayap Ke Nilai Featured

Jan 30, 2018
Hit: 2051
Written by
Sri Seremban ABIM NS Lebarkan Sayap Ke Nilai

27 Januari 2018, Sabtu, Nilai:- Majlis Perasmian Sekolah Sri Seremban (Cawangan Nilai) telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamad Raimi Presiden ABIM. Sekolah ini telah beroperasi sejak awal Januari 2018 dan telah memulakan sesi pembelajaran pada tahun ini. Turut hadir adalah Tuan Hj Abdul Rahman Yasin (Ketua Pengarah YTP), Tn Hj Khalil Jali CEO Sekolah Sri Seremban & Tn Hj Mohd Mazlan Suleiman dari LPS Sekolah Sri seremban yang juga turut menyampaikan sumbangan untuk pembangunan prasarana sekolah ini.

Tahniah buat pimpinan jemaah ABIM N.9, WADAHN9 dan PPINS atas komitmen semua bagi merealisasikan hasrat penubuhan sekolah ini. Tidak lupa juga penghargaan kepada LPS sekolah ini serta warga pendidik sekolah yang begitu komited dengan tugasan serta ucapan terima kasih kepada ibubapa penjaga yang sering menghulurkan bantuan untuk membangunkan sekolah ini. Syabas buat semua.

Read 2051 times
Rate this item
(0 votes)

Fasilitator Tunas Dermaga Johor Siap Berkhidmat! Featured

Jan 30, 2018
Hit: 1237
Written by
Fasilitator Tunas Dermaga Johor Siap Berkhidmat!

Hari ini, 25 Januari 2018 (Khamis) Team DERMAGA Johor telah mengadakan Kursus Kejurulatihan Fasilitator di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). Peserta dari kalangan pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, MARSAH. Mereka dilatih dengan ilmu-ilmu Kesihatan Reproduktif bagi peringkat kanak-kanak. Bagaimana cara untuk mengetahui statistik terkini, tahu bahagian badan yang tidak selamat untuk disentuh, tip 3M bagaimana hendak larikan diri jika ada orang nak buat perkara tidak baik pada diri kita dan juga kenali siapa individu-individu yang kita percaya untuk kita laporkan tentang perbuatan-perbuatan yang tidak baik orang pada diri mereka. Semoga kursus ini dapat membantu peserta mendapat ilmu-ilmu baru dan diberkati Allah.

Read 1237 times
Rate this item
(0 votes)

BKA Pahang Bantu Warga Emas Terjejas Banjir Featured

Jan 22, 2018
Hit: 1051
Written by
BKA Pahang Bantu Warga Emas Terjejas Banjir

6 Jan 2018 - Misi Bantuan Banjir 2018 yang pertama digerakkan ke Perkampungan Sungai Isap Damai, Kuantan. Tumpuan bantuan mencuci dan mengemas rumah penduduk warga emas yang terjejas banjir baru-baru ini dan baru pulang ke rumah selepas berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara. Biro Kesihatan Abim (BKA) Pahang juga membuat pemeriksaan kesihatan di lokasi bantuan. Misi Bantuan digerakkan bersama-sama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Pahang, KRT Sungai Isap Damai, MRA Pahang dan Kelab PERKIM KUIPSAS. Terima kasih kepada para penyumbang. Misi ini lebih lancar dengan bantuan yang dihulurkan.

Read 1051 times
Rate this item
(0 votes)
Tujuh Belas Belia ABIM Ranau Bakal Dalami Islam Di Kedah

ABIM RANAU MENGHANTAR SERAMAI 17 ORANG BELIA KE KEDAH SELAMA 4 BULAN MENGIKUTI KURSUS PENGAJIAN ISLAM ========= Seramai 17 orang belia ( 9 orang lelaki & 8 orang wanita) diberi peluang mengikuti Kursus Pengajian Islam selama 4 bulan di salah sebuah pondok di Negeri Kedah. Para belia tersebut sempat diberikan taklimat akhir dan motivasi oleh Tn Hj Sainuri Yahmin, Mantan YDP ABIM Sabah dan Pengerusi Ngo Islam Sabah Concern. Semoga Islam terus berkembang mekar; harum mewangi menyebarkan keamanan dan kesejahteraan ke sekalian alam.

Read 1136 times
Rate this item
(0 votes)

Diriku Permata Berharga ABIM PJ Featured

Jan 19, 2018
Hit: 1078
Written by
Diriku Permata Berharga ABIM PJ

18.01.18,SMK Puchong Permai :- Alhamdulillah..selesai program Diriku permata berharga siri kedua dari ABIM PJ.pelajar tingkatan 2 seramai 200 orang pelajar. Program Dermaga di jalankan untuk tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran pendidikan berkaitan kesihatan reproduktif sosial dan remaja.. Pengisian slot di sampaikan oleh wakil-wakil dari ABIM PJ di mana mereka telah di latih sebagai jurulatih DERMAGA.Pengisi slot : Slot 1- Saudara Nabil Slot 2 - Saudara Syaifusyafiq Slot 3- Saudari Siti Khaulah

Read 1078 times
Rate this item
(0 votes)
Terkini Banjir Utara: ABIM Kedah Bantu Penduduk Taman Sinar Mentari

Alhamdulilah hari ini ABIM Kedah bersama warga Sekolah Kebangsaan Bedong, Sekolah Menengah Sains Tahfiz Alor Setar, Sekolah Menengah Agama Abdullah Subuh, Sek Rendah Islam Darul Ma'arif, rumah gemilang sik dan Wadah Kedah menjalankan program serahan sumbngan kepada 50 buah keluarga, dan akvitivi cuci-cuci pasca banjir di Taman Sinar Mentari Bedong. Terima kasih kpada semua yang menjayakan program pada hari ini, terima kasih juga kepada penyumbang-penyumbang, sesunguhnya sumbangan anda amat besar nilainya di sisi Allah. terima kash juga kepada yang menykong segala usaha ABIM Kedah selama ini. mudah-mudahan segala amalan kita yang tidak seberapa ni mendpat ganjaran yang besar dari Allah s.w.t. wallahualam

Read 1247 times
Rate this item
(0 votes)
Aktivis Suami Isteri ABIM Ranau Lulus Cemerlang Dalam Pengajian

Syabas dan tahniah kepada Sdra. Mohd Fazli Middie, Setiausaha ABIM Ranau dan Puan Raihanun Rustamin, Ketua HELWA ABIM Ranau yang telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dan bergraduasi dalam Majlis Konvokesyen Institut Pengajian Islam & Dakwah Sabah (IPDAS) Kali Ke-13 pada 6 November 2017 lalu di Keningau. Semoga menjadi insan yang terpelajar bagi mengisi ruang dan pelusuk ketamadunan ummah supaya menjadi ummah terbaik yang dibanggakan. Semoga terus diberi kekuatan & kesihatan oleh Allah SWT serta terus komited dan istiqomah dalam meneruskan perjuangan dakwah di Sabah.

Read 1105 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

People’s Republic of
The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) urges the People's Republic of China to immediately ...
Naib Presiden Helwa ABIM
11hb September 2019 (Rabu): Alhamdulillah, Puan Nor Azura Kamarudin Sohami, Naib Presiden ABIM ...
Modul Diriku Permata
25hb Ogos 2019 (Ahad): Alhamdulillah, sempena Konvensyen Inspirasi Wanita, Penolong Setiausaha ...
Consistency key to
KUALA LUMPUR: An Islamic NGO said race and religious relations can be improved if there is ...
Helwa ABIM Gesa Jaminan
Bahagian Hal Ehwal Wanita (HELWA) ABIM menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan ...
Wanita & Naluri
Ada ketika rasa tidak berdaya bila teringat saudara-saudara yang sedang diuji di luar sana. Kosong. ...
ABIM Kecam Mansuh Status
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam pemansuhan Perkara 370 Perlembagaan India baru-baru ...
Aidil Adha: Tingkatkan
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak ...

ABIM Negeri

People’s Republic of
The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) urges the People's Republic of China to immediately ...
Naib Presiden Helwa ABIM
11hb September 2019 (Rabu): Alhamdulillah, Puan Nor Azura Kamarudin Sohami, Naib Presiden ABIM ...
Modul Diriku Permata
25hb Ogos 2019 (Ahad): Alhamdulillah, sempena Konvensyen Inspirasi Wanita, Penolong Setiausaha ...
Consistency key to
KUALA LUMPUR: An Islamic NGO said race and religious relations can be improved if there is ...
Helwa ABIM Gesa Jaminan
Bahagian Hal Ehwal Wanita (HELWA) ABIM menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan ...
Wanita & Naluri
Ada ketika rasa tidak berdaya bila teringat saudara-saudara yang sedang diuji di luar sana. Kosong. ...
ABIM Kecam Mansuh Status
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam pemansuhan Perkara 370 Perlembagaan India baru-baru ...
Aidil Adha: Tingkatkan
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak ...
DMC Firewall is a Joomla Security extension!