ABIM Negeri

Bengkel Menulis Esei Bahasa Sempena Menjelang SPM Featured

Nov 05, 2018
Hit: 864
Written by
Bengkel Menulis Esei Bahasa Sempena Menjelang SPM

3 November 2018 Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota, Kuantan ABIM Pahang mengambil langkah proaktif untuk membantu pelajar-pelajar Tingkatan 5 membuat persediaan akhir sebelum menduduki Peperiksaan SPM yang akan bermula tidak lama lagi.

Program 'SPM English Essay Writing Workshop' yang dianjurkan telah mendapat sambutan menggalakkan daripada calon-calon SPM 2018 yang tinggal di sekitar Indera Mahkota, Kuantan.

Seramai 75 orang peserta dari beberapa sekolah telah hadir dan mengikuti bengkel hingga tamat.

Bengkel telah dikendalikan sepenuhnya oleh Puan Roszalina binti Abdul Rahim, pensyarah Bahasa Inggeris dari Jabatan Bahasa, Fakulti Pengajian Bahasa dan Asasi, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS).

Dalam bengkel tersebut, peserta telah didedahkan dengan Part B - Sample Questions, Useful Idioms, Directed Writing dan SPM Narrative Essay.

Peserta juga melakukan beberapa latihan penulisan yang diberikan bagi meningkatkan lagi kemahiran mereka menulis esei selain mendengar ceramah dan perkongsian pengalaman penceramah dalam mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Peserta yang hadir telah mendapat manafaat daripada program ini. Semoga peserta program akan dapat menggunakan ilmu yang diterima dalam program ini semasa menduduki Peperiksaan SPM nanti. Sebahagian mereka juga telah memohon untuk menjadi ahli baru ABIM Pahang dan akan menyertai program-program yang akan dianjurkan pada masa-masa akan datang.

Read 864 times
Rate this item
(0 votes)
Skuad Prihatin Johor Salurkan Sumbangan CSR Kepada Mereka Yang Memerlukan

3 November 2018, Sabtu, Johor Bahru: Program Penyampaian Bantuan Bersama Mediterranean Shipping Company Sdn Bhd. (Program CSR) Telah diadakan Program Penyampaian Bantuan Bersama Mediterranean Shipping Company Sdn Bhd. (Program CSR) di Dewan Sekolah SRI Johor Bahru pada 3 November 2018 (Sabtu). Seramai 61 orang penerima telah mendapat bantuan barang keperluan harian bagi meringankan beban mereka. Penerima dari kalangan pelbagai bangsa dan agama; Melayu, India, Cina dan saudara baru. Semoga program ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang bersama syarikat-syarikat yang berminat untuk menjalankan Corporate Social Responsibility (CSR) bersama kami Skuad Prihatin ABIM Johor.

Read 925 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Batu Pahat Anjur Bengkel Perkembangan Awal Kanak-Kanak

27hb Oktober 2018: Alhamdulillah, wakil HELWA ABIM Johor, telah hadir ke Bengkel Perkembangan Awal Kanak-kanak anjuran ABIM Batu Pahat dengan kerjasama Kelab Kebajikan Staf, Jabatan Kejuruteraan Elektrik Kuasa, UTHM. Moga usaha dakwah ini dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran keibubapaan dalam kalangan peserta yang hadir.

Read 852 times
Rate this item
(0 votes)

DERMAGA Didik Remaja Jauhi Tingkah Laku Berisiko Featured

Oct 29, 2018
Hit: 850
Written by
DERMAGA Didik Remaja Jauhi Tingkah Laku Berisiko

24hb Oktober 2018: Alhamdulillah, Program Diriku Permata Berharga (Dermaga) telah digerakkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Besut, Terengganu. Jumlah peserta seramai 70 orang melibatkan pelajar kelas akhir tingkatan satu, dua dan semua pelajar Tingkatan 3. 

Fakta tentang DERMAGA - Diriku Permata Berharga.

Read 850 times
Rate this item
(0 votes)

DERMAGA Di Tangkak Dapat Respon Positif Featured

Oct 29, 2018
Hit: 939
Written by
DERMAGA Di Tangkak Dapat Respon Positif

Alhamdulillah, ABIM Melaka telah melaksanakan satu program Diriku Permata Berharga (DERMAGA) di SMA Shamsuddiniah , Tangkak, Johor. Respon yang baik diberikan oleh pihak sekolah serta para peserta.     

Read 939 times
Rate this item
(0 votes)

Kedah Juara FUTSAL Antara Negeri ABIM Featured

Oct 26, 2018
Hit: 867
Written by
Kedah Juara FUTSAL Antara Negeri ABIM

21 Oktober 2018, Nilai: ABIM Negeri Kedah (ABIM Kedah) telah menjuarai pertandingan FUTSAL antara ABIM Negeri yang diadakan sempena "Sukan Perpaduan, Sukan Untuk Semua" bersempena Hari Sukan Negara dan Muktamar Sanawi Angkatan Belia Islam Malaysia kali ke-47. Antara acara sukan yang diadakan ialah bola sepak padang, futsal, bola jaring, bola tampar dan berbasikal. Semoga dengan penganjuran acara seperti ini dapat mengeratkan lagi tali silaturahim dan perpaduan antara rakyat Malaysia.

Read 867 times
Rate this item
(0 votes)

Peranan Bahasa Dalam Membentuk Kesatuan Featured

Sep 24, 2018
Hit: 858
Written by
Peranan Bahasa Dalam Membentuk Kesatuan

"Peranan Bahasa Dalam Membentuk Kesatuan" Disampaikan oleh : Prof Datuk Dr. Awang Sariyan Profesor Pengajian Dunia Melayu, ISTAC - UIAM.

 

Read 858 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

People’s Republic of
The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) urges the People's Republic of China to immediately ...
Naib Presiden Helwa ABIM
11hb September 2019 (Rabu): Alhamdulillah, Puan Nor Azura Kamarudin Sohami, Naib Presiden ABIM ...
Modul Diriku Permata
25hb Ogos 2019 (Ahad): Alhamdulillah, sempena Konvensyen Inspirasi Wanita, Penolong Setiausaha ...
Consistency key to
KUALA LUMPUR: An Islamic NGO said race and religious relations can be improved if there is ...
Helwa ABIM Gesa Jaminan
Bahagian Hal Ehwal Wanita (HELWA) ABIM menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan ...
Wanita & Naluri
Ada ketika rasa tidak berdaya bila teringat saudara-saudara yang sedang diuji di luar sana. Kosong. ...
ABIM Kecam Mansuh Status
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam pemansuhan Perkara 370 Perlembagaan India baru-baru ...
Aidil Adha: Tingkatkan
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak ...

ABIM Negeri

People’s Republic of
The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) urges the People's Republic of China to immediately ...
Naib Presiden Helwa ABIM
11hb September 2019 (Rabu): Alhamdulillah, Puan Nor Azura Kamarudin Sohami, Naib Presiden ABIM ...
Modul Diriku Permata
25hb Ogos 2019 (Ahad): Alhamdulillah, sempena Konvensyen Inspirasi Wanita, Penolong Setiausaha ...
Consistency key to
KUALA LUMPUR: An Islamic NGO said race and religious relations can be improved if there is ...
Helwa ABIM Gesa Jaminan
Bahagian Hal Ehwal Wanita (HELWA) ABIM menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan ...
Wanita & Naluri
Ada ketika rasa tidak berdaya bila teringat saudara-saudara yang sedang diuji di luar sana. Kosong. ...
ABIM Kecam Mansuh Status
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam pemansuhan Perkara 370 Perlembagaan India baru-baru ...
Aidil Adha: Tingkatkan
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak ...
Our website is protected by DMC Firewall!