ABIM Negeri

Kita Sejiran: Keprihatinan Tak Mengenal Warna Kulit

6hb Januari 2019: Alhamdulillah, Islamic Outreach ABIM Centre (IOA) Kelantan telah menerima kunjungan daripada jiran dari kaum Cina yang baik hati, yang menyumbang pakaian terpakai yang masih elok. Bersemangat untuk memberi dengan bersungguh-sungguh, mengangkat barang dari keretanya. Walaupun berlainan bangsa dan agama, namun sifat-sifat keprihatinan sungguh tebal dalam diri. Dermawan...

Read 713 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Wilayah Persekutuan Bakal Buka One Stop Centre Untuk Pengajian Al-Qur'an

3hb Januari 2019: Alhamdulillah, telah berlangsung semalam majlis serahan premis wakaf - Pusat Mengaji Al-Quran Haji Sulaiman kepada ABIM Wilayah Persekutuan. Turut diadakan, bacaan Yaasin dan doa selamat sempena majlis tersebut. Premis diwakafkan untuk dijadikan pusat mengaji dan pusat khidmat komuniti (one stop centre) di Apartment Seri Penara, Bandar Seri Permaisuri.

Majlis disempurnakan oleh Puan Hajah Maimon yang merupakan isteri kepada Allahyarham Tuan Haji Sulaiman. Menurut anak kepada Tuan Haji Sulaiman, ayahnya merupakan seorang guru yang mengaji di Johor, yang sangat tegas dalam mendidik anak-anak, terutama dalam pengajian Al-Quran.

Read 803 times
Rate this item
(0 votes)

Konvensyen Agama Islam For All Meriah Featured

Dec 28, 2018
Hit: 883
Written by
Konvensyen Agama Islam For All Meriah

Alhamdulillah, pada 24 dan 25hb Disember 2018, bertempat di Masjid Syarifah Fatimah, Jitra, ABIM Kedah telah terlibat dalam penganjuran Konvensyen Agama Islam For All (KAIFA) 2018. Dalam Forum "Kenapa Saya Menganut Islam?", Timbalan YDP ABIM Kedah, Ustaz Hazwan Haniff tampil selaku moderator bersama dua orang panelis hebat, Sdr. Azley Stanley dan Sdr. Khaw Lek Ming. Forum tersebut boleh ditonton di sini:

Antara aktiviti lain dalam Konvensyen ini adalah: Pemeriksaan kesihatan percuma; Pemeriksaan Gigi; Menderma Darah; Street Soccer; Pertandingan Ping pong; Gunting Rambut Percuma; Bengkel Memperbaiki Motosikal; Pameran oleh Kolej Komuniti; Kelas Bahasa Jepun; Bantuan Back To School; Kenduri KAIFA; Forum KAIFA dan Mosque Tour (Ziarah Rumah Orang Bukan Islam). ABIM Kedah turut mengendalikan Kelas Bahasa Jepun untuk sesi pada sebelah pagi. Pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa dapat sertai bersama.

Pelajaran yang diajar iaitu sebutan hari, sebutan angka dan beberapa bahasa perbualan-komunikasi dalam bahasa Jepun. Antara pameran yang diadakan adalah promosi Masjid Muhammadiah (Masjid Cina Ipoh) dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Timbalan Menteri Kewangan, YB Datuk Ir. Haji Amiruddin Hamzah turut hadir dalam program ini. Program ini amat baik dan perlu diteruskan. Pelbagai kaedah dan cara yg boleh digunakan dalam berdakwah dan menyebarkan kebaikan. Tahniah dan Syabas, Jawatankuasa Masjid Syarifah Fatimah di atas penganjuran.

Read 883 times
Rate this item
(0 votes)

Jurulatih DERMAGA Bersedia Di Sarawak Featured

Dec 03, 2018
Hit: 861
Written by
Jurulatih DERMAGA Bersedia Di Sarawak

TAHNIAH Abim Sarawak atas penganjuran TOT Diriku Permata Berharga (DERMAGA) peringkat Negeri Sarawak pada 1 - 2 Disember 2018. TOT kali ini mengumpul dan mempersiap hampir 20 jurulatih & fasilitator yang bersedia turun lapangan bagi proses pendidikan tidak formal dalam isu pendidikan reproduktif remaja khusus di Bumi Kenyalang.

ABIM menawarkan khidmat program pendidikan ini kepada mana-mana sekolah mahupun pusat tumpuan komuniti termasuklah masjid atau surau dalam zon Negeri yang besar hati untuk bersama dalam program pendidikan remaja masing-masing. Hubungi kami ya!

----------------------------------------

Fakta tentang DERMAGA - Diriku Permata Berharga.

¤ DERMAGA diilhamkan bagi membantu mengukuh kefahaman dan menyampai maklumat berkaitan kesihatan reproduktif remaja.

¤ DERMAGA membantu memahamkan bahawa remaja juga punya tanggungjawab menjaga diri sendiri.

¤ DERMAGA datang dengan pakej ABSTINEN bagi membekalkan remaja dengan kaedah mengelakkan diri setelah mengenal pasti tingkah laku berisiko atas sebab diri atau orang lain yang boleh mendekatkan diri pada risiko keselamatan diri.

¤ DERMAGA hadir menyantuni keperluan pendidikan dan pencegahan - 'informal social control' melalui perkongsian dan pesan yang lebih dekat dengan anak-anak.

¤ DERMAGA hadir dengan mempersiap kumpulan sokong- bantu dalam proses pemberdayaan peranan dan pengetahuan sesama ahli salam masyarakat.

Read 861 times
Rate this item
(0 votes)
Taski NUR HIKMAH Dedahkan Kanak-Kanak Dengan STEM Mulai 2019

17hb November 2018: Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH SWT, akhirnya selesai sudah Majlis Ihtifal Tadika Islam Nur Hikmah ABIM Kali ke-26 di Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Untuk tahun 2019, turut disertakan pendidikan berasaskan STEM supaya adik-adik TASKI ABIM mendapat lebih pendedahan dalam bidang Sains dan Matematik. Bersama menegakkan kebenaran dan keadilan. Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!

Read 870 times
Rate this item
(0 votes)

ABIM Johor Anjur Dua Siri DERMAGA Di Johor Bahru Featured

Nov 19, 2018
Hit: 883
Written by
ABIM Johor Anjur Dua Siri DERMAGA Di Johor Bahru

Mengadakan program Diriku Permata Berharga (DERMAGA) kali ke 11 di Masjid Jamek Bandar Baru UDA anjuran SMK Tasek Utara 2, Johor Bahru pada 15 hingga 16 November 2018. Program selama 2 hari 1 malam ini disertai seramai 33 orang pelajar dari kalangan pelajar tingkatan 1, 2 dan 3.

Read 883 times
Rate this item
(0 votes)
[Video KAMAR] Membanteras Keganasan Ke Atas Wanita dan Keluarga

9hb November 2018 (Jumaat) : Alhamdulillah, dengan tema "Membanteras Keganasan Ke Atas Wanita dan Keluarga", Program "KAMAR- Bicara Keluarga Mawaddah Wa Rahmah" (Sempena Hari Wanita Johor) telah dijalankan di Paradigm Mall, Johor Bahru. Puan Nur Fauzana Abd Rahman (Guru di Sekolah Menengah Islam Johor Bahru) tampil selaku Moderator. Cik Siti Aisyah Mohd Rais (Peguam dan Exco Perhubungan ABIM Johor) pula hadir selaku ahli panel bersama Ustazah Siti Arfah Mohd Yusup, Penolong Pengarah Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Read 860 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

People’s Republic of
The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) urges the People's Republic of China to immediately ...
Naib Presiden Helwa ABIM
11hb September 2019 (Rabu): Alhamdulillah, Puan Nor Azura Kamarudin Sohami, Naib Presiden ABIM ...
Modul Diriku Permata
25hb Ogos 2019 (Ahad): Alhamdulillah, sempena Konvensyen Inspirasi Wanita, Penolong Setiausaha ...
Consistency key to
KUALA LUMPUR: An Islamic NGO said race and religious relations can be improved if there is ...
Helwa ABIM Gesa Jaminan
Bahagian Hal Ehwal Wanita (HELWA) ABIM menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan ...
Wanita & Naluri
Ada ketika rasa tidak berdaya bila teringat saudara-saudara yang sedang diuji di luar sana. Kosong. ...
ABIM Kecam Mansuh Status
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam pemansuhan Perkara 370 Perlembagaan India baru-baru ...
Aidil Adha: Tingkatkan
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak ...

ABIM Negeri

People’s Republic of
The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) urges the People's Republic of China to immediately ...
Naib Presiden Helwa ABIM
11hb September 2019 (Rabu): Alhamdulillah, Puan Nor Azura Kamarudin Sohami, Naib Presiden ABIM ...
Modul Diriku Permata
25hb Ogos 2019 (Ahad): Alhamdulillah, sempena Konvensyen Inspirasi Wanita, Penolong Setiausaha ...
Consistency key to
KUALA LUMPUR: An Islamic NGO said race and religious relations can be improved if there is ...
Helwa ABIM Gesa Jaminan
Bahagian Hal Ehwal Wanita (HELWA) ABIM menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan ...
Wanita & Naluri
Ada ketika rasa tidak berdaya bila teringat saudara-saudara yang sedang diuji di luar sana. Kosong. ...
ABIM Kecam Mansuh Status
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam pemansuhan Perkara 370 Perlembagaan India baru-baru ...
Aidil Adha: Tingkatkan
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak ...
DMC Firewall is a Joomla Security extension!