PDF Print E-mail
Kepimpinan Mengikut Qudwah Nabi Muhammad S.A.W

Oleh: Muhd Hilmi Ramli

Ketua Biro Penerangan ABIM

Manusia yang boleh diangkat menjadi pemimpin ialah manusia yang selari dengan sifat-sifat kepemimpinan Rasul Sallahu’alahi Wasalam, seperti amanah, bijaksana, tawaduk dan segala sifat sempurna Baginda. Kesempurnaan Baginda ialah asas kepada ciri kepimpinan dalam Islam.  Baginda Sallahu’alahi Wasalam menjadi qudwah hasanah kepada semua lapisan ummat, tidak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan. Sifat Baginda seperti yang diumpamakan oleh ‘Aisyah Radiallahu’anha, “Kana khuluquhu Qur’an”, ‘Peribadinya seperti Al Quran yang bergerak’.

Baginda bukan sahaja menjadi sumber dalam agama paling penting selepas Quran, bahkan menjadi sumber inspirasi kepada sifat kesempurnaannya. Jika hari ini kita mahu mencontohi kepimpinan Baginda, hal yang penting diperhatikan ialah kesepaduan amalan individunya yang bersifat peribadi dan bersifat umum. Di barat, manusia yang diangkat sebagai pemimpin agung, tidak kira dalam lapangan politik, seni mahupun sukan tidak mengambarkan mempunyai keperibadian yang tinggi.

Hatta di kalangan ilmuwan serta tokoh agama mereka tidak mencerminkan keperibadian yang tinggi walaupun mencapai darjat yang tinggi dalam agama. Misalnya pemain golf termashyur dan terkaya dunia, Tiger Woods yang dipuja sebagai insan ajaib abad ini, rupanya mempunyai skandal seks dengan perempuan lain. Bahkan dalam bidang keilmuan, walaupun masyarakat Yunani terkenal budaya ilmunya, melalui tokoh seperti Plato, Socrates dan tetapi gaya hidup seks sesama jantina menjadi amalan biasa.

Golongan paderi dan agamawan mereka yang mempunyai lesen menebus dosa juga terlibat dengan skandal seks bersama kanak-kanak. Ini kekeliruan yang berlaku di kalangan masyarakat Barat. Permasalahan gaya hidup sekular yang telah berakar dalam pandangan alam mereka telah memisahkan antara kehidupan peribadi dan luaran. Tidak ada dosanya jika terlibat dalam skandal, asalkan nama terus masyhur dan menjadi pujaan ramai.

Bahkan, ada tokoh dan idola mereka yang hebat dan dipuja ketika hidupnya, akan tetapi selepas kematiannya dibongkar sisi hitamnya. Dalam Islam, Baginda Sallahu’alahi Wasalam telah mempamerkan keperibadian yang mulia, tidak kira dalam kehidupan peribadinya mahupun kehidupan luarannya, sama ada ketika hayatnya atau selepas kewafatannya. Sebab itu kita boleh melihat dalam kitab-kitab Hadith muktabar, segala yang dilakukan oleh Baginda dilaporkan dan diriwayatkan secara jujur oleh kalangan sahabat. Hadith itu tidak kira sama ada ketika pergaulannya bersama isteri, adabnya memasuki tandas, bergurau senda dengan sahabat dan sikapnya semasa memimpin peperangan.

Dalam kitab Syamai’l Muhammadiah karya Imam Tirmizi pula mengumpulkan hadis-hadis tentang keperibadian Baginda yang sempurna, dari segi pakaiannya, senyumannya, rambutnya dan segala yang terpancar daripada peribadi Baginda yang mulia. Sehinggakan ada ulama mengatakan, jika sesiapa ada menyimpan kitab ini seumpama menghadirkan Baginda Sallahu’alahi Wasalam dalam hidupnya.

Walaupun Baginda telah wafat hampir 1400 tahun, tetapi ingatan ummat Islam kepadanya terus berkekalan, sama ada menziarahi maqam Baginda di Madinah Al Munawarah, berselawat atas Baginda, meraikan hari kelahiran Baginda dan mengamalkan sunnah Baginda. Ini tidak terjadi di kalangan masyarakat Barat yang kehilangan tokoh tauladan yang mereka kagumi. Contoh seperti Tiger Woods yang terkenal dan dipuja, hampir segenap lapisan manusia, tidak kira kanak-kanak atau orang tua, yang minat akan kehebatan beliau dalam memasung kayu golf, akan tetapi rupanya di sebalik muka yang ‘kudus’dan kaya itu, terlibat dalam skandal seks.

Ummat Islam tidak perlu melihat kepada tokoh atau idola yang ditayangkan oleh masyarakat Barat. Ummat Islam sudah mempunyai qudwah hasanah tersendiri yang bernama Muhammad Sallahu’alahi Wasalam. Dalam kesempatan ini lah, ketika meraikan Maulidur Rasul, kita ummat Islam harus melihat kesempurnaan Baginda yang tidak ada pemisahan antara kehidupan peribadinya dan kehidupan bersama masyarakatnya. Kesepaduan dan kesempurnaan ini adalah satu cerminan sempurnya Baginda dan agama yang Baginda sampaikan.

Apatah lagi dalam konteks kepimpinan yang mahu mencontohi qudwah hasanah Baginda, semestinya memahami tiada pemisahan antara akhlak peribadi dan akhlak bersama masyarakat. Kepimpinan yang biasanya dikaitkan dengan status ‘public figure’, seharusnya lebih menghayati kesempurnaan peribadi Baginda Sallahu’alahi Wasalam.

 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.