PDF Print E-mail
Dialog antara agama cara terbaik selesaikan polemik

Dialog antara agama masih merupakan pendekatan terbaik untuk menyelesaikan polemik-polemik yang berlaku semenjak kebelakangan ini. Dalam kenyataannya yang dikeluarkan di akhbar Berita Harian pada hari ini, Setiausaha Agung ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim,mengatakan ''Sejak kebelakangan ini, negara kita sudah menyaksikan timbulnya beberapa isu yang menguji keutuhan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta menganuti kepercayaan berbeza di antara satu sama lain''.

Akan tetapi menurut beliau, walaupun menyedari keperluan untuk menangani isu ini secara tuntas serta menyeluruh, namun segala penyelesaian tidak seharusnya diterjemahkan dalam bentuk institusi seperti Suruhanjaya Antara Agama (IFC), yang pernah mencetuskan kontroversi beberapa tahun lalu.

"Justeru, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bahawa kerajaan tidak bercadang menubuhkan IFC adalah isyarat jelas supaya dialog antara agama serta perbincangan tertutup membabitkan isu tertentu masih menjadi pendekatan terbaik untuk mengatasi sebarang isu berbangkit, jika dibandingkan dengan penubuhan jawatankuasa ataupun suruhanjaya seperti IFC,'' tegas beliau

Saudara Mohamad juga menambah,''Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyambut baik sebarang usaha mengadakan sesi dialog antara agama di samping diskusi ilmiah secara tertutup membabitkan pakar rujuk dalam bidang berkaitan serta diiktiraf kewibawaannya,kerana menerusi pendekatan itu, gambaran lebih jelas serta menyeluruh berkenaan isu dibincangkan akan diperoleh serta dapat disebarkan kepada masyarakat,''

Ini sekali gus pada pandangannya dapat mengelakkan sebarang syak wasangka serta salah faham daripada berlaku, serta menjejaskan keharmonian interaksi di antara kaum di negara ini.

Sumber dipetik : www.Bharian.com.my

 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.