|
||||
| Ibu Tunggal Hidup Dalam Keadaan Daif |
|
Seorang ibu tunggal dan empat orang anaknya, amat mengharapkan bantuan daripada masyarakat yang hidup dalam keadaan yang sangat menyedihkan setelah ditinggalkan oleh suaminya semenjak 9 tahun yang lalu. dan mendapati keadaan dapur yang usang serta tidak mempunyai tandas dan bilik air yang sempurna. Rayuan dibuat oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Batu Pahat, Johor Darul Takzim, selepas kunjungan Skuad Prihatin ABIM Batu Pahat, ke rumah responden di Parit Raja, Batu Pahat, pada 20 Februari yang lalu. Program ini dilakukan susulan daripada lawatan Mohd Azlan Bin Mohd Sharif, Penasihat Biro Prihatin ABIM Batu Pahat dan Mohd Shafiq Bin Rahmat pada 12 Februari lalu. Selain menyampaikan bantuan, Skuad Prihatin ABIM Batu serta sekumpulan remaja turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan rumah responden. mengikuti kunjungan ini untuk mereka mengambil iktibar serta merasai kesusahan yang dialami oleh Puan Badariah. Dalam pada itu, Mohd Azlan Sharif selaku jurucakap ABIM Batu Pahat, menjelaskan usaha untuk membela Puan Badariah sekeluarga akan diteruskan menerusi program-program sumbangan serta bantuan yang akan dikemukakan.Pihaknya juga telah mengajukan aduan serta pandangan kepada institusi-institusi berwajib agar memberikan bantuan setimpal dengan kesusahan yang dialaminya. Pada ketika ini, Puan Badariah hanya mendapat bantuan kanak-kanak (BKK) daripada Jabatan kebajikan masyarakat (JKM) Batu Pahat sebanyak RM200 sebulan. |





Selain menyampaikan bantuan, Skuad Prihatin ABIM Batu serta sekumpulan remaja turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan rumah responden. mengikuti kunjungan ini untuk mereka mengambil iktibar serta merasai kesusahan yang dialami oleh Puan Badariah. Dalam pada itu, Mohd Azlan Sharif selaku jurucakap ABIM Batu Pahat, menjelaskan usaha untuk membela Puan Badariah sekeluarga akan diteruskan menerusi program-program sumbangan serta bantuan yang akan dikemukakan.