|
||||
| ABIM Pandang Serius Gejala Arak Di Kalangan Generasi Muda |
|
Sessi tersebut telah berlangsung di ibu pejabat Malaysian Hindu Sangam, Taman Petaling Utama pada 6 Februari 2010. ABIM telah diwakili oleh Ahmad Saparudin Yusup (Naib Presiden Kebangsaan ABIM), Akmal Hisham Abdul Rahim (Ketua Biro Pembangunan Sosial ABIM) dan Mohamed Ibrahim Kunji Mohamad. Dalam sesi penerangan yang disampaikan oleh Arun Dorasamy (Ketua MHSY), beliau dengan tegas mengatakan bahawa gejala arak ini hanya mendatangkan masalah sosial kepada masyarakat dan memudaratkan kesihatan. Dengan hal tersebut, MHSY akan bersungguh-sungguh memerangi arak khususnya dikalangan generasi muda. Sebanyak 12 cadangan telah dibentangkan oleh MHYS seperti larangan untuk mengiklankan arak di media, penjualan arak hanya ditempat yang mempunyai lesen, meminum arak di tempat awam akan dikenakan tindakan undang-undang dan lain-lain lagi. Menurut Ahmad Saparudin, ABIM memandang isu arak ini merupakan isu yang serius dan perlu ditangani secara tuntas khususnya di kalangan generasi muda. Tambah beliau lagi, ajaran agama Islam itu sendiri telah melarang umat Islam meminum arak dan hal ini telah dibuktikan secara saintifik apabila mendapati banyak kesan negatif sekiranya meminum arak. ”ABIM akan bekerjasama dengan MHYS dan mana-mana badan bukan kerajaan dalam menjayakan agenda memerangi arak ini”, kata Ahmad Saparudin. |




Tiga orang wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menghadiri sessi penerangan mengenai perlancaran projek National Review on Laws, Policies and Programs: Alcohol in Malaysia 2010 (Project ALIM). Program ini bakal dilaksanakan oleh Malaysian Hindu Sangam Youth (MHSY) secara kerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan yang lain.