PDF Print E-mail
Generasi Muda Perlu Kuasai Ilmu- Dr.Wahbah Zuhaili

Dr Wahbah ZuhailiOleh Mohd Raimi (Setiausaha Agung ABIM)

Angkatan Belia Islam Malaysia telah berkesempatan mengadakan kunjungan hormat dan pertemuan dengan tokoh ulama tersohor dari Syria , Syeikh Prof. Dr. Wahbah Zuhaily. Delegasi ABIM yang diwakili oleh Setiausaha Agung, Sdr.Mohamad Raimi Ab.Rahim, Ketua Biro Dakwah Ustaz Mohd.Naim Mohd Nor, Mantan Timbalan Presiden ABIM, Dr.Mohd Rumaizuddin Ghazli dan Sdr. Mohd. Farid Hafidh.  Pertemuan ini merupakan pertemuan rasmi yang kedua dengan beliau sejak tiga tahun lepas. Pada tahun 2006, delegasi ABIM  yang diketuai oleh Dr.Rumaizuddin pernah mengadakan kunjungan hormat di kediaman beliau di Damsyik, Syria

Pertemuan yang penuh kemesraan tersebut antara lain membincangkan isu-isu semasa sekitar umat Islam di Malaysia dan beberapa perseoalan fiqh dan fatwa kontemporari yang sememangnya merupakan bidang kepakaran Prof. Wahbah. Di samping itu, beliau turut memberikan nasihat agar ahli-ahli ABIM secara khususnya dan generasi muda di Malaysia amnya agar menumpukan usaha menguasai ilmu pengetahuan dan mempergiatkan lagi penyampaian usaha dakwah kepada masyarakat. Beliau memperingatkan agar belia yang terlibat dalam gerakan dakwah meneruskan iltizam dan komitrmen untuk menegakkan kebenaran dan keadilan di sebalik pelbagai cabaran-cabaran yang mendatang.

 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.