PDF Print E-mail
Penahanan Dr Mohd Asri Zainul Abidin: ABIM Seru Semua Pihak Bertenang

Meneliti perkembangan terkini dalam isu penangkapan Dr Mohd. Asri bin Zainul Abidin, ABIM ingin melahirkan rasa sedih dan bimbang. Gembar-gembur media terhadap isu ini sudah cukup menyesakkan dan menggelisahkan. ABIM berpandangan atas rasa tanggungjawab memelihara imej dan kemuliaan Islam pada setiap tempat dan ketika ada baiknya jalan keluar yang lebih berhikmah dipilih. Berbagai-bagai tuduhan  dilemparkan sehingga menyebabkan masyarakat menjadi keliru dan sangsi dengan kredibiliti pentadbir agama dan golongan ulama’.

Sebagai umat Islam kita dianjurkan untuk menghormati perselisihan pandangan dengan mengikuti Adabul Ikhtilaf (adab perbezaan pandangan) bagi menangani perbezaan pemikiran. Jangan kita terlanjur sehingga merosakkan ukhuwah dan solidariti umat dengan sekonyong-konyongnya menghumban umat ke kancah perpecahan yang lebih besar. Pertembungan beberapa aliran pemikiran dalam umat Islam di Malaysia perlu ditangani dengan lebih tuntas. ABIM mencadangkan satu majlis atau jawatankuasa meneliti perkembangan ini bagi menjaga keharmonian dan perpaduan umat.

Kita tidak mahu, perbalahan ini menjadi semakin besar dan akhirnya merebak sehingga ia menjadi tidak terkawal. Kita tidak mahu nanti umat Islam di Malaysia saling bercakaran kerana mempertahankan pandangan ulama’ ikutan mereka menerusi pendekatan yang sempit dan merugikan.Kita seharusnya membenarkan pihak pentadbir agama seperti JAIS melaksanakan tugas dengan bebas dan amanah. Jika sudah termaktub dalam enakmen peraturan yang sedemikian maka semua pihak hendaklah menghormatinya.

Namun pandangan orang ramai perlu diambil kira mengenai kelulusan akademik seseorang pendakwah. Kita tidak mahu ketegasan melaksanakan peruntukan enakmen akan membuat dakwah Islamiyah tersekat dan membeku. Isu pentauliahan ini memerlukan satu perhatian yang sewajarnya. Di sebelah pihak lagi, tidak rugi rasanya jika kita menundukkan rasa hormat dengan memohon tauliah bagi mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Ia bukan satu perkara yang memalukan, sebaliknya ia akan menaikkan martabat agama Islam di mata masyarakat. Itulah yang seharusnya berlaku.

ABIM ingin menyeru kepada semua pihak agar bertenang dan membenarkan pihak JAIS menjalankan tugas. ABIM meyakini Dr. Asri akan diadili dengan sebaik mungkin mengikut lunas-lunas keadilan seperti yang dijunjung oleh Mahkamah Syariah Negeri Selangor.  Hentikanlah sebarang dakwaan yang tidak munasabah dan tidak bermaruah.  Situasi kini seolah-olah menang jadi arang dan kalah jadi abu. Jangan nanti pihak yang menang angkuh dan mendabik dada dan memusnahkan yang kalah.
Anggaplah kejadian ini sebagai ujian terhadap kesatuan dan perpaduan umat Islam di Malaysia, dan kita bermohon ujian ini dapat kita lalui dengan sebaiknya dan meneguhkan Iman dan mengangkat martabat kita.


MENEGAKKAN KEBENARAN DAN KEADILAN


AMIDI BIN ABDUL MANAN
Timbalan Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)

 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.