PDF Print E-mail
Kenyataan Media:Abim Sambut Baik Hukuman Terhadap Ketua Ajaran Sesat
Rasul KaharABIM menyambut baik keputusan Yang Arif Hakim MahkamahTinggi Syariah Di Shah Alam yang telah menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara, 6 sebatan dan denda keseluruhannya berjumlah RM 14, 500 dan 6 bulan tahanan di pusat pemulihan akidah ke atas Abdul Kahar Ahmad yang mengaku salah kerana mendakwa dirinya sebagai “Rasul Melayu”. ABIM mengucapkan syabas kepada pihak berkuasa agama yang memperlihatkan ketegasan dan ketangkasan dalam berhadapan dengan isu ini serta cukup komited untuk membawa pesalah-pesalah akidah ini ke muka pengadilan.

Namun demikian, isu ini harus dilihat dari persepektif yang lebih besar di mana isu sebenar yang melanda umat Islam adalah krisis akidah yang semakin kritikal. Sumber dari JAKIM menyatakan bahawa masih terdapat lagi 55 ajaran sesat di Malaysia yang telah diwartakan sebagai sesat dan masih dipantau kerana didapati masih aktif menyebarkan doktrinisasi mereka.

Walaupun ramai pihak yang beranggapan dengan tertangkapnya “Rasul Melayu” ini maka fahaman dan penyebaran doktrinnya akan berkubur, ABIM berpandangan bahawa isu ini tidak akan selesai selagi seluruh pengikutnya masih bebas dan tidak tampil bertaubat nasuha secara terang-terangan. Oleh yang demikian, ABIM merasakan sudah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa agama untuk menyeru pengikut ajaran sesat ini untuk bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. ABIM juga mencadangkan agar satu medium inter-dialog dijalankan, di mana ABIM bersedia untuk menjadi orang tengah di antara pihak berkuasa agama dengan pengikut-pengikut ajaran sesat ini bagi membolehkan mereka berdialog secara sihat dan perbahasan dialog itu terpimpin ke arah yang benar dan fokusnya adalah untuk memperbaharui syahadah dan melengkapkan proses taubat nasuha mereka.

ABIM juga berpandangan bahawa dalam menyanggah krisis akidah umat Islam yang menggugat keimanan mereka, peranan dakwah sama sekali tidak boleh dipinggirkan. Oleh yang demikian, usaha untuk terus memperkasa badan dakwah harus terus dibugar dan harus ada komitmen yang tinggi dari pihak berkuasa dan seluruh instrumen kerajaan untuk menghapuskan segala fahaman sesat yang terkeluar dari aunjuran Islam yang sebenar. Pemerkasaan dakwah ini bukan sahaja melibatkan medium, prasarana serta organisasi dakwah sahaja tetapi melibatkan seluruh institusi dakwah serta undang-undang jenayah syariah bagi memperkukuh syariah secara keseluruhannya.

ABIM juga menyeru agar orang awam lebih sensitif terhadap penyebaran  ajaran sesat dan menyeleweng dan segera melaporkannya kepada pihak berkuasa agama agar krisis akidah ini tidak berlarutan dan mahu umat islam khususnya badan-badan agama kerajaan, seluruh Jabatan Agama Islam, serta NGO-NGO Islam untuk bekerja lebih keras dan  komited dalam memperkasa dakwah agar imej Islam sebagai agama yang suci dan agung akan terus terpelihara.

Fadhlina Siddiq
Naib Presiden HELWA ABIM
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Advokasi Syariah Malaysia (JAWAB)
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.