editor-media

editor-media

Pada tarikh 8hb julai 2017 (Sabtu), Alhamdulillah, selepas mendapat sambutan baik daripada pelbagai pihak pada bulan Ramadhan lalu, Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) Syawal pula diteruskan. Kali ini bertempat di Kampung Orang Asli Serendah, 64 orang keluarga Muslim menerima bantuan, hasil sumbangan rakyat Malaysia yang budiman. . Program ini diteruskan; supaya pada bulan Syawal pun, mereka yang memerlukan, merasai bahawa masih ada yang sayang dan prihatin terhadap mereka. . Anda hulurkan, kami sampaikan! :) . .. .. Bismillahirrahmaanirrahim. . Sumbangan atas talian : www.billplz.com/kssb .. Deposit tunai/ pindahan wang : . Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Bank Islam : 14023010030552 E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Monday, 10 July 2017 00:00

ABIM Abadikan Legasi Hamka Di Maninjau

7-10 Julai 2017:- Alhamdulillah, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz (Setiausaha Agung ABIM), telah ke Sumatera Barat, untuk lawatan sambil belajar ke beberapa projek pembangunan masyarakat serta pendidikan di sekitar Kota Padang, Bukit Tinggi, Pariaman dan Maninjau. .

Sementelah, beliau dan para delegasi turut mengunjungi Muzium Rumah Kelahiran HAMKA di Maninjau, Sumatera Barat. Di Muzium bersejarah ini, terdapat Kutub Khanah yang dibina oleh ABIM ketika era Presiden ABIM ke-4, iaitu Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman. Gambar-gambar ketika Program Jejak Ulama Buya HAMKA (pada Julai 2004) anjuran ABIM turut dipaparkan di muzium tersebut. .

Sesungguhnya, Buya HAMKA digelar 'Bapa Sejuta Umat' - setiap hari ketika hayatnya, menerima 10-15 orang tetamu yang mengadu hal dan meminta tausiyah nasihat tanpa sebarang upah. . Malah, Buya Hamka yang mengeluarkan duit dan diberi kepada tetamu yang miskin; sebagai kos perjalanan pulang. . Delegasi turut menziarahi Muzium Rumah Kelahiran Bung Hatta, Proklamator Republik Indonesia, di Bukit Tinggi. . Semoga ALLAH SWT merahmati kedua-dua tokoh pejuang Nusantara ini. Al-Fatihah sekudusnya. . Innalillahi wainna ilaihi rajiun. .

Saturday, 10 June 2017 00:00

Street Dakwah Smile ABIM Pahang

10 Jun 2017 - Program Sinar Ramadan 1438H ABIM Pahang disemarakkan dengan penganjuran Program SMILE (Street Dakwah) dan Hospital Visit. Program yang digerakkan oleh ahli-ahli Usrah Muslimah Garden (UMG WUC) bermula jam 2.00 petang di Terminal Sentral Kuantan (TSK). Interaksi bersama orang ramai di TSK berkongsi pengetahuan mengenai kelebihan

bulan Ramadan dan keagungan Al-Quran. Program diteruskan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dengan aktiviti Hospital Visit. Pesakit-pesakit diziarahi dan disantuni oleh para peserta bagi memberikan keceriaan kepada pesakit-pesakit.

Page 1 of 204

Berita ABIM

Agihan Sumbangan KSSB
Pada tarikh 8hb julai 2017 (Sabtu), Alhamdulillah, selepas mendapat sambutan baik daripada pelbagai ...
ABIM Abadikan Legasi
7-10 Julai 2017:- Alhamdulillah, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz (Setiausaha Agung ABIM), telah ke ...
ABIM Dan Keranda 152
Oleh Zairudin Hj Hashim, Exco Media, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 1. Keranda 152 diusung ...
Celebrating Eid in The
  Improving quality of lives, rebuilding human characters and upholding equal dignities of human ...
Kemuncak KSSB: AIBIM
Alhamdulillah, bersama keberkatan Ramadhan serta kemuliaan bulan penuh maghfirah ini, Presiden ...
Ramadhan Kembangkan
Ipoh , 17 Jun 2017, :- Program kemasyarakatan yang digerakkan menerusi Sinar Ramadhan 1438H dan ...
Pimpinlah Kami :-
10 tahun dahulu, kes Subashini mengemparkan negara, dengan tuntutan cerai daripada suaminya kerana ...
KSSB Telah Bantu 1,300
Alhamdulillah. Iya sahabat-sahabat, sumbangan kalian sedang kami agih-agihkan kepada mereka yang ...

ABIM Negeri