Terima Kasih Allah Kerana Pinjamkan Abang Din Kepada Kami. Featured

Jun 22, 2020 Hit: 50 Written by 

 

shafudin mohd yatim

 

Almarhum Tuan Haji Shafudin Mohd Yatim Mantan YDP ABIM Johor dan Pengerusi WADAH Johor,

Saya kenali arwah semasa mula menjejaki kaki ke pejabat ABIM Johor di BBU, dalam menyahut cabaran anak muda pulang ke negeri. Arwah membimbing kami penuh disiplin, Tanzim dan kasih sayang, Arwah selalu ingatkan kepentingan Usrah, Tamrin dan Muktamar sehinggakan ada yang saya ingat arwah kata kepada yang bermalas – malasan ni, dia sentap aje “tak apa lah yang penting anta ISLAM cukup”. Arwah cukup berterus terang dalam segala hal.

Antara yang pasti saya tidak akan lupa adalah arwah sponsor kad jemputan kahwin saya, beri pinjam kereta kancil untuk guna perkahwinan saya, beri touch & go dan kad kredit untuk beli minyak kereta sebagai hadiah untuk memudahkan majlis perkahwinan saya tahun 2000.

Beliau tidak lokek ilmu mengurus organisasi, mengurus kewangan keluarga, dan suka memudahkan urusan bila tgk staf fulltime ada pelbagai masalah termasuk kewangan.

Dalam berorganisasi arwah sentiasa ajar jangan mengalah, terus harungi segala rintangan dan hambatan (lawan tetap lawan). Kadang – kadang kami yang muda – muda rasa malu pulak, kalau kena lawat daerah beliau akan ikut walaupun penat di UTM, lepas pejabat dari UTM terus gerak ke daerah, balik JB jam 2 3 pagi. Hujung minggu pun turun daerah… sampai kadang – kadang terfikir, berapa lama arwah bersama keluarga ni.

Arwahlah tempat kami bergurau,
Arwahlah tempat kami menangis,
Arwahlah tempat kami membina inspirasi,

Saya yakin semua ahli jamaah di negeri Johor dan daerah - daerah amat rasa kehilangannya, namun Allah maha mengatur segalanya, mari kita sambung perjuangan ini dengan menjadikan Abg Din sebagai salah satu inspirasi dalam segala bidang yang kita ceburi

Ya Allah, kau anugerahi dengan kenikmatan, keampunan dan keredhaanMU atas segala kebaikan, pengorbanan dan kebaktian yang arwah telah buat kepada ABIM Johor, Wadah Johor, Sekolah SRI dan SMI, dan kami semua dalam melaksanakan tugas misi dakwah dan tarbiyyah

Damailah Abg Din di sana,
InsyaAllah kami pasti menyusul jua kelak

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ... أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ

"Al Fatihah"

Terima kasih Abg Din, Terima kasih ALLAH kerana pinjamkan Abg Din kepada kami.

Salam Takziah kepada Kak Zarimah, Ust Kamarul, Syahida, Aisyah, Salwa, Zubair dan Saadah

Ab Razak Aripin
28 Mei 2020
UNISEL Bestari Jaya

Last modified on Monday, 22 June 2020 06:27
Read 50 times
Rate this item
(1 Vote)

Berita ABIM

KSSB Terus Bantu Rakyat
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) akan tetap meneruskan Kempen Seorang Sekampit beras (KSSB) ...
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
COVID-19: ABIM Seru Umat
SERUAN MENJAGA KESELAMATAN DAN KESIHATAN Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakātuh. Di saat ...
Manusia, Kekayaan dan
Oleh:-  Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...
Jadilah Wanita Istimewa
   Oleh: Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...

ABIM Negeri

KSSB Terus Bantu Rakyat
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) akan tetap meneruskan Kempen Seorang Sekampit beras (KSSB) ...
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
COVID-19: ABIM Seru Umat
SERUAN MENJAGA KESELAMATAN DAN KESIHATAN Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakātuh. Di saat ...
Manusia, Kekayaan dan
Oleh:-  Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...
Jadilah Wanita Istimewa
   Oleh: Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...
Year 2020: Charting the
DMC Firewall is a Joomla Security extension!