Institusi Keluarga Ekosistem Penting Pengaruhi Kesihatan Mental Featured

Dec 13, 2019 Hit: 100 Written by 
Institusi Keluarga Ekosistem Penting Pengaruhi Kesihatan Mental

11 Disember 2019, Shah Alam:- Institusi keluarga adalah ekosistem yang sangat penting dalam mempengaruhi tahap kesihatan mental seseorang individu. Dapatan adalah kesimpulan penting daripada “Forum Kesejahteraan Keluarga: Mental Sihat Keluarga Bahagia” anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Hotel De Palma.

“Apabila kita merawat mereka yang menghidap penyakit mental, kita bukan sahaja merawat penghidap, kita juga perlu ‘merawat’ dan membantu keluarga nukleus yang menjadi “caregivers” penghidap tersebut,” jelas Prof. Dr. Nor Zuraida Zainal (gambar di bawah), jelas pensyarah di Jabatan Perubatan Psikologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang merupakan salah seorang daripada ahli panel seminar terbabit.

kesihatan mental wadah 1

 

Fakta ini ditegaskan oleh Encik Fauwaz Hasbullah yang mengatakan bahawa institusi keluarga adalah komuniti sokongan yang utama untuk menangani sebarang masalah kesihatan. Forum ini dibahagikan kepada empat slot utama iaitu :

Isu-isu Kesihatan Mental dalam Keluarga dan Kaedah: Mengenal Penyakit-penyakit Mental dan Rawatan.

Keluarga Sihat Mental Melahirkan Komuniti Sejahtera.

Memberdaya Figura Bapa.

“Power Parent: Helping Children Dealing With Stress”.

Puan Jamilah Samian, konsultan kekeluargaan “Cool Mum Super Dad Consultancy” mengatakan “Bapa berperanan sebagai pembimbing keluarga dan ‘role model’ buat anak-anak.”

modul keibubapaan

Gambar Atas: Antara Modul Keibubapaan Yang Diketengahkan.

Forum Kesejahteraan Keluarga anjuran WADAH ini dirancang khusus untuk menyediakan satu medan perbincangan berkaitan satu tajuk yang amat mendesak pada masa kini.

Keterangan Gambar:- Definisi Penyakit Mental.

apa itu penyakit mental

Read 100 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Solidariti Untuk Umat
*ABIM Gesa Tolak Sebarang Usaha Normalisasi Kekejaman Terhadap Etnik Uighur*   Pada 31 Mei ...
Malaysia Baharu
Sudah lebih setahun berlalu semenjak tercetusnya detik keramat 9 Mei 2018 yang merobah tampuk ...

ABIM Negeri

Hentikan Polemik Pongal
Bengkel Tadabbur Perluas
Solidariti Untuk Umat
*ABIM Gesa Tolak Sebarang Usaha Normalisasi Kekejaman Terhadap Etnik Uighur*   Pada 31 Mei ...
Malaysia Baharu
Sudah lebih setahun berlalu semenjak tercetusnya detik keramat 9 Mei 2018 yang merobah tampuk ...
Apresiasi Naib Presiden
Hormati Sensitiviti :
Solidariti Rakyat
DMC Firewall is a Joomla Security extension!