Kekalahan Di Istanbul; Iktibar Untuk Erdogan Featured

Jun 27, 2019 Hit: 354 Written by 
Kekalahan Di Istanbul; Iktibar Untuk Erdogan

Disediakan oleh Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman,

Presiden, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Tujuh Faktor kekalahan AK Parti.

1.Serangan ekonomi dan matawang Lira oleh Amerika Syarikat mengakibatkan ekonomi Turki merudum,inflasi naik hingga 30%, Lira jatuh hingga 5% berbanding US Dollar. Kejatuhan ekonomi ini menjejas kehidupan rakyat Turki keseluruhannya terutama di bandar utama saperti Istanbul,Ankara dan Izmir.

2.Penduduk Istanbul berjumlah 16 juta amat terkesan dengan kejatuhan ekonomi ini,dan pengundi atas pagar memilih untuk menyalahkan Presiden Erdoğan dan pentadbirannya. ‘Urban mentality’ banyak mempengaruhi keputusan pilihanraya Istanbul kali ini. Ini dapat digambarkan bila Ekrem Imamoğlu berjaya memenangi 54.03% berbanding Binali Yildirim 45.09%,serta menang 28 daerah perbandaran dari 39 daerah berbanding 16 daerah dalam pilihanraya 31 March yang lalu. Beliau juga berjaya menambah undi popular dari 13,729 ke 777,581, suatu lonjakkan yang besar berbanding undi Binali Yildirim.

3.Faktor generasi muda juga memberi impak besar kekalahan AK Parti. Bagi mereka Imamoğlu yang berumur 49 tahun lebih mempunyai tarikan generasi berbanding Binali yang berumur 64 tahun dan Erdoğan 65 tahun. Selera anak muda ialah ingin mencuba sesuatu yang baru adalah fenomena yang berlaku di mana-mana.

4.Politik Turki banyak dipengaruhi oleh ketokohan pemimpin. Pilihanraya Istanbul bagi penduduk Istanbul yang lebih ‘sophisticated’ dan bermaklumat, ialah memilih antara Ekrem Imamoğlu dari CHP atau Recep Tayyib Erdoğan dari AK Parti dan bukan Binali Yildirim. Buat pertama kali CHP berjaya menampilkan tokoh politik yang bukan anti agama malah inklusif dalam personaliti Imamoğlu. Difahamkan Imamoğlu(terjemahan Melayu, anak Imam) solat dan berpuasa di bulan Ramadhan. Ini suatu yang agak luar biasa bagi sebuah Parti yang sejarahnya anti Islam. Bagi mereka Erdoğan sudah terlalu lama memerintah sejak tahun 2003 dan tiba masa untuk pembaharuan.

5.Dukungan Barat terhadap Parti Pembangkang melalui NGO tajaannya selain bantuan dana banyak memberi kekuatan strategi dan logistik kepada Parti Pembangkang. Bagi Barat, politik Islam Erdoğan bakal menimbulkan masalah kestabilan politik khususnya di Eropah.

6.Strategi tiga Phobia oleh Media Barat iaitu Islamophobia,Turkophobia dan Erdoğanophobia telah berjaya mengekalkan pengaruh Sekular Turki dan menghalang politik Islam Ummatik yang dipelopori Erdoğan dari menguasai politik Turki keseluruhannya. Bagi Imamoğlu kemenangannya ini ialah ‘a new beginning’, suatu permulaan untuk menjatuhkan AK Parti yang dituduh sebagai semakin otokratik dan anti demokrasi, naratif Barat terhadap Erdoğan.

7.Keretakan dalaman AK Parti bukanlah suatu rahsia lagi. Dengan terpinggirnya pengasas Parti , Abdullah Gül dan perletakkan jawatan secara paksa sebagai Perdana Menteri terhadap Dr Ahmed Davutoğlu serta serangan Saadet Partisi yang makin kuat telah memberi kesan retak dalaman yang semakin parah. Generasi pengasas AK Parti juga makin tersisih dan digantikan dengan generasi muda yang penuh ghairah tetapi belum ‘tested’ dalam asam garam perjuangan. Erdoğan kena melakukan sesuatu yang drastik bagi menanggani keretakan politik dalaman ini.

Bagaimana kita harus bersikap?

1. Apapun yang berlaku, Erdoğan masih lagi relevan dalam politik membebaskan dunia islam dari cengkaman Barat menjelang 100 runtuhnya Khilafah Uthmaniyyah pada 2024. Beliau lah antara pemimpin Islam setakat ini yang berani dan mempunyai cita-cita dan wawasan untuk Islam kembali menjadi antara kuasa baru dunia. Serangan ekonomi terhadap Turki menggambarkan betapa politik Erdoğan memberi impak kepada dunia.

2. Gagasan kembali kepada zaman Kekhalifahan bukan bermakna kembali ke zaman Khilafah Uthmaniyyah, tetapi gabungan negara-negara Islam yang mempunyai cita-cita dan misi Tahririy(pembebasan) untuk bebas dari cengkaman dan perhambaan Barat dan melakar politik Islam yang Ummatik dan bersatu.

3. Kita mengharap agar dilakukan muhasabah yang sesungguhnya oleh Erdoğan dan AK Parti, cari titik kelemahan,berani mengaku kesilapan, santuni perbedaan pandangan dan pendapat, amalkan politik inklusif,satukan semua Parti yang mempunyai cita-cita Islamik.

4. Dunia Islam berada di persimpangan. Di kala Politik Zionism semakin menyerlahkan taringnya, Erdoğan di satu pihak mencuba untuk menjayakan Misi Tahririy, namun di satu pihak pula ingin terus mempertahankan status quo, menjadi boneka dan hamba suruhan penjajah Barat, malah memusuhi Turki dan Erdoğan pulak.

Kepada ALlah kita berserah, moga fajar akan menyinsing jua akhirnya. Moga kita terus berada diatas siratul mustaqim hendaknya.

Last modified on Thursday, 27 June 2019 09:17
Read 354 times
Rate this item
(1 Vote)

Berita ABIM

 *Meneladani Nabi
   *MENELADANI NABI MUHAMMAD ṢALLALLĀHU ‘ALAYHI WA SALLAM SEBAGAI TERAS MEREALISASIKAN ...
Bangsa Malaysia &
Keterbukaan yang dirintis dalam era Malaysia Baharu perlu diisi untuk mengukuhkan perpaduan dalam ...
The Most Important Malay
Could movements like Abim and Ikram be the key to Malaysian unity? IT’S probably a safe bet to ...
People’s Republic of
The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) urges the People's Republic of China to immediately ...
Naib Presiden Helwa ABIM
11hb September 2019 (Rabu): Alhamdulillah, Puan Nor Azura Kamarudin Sohami, Naib Presiden ABIM ...
Modul Diriku Permata
25hb Ogos 2019 (Ahad): Alhamdulillah, sempena Konvensyen Inspirasi Wanita, Penolong Setiausaha ...
Consistency key to
KUALA LUMPUR: An Islamic NGO said race and religious relations can be improved if there is ...
Helwa ABIM Gesa Jaminan
Bahagian Hal Ehwal Wanita (HELWA) ABIM menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan ...

ABIM Negeri

 *Meneladani Nabi
   *MENELADANI NABI MUHAMMAD ṢALLALLĀHU ‘ALAYHI WA SALLAM SEBAGAI TERAS MEREALISASIKAN ...
Bangsa Malaysia &
Keterbukaan yang dirintis dalam era Malaysia Baharu perlu diisi untuk mengukuhkan perpaduan dalam ...
The Most Important Malay
Could movements like Abim and Ikram be the key to Malaysian unity? IT’S probably a safe bet to ...
People’s Republic of
The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) urges the People's Republic of China to immediately ...
Naib Presiden Helwa ABIM
11hb September 2019 (Rabu): Alhamdulillah, Puan Nor Azura Kamarudin Sohami, Naib Presiden ABIM ...
Modul Diriku Permata
25hb Ogos 2019 (Ahad): Alhamdulillah, sempena Konvensyen Inspirasi Wanita, Penolong Setiausaha ...
Consistency key to
KUALA LUMPUR: An Islamic NGO said race and religious relations can be improved if there is ...
Helwa ABIM Gesa Jaminan
Bahagian Hal Ehwal Wanita (HELWA) ABIM menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan ...
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd