Kepimpinan dan Kekhalifahan, Gagasan Konstruktif Ulama dan Umarak. Featured

Mar 05, 2018 Hit: 144 Written by 
Kepimpinan dan Kekhalifahan, Gagasan Konstruktif Ulama dan Umarak.

25-27 Februari 2018, Ipoh:-Alhamdulillah, Presiden WADAH yang juga mantan Presiden ABIM, Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman serta Timbalan Presiden WADAH, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman telah dijemput menyampaikan kertas kerja di dalam Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Muzakarah yang berlangsung dari 25-27 Feb 2018 telah diadakan di Dewan Besar, Causurina@Meru, Ipoh. Perak.                                                           

Wacana ilmiah ini diadakan sempena keputeraan Sultan Perak, dan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman yang juga Timbalan Setiausaha Agung UNIW (Union of NGO'S Of The Islamic World) telah membentangkan kertas kerja bertajuk, “Kepentingan Kekhalifahan dan Kepimpinan Dalam Islam: Menelusuri Sejarah Kegemilangan Islam”.

Penganjuran tahun ini telah merentasi sempadan Nusantara dengan penglibatan peserta luar negara. Merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas limpah perkenan DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat merasmikan Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertajuk “Kepimpinan dan Kekhali¬fahan, Gagasan Konstruktif Ulama dan Umarak.” Semoga Islam terus berkembang mekar; harum mewangi menyebarkan keamanan dan kesejahteraan ke sekalian alam.

Read 144 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Kemiskinan Bandar:
5hb April 2018 (Khamis): Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Dana Kanak-Kanak Pertubuhan ...
Industri Fesyen Jangan
Sejarah membuktikan wanita adalah antara entiti utama yang menggerakkan evolusi dakwah di Malaysia. ...
ABIM: Tambah Baik, Bukan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat kritikan yang bersifat merendah-rendahkan yang ...
Larangan Bertudung Dalam
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan ...

ABIM Negeri