WADAH / PKPIM (59)

Gelombang "Menara" PKPIM Landa 5 Negeri

Gelombang Perkampungan Menara Gading (PMG) 2015 terus melanda beberapa negeri sepanjang minggu lalu. Antara negeri tersebut ialah Sarawak, Sabah, Perlis, Terengganu serta Selangor. PMG 2015 ataupun program lebih dikenali sebagai "Menara" dikendalikan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) khusus sebagai persediaan buat bakal-bakal mahasiswa sebelum mereka memulakan pengajian mereka ke institutsi pengajian tinggi tempatan. Tahniah kepada penggerak PMGK. PMGK akan terus berdiri dengan semangat kemahasiswaan. Kebitaraan mahasiswa terletak pada idelismenya bukan pada selebriti jemputan. Di sinilah mahasiswa belajar menabur bakti membimbing gelombang kesedaran baru.

 

 
 
 
 
 
 
Read 566 times
Rate this item
(0 votes)
Peserta Perkampungan Menara Gading (PMG) Kedah Dalami Cara Hidup Pondok

Perkampungan Menara Gading 2015 peringkat negeri Kedah telah diadakan dengan jayanya berakhir semalam. PMG 2015 Kedah unik kerana diadakan di pusat pengajian pondok terkemuka, Madrasah Dehrang. Perkampungan Menara Gading Kedah 2015, berlangsung dari 19 Februari hingga 21 Februari 2015. Semoga objektif program tercapai selari dengan semangat para peserta yang berkobar-kobar insya'Allah.

 

 
Read 670 times
Rate this item
(0 votes)
Perkampungan Menara Gading (PMG) PKPIM 2015 Terus Dapat Sambutan

 

14 Februari, Kuala Lumpur:- Peserta  Perkampungan Menara Gading (PMG) 2015 anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Kuala Lumpur berpeluang menimba pengalaman daripada Prof. Dr. Mohd Fauzan Nordin, Pensyarah Kuliyyah Teknologi Komunikasi dan Informasi, UIAM. Tambah ironik, beliau merupakan antara peserta PMG (dahulu dikenali sebagai Perhimpunan Pelajar Islam) ketika diadakan sekitar 80-an dahulu. Selain perkongsian pengalaman beliau turut menyentuh perbincangan mengenai Abdillah dan Khalifatullah serta Perjalanan mencapai tahap Insan (Data - Information - Knowledge - Intelligence - Wisdom)

 

5 Negeri sudah berjaya melaksanakan Perkampungan Menara Gading (Pahang, Perak, Johor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan). Masih berbaki 8 Negeri yang akan melaksanakan pada hujung bulan ini iaitu Selangor, Kedah, Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan).

 
Read 1286 times
Rate this item
(0 votes)

Perkampungan Menara Gading 2015

Jan 27, 2015
Hit: 2010
Written by
Perkampungan Menara Gading 2015

22 Januari 2015:-Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah melancarkan program Perkampungan Menara Gading (PMG) seluruh negara mulai 22 Januari 2015. Untuk permulaan PMG 2015 digerakkan di Perak, Johor, serta Pahang. Penyertaannya terbuka kepada para pelajar lepasan SPM bertujuan sebagai persediaan untuk menghadapi kehidupan di alam kampus.

 

 

Di samping pengisian berupa ceramah, motivasi, serta perkongsian pengalaman, para peserta berpeluang menyerlahkan potensi kepimpinan yang tersembunyi di dalam diri mereka. Sebagai contoh, PMG 2013 di Universiti Malaya para peserta telah terlibat dalam perbincangan ala mini parlimen. Potensi kepimpinan para pelajar ini diserlahkan dengan bimbingan trainer PKPIM, Badan Gabungan Negeri (BGN) PKPIM serta penceramah luar yang berketerampilan.

 

 

Latarbelakang PMG PMG adalah satu program yang mula dilaksanakan di sekitar tahun 1997. Ia pada mulanya dihasratkan untuk membantu para pelajar sekolah menengah agama atau lebih tepat lagi calon-calon SPM dan STPM dari sekolah tersebut memilih kursus di peringkat IPT. Kenapa demikian? Ini kerana kebanyakan sekolah agama tidak mempunyai guru kaunseling untuk menyalurkan maklumat mengenai kursus-kursus di IPT. Perjalanan program ini dibaiki dengan turut melibatkan pelajar dari sekolah bukan beraliran agama.

 

Perlu diakui, PMG diinspirasikan dari Latihan Dedikasi Kepimpinan (LDK) yang dianjurkan oleh Khaesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP). Melihat dari keberkesanan program ini, beberapa persatuan pelajar Islam negeri mula mengikut jejak langkah KPIP ini. Antaranya Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) dan Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ).

Read 2010 times
Rate this item
(0 votes)
Program Belajar Bersama Turath Siyasi (Warisan Politik Islam)

Akademi Pendidikan Demokrasi Serta Kewarganegaraan (APDK), ABIM, WADAH, PKPIM telah menganjurkan program Program Belajar Bersama: Turath Siyasi dibimbing oleh Dato' Dr Siddiq Fadhil. Selama tiga hari berinteraksi dengan Dr. Siddiq Fadhil, bagi mengenali khazanah tinggalan para ulama silam yang berkisar sekitar siasah, kepimpinan dan kenegaraan. Sekitar 50 orang dari pelbagai latarbelakang berkampung di Carlton Hotel, Sahah Alam, mulai 8 hingga 10 Disember 2014. Kesungguhan masing-masing tampak jelas ingin menghayati teks dan konteks hasil pemikiran tokoh-tokoh penting masa lalu, yang telah menyumbang pemikiran mereka mengenai isu-isu imamah, khilafah, kriteria perlantikan, tanggungjawab dan persyaratan-persyaratan yang harus dipenuhi.

Antara tokoh dan khazanah turath yang didekati ialah Ibn Muqaffa' (al-Adab al-Kabir, Risalah fi al-Sahabah), 'Aliy Ibn Rabn al-Tabariy (Kitab al-Din wa al-Dawlah), Qadi Abu Yusuf (Kitab al-Kharaj), Ibn Abi Rabi' (Suluk al-Malik fi Tadbir al-Mamalik), Al-Mawardi (al-Ahkam al-Sultaniyyah), Al-Ghazali (al-Tibr al-Masbuk fi Nasihat al-Muluk), Ibn Taimiyyah (al-Siyasah al-Syar'iyyah), Ibn Khaldun (Kitab al-'Ibar), Muhammad Abduh/Rasyid Rida (al-Khilafat wa al-Imamat al-'Uzma), Raja Ali Haji (Thamarat al-Mahammah) dan karya siyasah shar'iyyah Itqan al-Muluk (Perlembagaan Terengganu 1911). Ternyata satu sesi yang berat tetapi amat menarik.

 

 

 
Read 575 times
Rate this item
(0 votes)
MUKTAMAR NASIONAL (MUKNAS) WADAH 2014 & SEMINAR

20 September 2014, ILSAS, Bangi-WADAH telah melangsungkan Muktamar Nasional WADAH 2014 ke-8 di ILSAS Bangi. Bersempena MUKNAS tersebut WADAH juga menganjurkan Seminar Islam Rahmatan lil'Alamin Dalam Konteks Masyarakat Pluralistik. Dato' Dr. Siddiq Fadzil telah menyampaikan Ucap Utama dan Ucapan Dasar MUKNAS pada pembukaan Seminar tersebut. Ucap utama beliau bertajuk " Islam dan Masyarakat Majmuk: Cabaran Aktualisasi Rahmat Sejagat (Rahmatan lil 'Alamin).

Read 46543 times
Rate this item
(0 votes)
Resolusi Seminar Islam Rahmatan lil 'Alamin Dalam Konteks Masyarakat Pluralistik

RESOLUSI : Seminar Islam Rahmatan Lil ‘Alamin pada tarikh 20hb September 2014 bersamaan 25 Zulkaedah 1435 (Sabtu), anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) dan Nadwah Ilmuwan (Nadwah).

Menghayati hakikat al-Islam yang mengandungi mesej bersifat rahmatan li al-‘alamin, sebagaimana tergambar di dalam Surah Al-A’raf: 156, “Dan tidaklah Kami utus engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada alam seisinya”, yang membawa pengertian juga iaitu teras syari’at Islam adalah rahmah, kasih sayang Tuhan yang inklusif meliputi seluruh warga alam, rahmah sebagai kata kunci yang merumuskan segala objektif syari’at (maqasid al-shari’ah) termasuk hak asasi manusia, kebebasan, keadilan, persamaan dan apa sahaja yang membawa maslahah (kepentingan) kemanusian.

Read 1940 times
Rate this item
(0 votes)

Muktamar PKPIM Perkukuh Rangkaian Dakwah WAP

Sep 01, 2014
Hit: 1395
Written by
Muktamar PKPIM Perkukuh Rangkaian Dakwah WAP

29-31 Ogos 2014:- Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan Kali Ke-53 (MPAT 53) pada 29 hingga 31 Ogos 2014 di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS), Bangi, Selangor Darul Ehsan. Lebih 300 orang peserta yang hadir terdiri daripada delegasi Mahasiswa Kolej-kolej Islam, pertubuhan belia, NGO dan delegasi Badan Gabungan Negeri dan Cawangan PKPIM daripada seluruh Malaysia. Presiden PKPIM Sesi 2013/2014, Saudara Muhamad Aliemran Norasid telah menyampaikan Ucapan Dasar Presiden yang bertajuk “Era Baharu Dakwah: Reaktualisasi Gerakan Pelajar Islam Berwibawa”.

Dalam ucaptamanya, Dato' Dr Siddiq Fadzil menegaskan keperluan untuk rangkaian dakwah Wadah-ABIM-PKPIM (WAP) disinergikan menerusi bait kata-kata "Orang tua kaya pengalaman, miskin cita-cita. Orang muda kaya cita-cita dan idealisme, tapi sedikit sekali pengalaman."  Dalam pada itu, Presiden ABIM, Amidi Abd Manan menegaskan bahawa citra rangkaian dakwah WAP perlu dipertahankan lantaran ia sarat dengan sejarah yang menjadi teras kepada kekuatan rangkaian WAP itu sendiri. Para perwakilan di dalam MPAT 53 PKPIM juga telah bersetuju untuk menerima cadangan Barisan Kepimpinan Tertinggi PKPIM Sesi 2014/2015 seperti yang berikut;

Read 1395 times
Rate this item
(0 votes)
Even Wars Have Limits: ISIS Transgressions

Humanitarian Law and War Conventions “Even Wars have Limits” , declares the International Committee of the Red Cross ICRC or The Red Crescent Society. ICRC vigorously campaigns to position humanitarian law in the context of the modern-day warfare. So often are these Geneva Conventions, which are central to international humanitarian law, are cited as the most important instruments to defend human dignity in war.

Read 776 times
Rate this item
(0 votes)

Siswi Pengerusikan Muktamar KPIP

Aug 21, 2014
Hit: 503
Written by
Siswi Pengerusikan Muktamar KPIP

17 Ogos 2014, Ipoh:- Saudari Siti Fatimah Bt Shahar mencipta sejarah tersendiri apabila dia diamanahkan untuk mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan (Muktamar) Kali ke 49. Kesatuan Pelajar- pelajar Islam Perak, (KPIP), di Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Pemilihan beliau sebagai pengerusi tetap untuk mengendalikan muktamar ini ditentukan oleh para perwakilan yang menghadiri mesyuarat agung ini, untuk mengendalikan tata tertib mesyuarat ini. KPIP merupakan sebahagian daripada badan gabungan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Read 503 times
Rate this item
(0 votes)
Page 4 of 5

Berita ABIM

ABIM Dukacita Isu
Isu Kelulusan Bahasa
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Timbalan Perdana ...
Syarat Lulus Bahasa
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Kementerian ...
Memberdaya Manusia
Seluruh alam menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kedatangan bulan Ramadhan sebagai hadiah dari ...
Qatar-Gulf Crisis: Can
By: Ahmad Shahir Abdul Aziz 1) Some may choose to see Qatar as an impediment of Gulf states' ...

ABIM Negeri

ABIM Dukacita Isu
Isu Kelulusan Bahasa
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Timbalan Perdana ...
Syarat Lulus Bahasa
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Kementerian ...
Memberdaya Manusia
Seluruh alam menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kedatangan bulan Ramadhan sebagai hadiah dari ...
Qatar-Gulf Crisis: Can
By: Ahmad Shahir Abdul Aziz 1) Some may choose to see Qatar as an impediment of Gulf states' ...