WADAH / PKPIM (54)

PKPIM Raikan Pelajar Baru Ke Menara Gading
 

[SAMBUTAN PELAJAR BAHARU TERBAIK]Sekitar program SPBT di kampus-kampus pengajian tinggi di Malaysia. Sdra. Khair...

Posted by Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) on Thursday, 3 September 2015
Read 442 times
Rate this item
(0 votes)

Ijtimak Haraki Johor

Jul 09, 2015
Hit: 743
Written by
Ijtimak Haraki Johor

3 Julai 2015:- Ijtimak Haraki Johor (KPIJ-ABIM-WADAH) telah diadakan pada 3hb Julai 2015 yang lalu bertempat di Sekolah SRI Johor Bahru. Majlis Penyerahan Seorang Sekampit Beras turut diadakan sehari sebelum muktamar (2 Julai 2015) diikuti dengan Iftar Jamai'e Perdana serta tazkirah Istikbar Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Naim Mohd Noor (Timbalan Presiden ABIM) sebagai wakil Pusat pada muktamar Johor kali ini.

Read 743 times
Rate this item
(1 Vote)
Pilihanraya Turki 2015 Banyak Ketengah Fakta Menarik: Prof Dato' Dr Mohammed Redzuan Othman

16 Jun 2015:- Prof Dato' Dr Mohammed Redzuan Othman, Pensyarah Jabatan Sejarah Universiti Malaya, telah berkongsi beberapa fakta menarik mengenai Pilihanraya Parlimen Turki 2015 yang lalu. Fakta-fakta tersebut dikongsi ketika mengisi ceramah Sekularisme Attaturk Dan Perjuangan Memartabatkan Islam di Turki, di Surau Al-Furqan, Puncak Alam, Kuala Selangor pada 16 Jun 2015 yang lalu. "Majoriti AKP berkurangan kerana parti HDP (Berasaskan Kepada Nasionalis Kurdis) telah berjaya memenangi 80 kawasan yang dahulu dimenangi AKP," jelas Naib Presiden (Antarabangsa) ABIM mulai 1997 sehingga tahun 2003.

Dikenali dengan panggilan mesra Prof Redzuan, dia turut mengatakan HDP telah menguasai peratusan undi di kawasan etnik Kurdis yang dahulunya menyokong AKP. Kerajaan AKP di bawah kepimpinan Reccep Tayyip Erdogan serta Abdullah Gul telah memberikan autonomi politik yang luas kepada masyarakat Kurdis yang dahulunya (isu ini) sering menjadi duri dalam daging kepada hubungan Turki-Etnik Kurdis. "Erdogan dan AKP juga berhadapan dengan beberapa cabaran politik yang getir sebelum menghadapi pilihanraya ini," jelas beliau yang bakal menerbitkan satu lagi buku mengenai politik Turki dan kepimpinan Reccep Tayyip Erdogan. 

Antaranya; skandal Energekon ataupun Sledge Hammer iaitu usaha pihak tentera (tunjang sekularisme Turki) untuk membuat rampasan kuasa menerusi Grand Design Politik Yang Menggerunkan. "Erdogan juga diuji pada tahun 2013 dengan demonstrasi rakyat di Teksim Square di samping menerima kritikan kerana menutup sepenuhnya saluran media sosial Twitter dan Youtube," jelas Prof Redzuan sambil menambah Erdogan terpaksa menutup saluran Twitter dan Youtube kerana ada ia menyiarkan perbincangan sulit (isu keselamatan Turki) membabitkan Erdogan. Di samping itu, kepimpinan Erdogan dan AKP turut cuba digugat dengan pengaruh Gerakan Hizmet pimpinan Fethullah Gulen.  

"Walau apapun, cabaran-cabaran tersebut tidak menjejaskan usaha pembangunan dan kemajuan yang diusahakan di bawah kepimpinan Erdogan dan AKP," simpul Prof Redzuan yang juga merupakan Mantan Pengarah UMCEDEL. Kini beliau merupakan Timbalan Pengerusi di Institut Darul Ehsan (IDE). Antara video menarik menampilkan analisa Prof Redzuan mengenai sejarah dan politik Turki:-

 Reccep Tayyip Erdogan Sebagai Presiden; Harapan & Cabaran

 

 

 Latar Belakang AKP Dan Sekularisme Di Turki 

 

Persepsi Masyarakat Melayu Menerusi Catatan Sejarah Terhadap Turki

Read 1964 times
Rate this item
(0 votes)
Politik Dikir Barat Cemari Politik Melayu: Ust Siddiq Fadzil

Orang Melayu telah dicemari dengan budaya politik Dikir Barat. Begitulah petikan yang menarik perhatian oleh Dato' Siddiq Fadzil ketika membimbing para hadirin sempena siri Kuliah Tafsir Maudhuiyy "Mewaspadai Gejala Kehilangan Hikmat Buta Sejarah & Kufur Nikmat. "Sesungguhnya, politik orang Melayu kini di wabaki sindrom "Politik Dikir Barat". Bila Tukang Karut berkata kata, maka ahli ahlinya akan terpaksa mengulangi setiap senikata yg sama. Andai ada ahli yg cuba mengubahnya, maka akan tersingkirlah ahlinya dari kumpulan Dikir Barat itu, " jelas beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Siddiq Fadzil. 

 

Berikut antara intipati penting kuliah yang diadakan pada 30 Mei 2015 yang lalu:

Bukan sekadar menghafal tarikh dan kronologi peristiwa tapi yang lebih penting 'menyeberang dari peristiwa kepada makna'. Dan sejarah adalah komponen penting dalam agama yang menjadi inti di dalam Al-Quran. Meremehkan sejarah bermakna mengenepikan misi besar para rasul dan gagal menangkap mesej sejarah pula bererti kehilangan hikmah.

Sejarah membolehkan kita belajar untuk bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan dan supaya dididik hati untuk bersabar dengan ujian dan bencana yang Allah berikan. Namun, bersabar itu bukan menerima kezaliman dan merelakan penghinaan semata-mata tapi bertahan menanggung derita tanpa tewas jiwanya serta terus-menerus berjuang untuk membebaskan diri.

Pengajaran dalam kisah Nabi Musa dan Bani Israel yang ditindas Firaun. Belajar, memahami dan menghargai sejarah akan menjadikan kita bukan saja mensyukuri akan nikmat serta sabar dengan ujian, tapi lebih dari itu sedar diri, bahawa sejarah sudah berjalan dan tertulis sedemikian panjang untuk kita sentiasa mengambil iktibar agar kita tidak berjalan di atas muka bumi dengan rasa angkuh dan lupa daratan. Agar kita sentiasa mengingat, setiap langkah yang diaturkan akan ada akibat yang menunggu di depannya.

Akibat yang tidak lari dari apa yang pernah berlaku dalam lipatan sejarah. Info menarik: * Ibnu Khaldun mengarang kitab sejarah, tapi tidak menggunakan perkataan 'Tarikh' di dalam judulnya tapi kata 'Ibar' dan 'Ayyam'. * 'Ibar' dari kata ''ibara', 'ya'buru' yang bermaksud 'menyeberang' = kalau dalam konteks sejarah adalah menyeberang dari peristiwa kepada makna. * 'Ayyam' seperti di dalam ayat 5 Surah Ibrahim itu; 'ayyami llah' yang bermaksud hari-hari Allah yang ditakrifkan sebagai peristiwa-peritiwa sejarah yang menunjukkan kekuasaanNya yang penting dalam menentukan jatuh bangun sesuatu bangsa. 

 

 

Nota Penuh KTM 74:- Mewaspadai Gejala Kehilangan Hikmah, Buta Sejarah Dan Kufur Nikmat (Surah Ibrahim: 4-7) by Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

 

 

Read 1102 times
Rate this item
(0 votes)
REC Perjuang Nasib Rohingya Menerusi Pendidikan

23 Mei 2014:- Rohingya Education Centre cawangan Kuantan, Pahang Darul Makmur, telah dirasmikan pada 23 Mei yang lalu. REC adalah sinergi membabitkan Yayasan Albukhary, United Nation High Commisioner for Refugees (UNHCR), Future Global Network (FGN), WADAH dan Abim Pahang. REC ini merupakan cawangan ke-3 yang ditubuhkan setelah Pulau Pinang dan Selangor. 

"Mudah-mudahan dengan menyediakan peluang pendidikan secara lebih terancang dan tersusun di REC Penang, REC Klang, REC Kuantan, dan banyak lagi REC, anak-anak yang suci bersih ini akan lebih mampu dan bersedia untuk bangkit mengembalikan hak, maruah bangsa dan agama di bumi asal mereka suatu hari nanti," jelas Puan Nur Azlina Abd Aziz, Pengarah Pendidikan FGN. Beliau turut menjelaskan bahawa anak-anak Rohingya mempunyai potensi yang cerah untuk ke hadapan dalam bidang pendidikan kerana ada di antara mereka pernah yang cemerlang dalam pelajaran serta melanjutkan pendidikan di institusi pengajian tempatan.

 

 

Posted by Rohingya Education Centre - REC Kuantan on Monday, 25 May 2015
 

Sekitar majlis Perasmian REC Kuantan...

Posted by Rohingya Education Centre - REC Kuantan on Sunday, 24 May 2015
 

 

Posted by Rohingya Education Centre - REC Kuantan on Sunday, 24 May 2015
Read 1123 times
Rate this item
(0 votes)
Wakaf Lantai Pusat Dakwah & Tarbiah WADAH

Projek pembangunan Pusat Dakwah dan Tarbiyah WADAH, Kg. Sg. Merab, Sepang telah mula diusahakan sejak setahun yang lalu ekoran dari inisiatif seorang Pewakaf yang telah mewakaf sebidang tanah kepada WADAH. Majlis pecah tanah telah diadakan pada 20 April 2014. Tawaran Wakaf Lantai merupakan salah satu sumber dan kaedah bagi mengumpul dana untuk menjayakan projek ini. Lembaga Pemegang Amanah Harta WADAH menawarkan kepada orang awam untuk membeli dan mewakafkan kembali bagi tujuan pembinaan bangunan pusat ini.Nilai wakaf lantai adalah RM 150 bagi setiap kaki persegi.

Bagi penyumbang yang ingin menghulurkan sumbangan dalam bentuk cek/tunai, sumbangan tersebut boleh dibuat atas nama: `TABUNG PEMBANGUNAN WADAH`. Butir-butir Akaun: (i) Maybank Islamic 562834623920, (ii) Bank Muamalat 12100000677718

Read 1360 times
Rate this item
(0 votes)
300 Peserta Hadiri Perkampungan Menara Gading PKPIM 2015

19-22 Mac 2015:-Presiden ABIM, Amidi Abd Manan, telah mengisi salah satu slot sempena Perkampungan Menara Gading 2015, yang diadakan di Universiti Selangor (UNISEL). Perkampungan Menara Gading 2015 ini telah dihadiri seramai 300 orang peserta dari seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak. Antara slot menarik yang diikuti para peserta ialah slot perbahasan ala parlimen serta jelajah IPTA di sekitar Lembah Klang. Program ini merupakan kemuncak untuk siri Perkampungan Menara Gading 2015 yang diadakan di setiap negeri sepanjang tahun ini.

 

 
 
 
 
 
 
Read 953 times
Rate this item
(0 votes)

Raja Ali Haji Ulama' Yang Punya Umat

Mar 12, 2015
Hit: 585
Written by
Raja Ali Haji Ulama' Yang Punya Umat

10 Mac 2015:- Ternyata bahawa Raja Ali Haji adalah tokoh ilmuwan-budayawan Melayu Abad ke-19M, zaman pertembungan budaya Barat moden dengan budaya tradisi Melayu. Pada era yang penuh mencabaran tersebut, dengan komitmen kecendekiawannya beliau telah berjuang menyelamat dan mengangkat martabat agama, bangsa dan tamadun Melayu-islam. Sepanjang hayatnya beliau telah berusaha menepati makna Syair Parsi yang dinukilkannya dalam kitab Bustan al-katibin "ribuan pedang yang sudah terhunus, dengan seguris kalam, semuanya kembali tersarung" Komitmen dan Istiqamah keintelektualannya yang luarbiasa telah mengukir nama Raja Ali Haji sebagai PAHLAWAN PENA yang akan abadi selamanya dalam memori bangsa.

Read 585 times
Rate this item
(0 votes)
Gelombang PMG 2015 Melanda Negeri Sembilan!

Perkampungan Menara Gading Negeri Sembilan anjuran PPINS di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah. Yang Di Pertua ABIM Negeri Sembilan, telah menyampaikan perkongsian dengan peserta bertajuk ‘Memaknai Kehidupan Sebagai Penuntut Ilmu’ antara Idealisme, Intellectualisme, Activisme and Spiritualisme.

 

 
Read 737 times
Rate this item
(0 votes)
Gelombang "Menara" PKPIM Landa 5 Negeri

Gelombang Perkampungan Menara Gading (PMG) 2015 terus melanda beberapa negeri sepanjang minggu lalu. Antara negeri tersebut ialah Sarawak, Sabah, Perlis, Terengganu serta Selangor. PMG 2015 ataupun program lebih dikenali sebagai "Menara" dikendalikan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) khusus sebagai persediaan buat bakal-bakal mahasiswa sebelum mereka memulakan pengajian mereka ke institutsi pengajian tinggi tempatan. Tahniah kepada penggerak PMGK. PMGK akan terus berdiri dengan semangat kemahasiswaan. Kebitaraan mahasiswa terletak pada idelismenya bukan pada selebriti jemputan. Di sinilah mahasiswa belajar menabur bakti membimbing gelombang kesedaran baru.

 

 
 
 
 
 
 
Read 550 times
Rate this item
(0 votes)
Page 3 of 4

Berita ABIM

Buku "Masa Depan
8 Mei 2017, Pesta Buku Kuala Lumpur 2017 (PBAKL):- Alhamdulillah. Haza Min Fadhli Rabbi. Buku "Masa ...
Wanita & Gerakan
7hb Mei 2017 (Ahad): Alhamdulillah, bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017, telah ...
ABIM Lancar Buku "Masa
1hb Mei 2017 (Isnin): Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Peluncuran Buku "Masa Depan Strategik ...
Vaksinasi MMR Untuk
ISNIN | 24 APRIL 2017 | Vaksinasi MMR Komuniti Rohingya Kuantan. Ia bertujuan mencegah dari ...
RUU 164 & Fiqh
Sesetengah kelompok menilai agama hari ini sebagai punca kepada keretaan institusi keluarga, ...
ABIM Gesa Hentikan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat penyiaran karikatur monyet menggambarkan ...
Ustaz Naim Wakili ABIM
Ucapan Penghormatan kepada Syeikh Dr. Hassan At-Turabi, di Majlis Memperingati Pemergian beliau ...
KAMAR Mula Dianjurkan Ke
1 April 2017, Kuala Terengganu; Helwa ABIM Terengganu dengan kerjasama LPPKN Negeri Terengganu ...

ABIM Negeri

Buku "Masa Depan
8 Mei 2017, Pesta Buku Kuala Lumpur 2017 (PBAKL):- Alhamdulillah. Haza Min Fadhli Rabbi. Buku "Masa ...
Wanita & Gerakan
7hb Mei 2017 (Ahad): Alhamdulillah, bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017, telah ...
ABIM Lancar Buku "Masa
1hb Mei 2017 (Isnin): Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Peluncuran Buku "Masa Depan Strategik ...
Vaksinasi MMR Untuk
ISNIN | 24 APRIL 2017 | Vaksinasi MMR Komuniti Rohingya Kuantan. Ia bertujuan mencegah dari ...
RUU 164 & Fiqh
Sesetengah kelompok menilai agama hari ini sebagai punca kepada keretaan institusi keluarga, ...
ABIM Gesa Hentikan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat penyiaran karikatur monyet menggambarkan ...
Ustaz Naim Wakili ABIM
Ucapan Penghormatan kepada Syeikh Dr. Hassan At-Turabi, di Majlis Memperingati Pemergian beliau ...
KAMAR Mula Dianjurkan Ke
1 April 2017, Kuala Terengganu; Helwa ABIM Terengganu dengan kerjasama LPPKN Negeri Terengganu ...