WADAH / PKPIM (70)

Kami Nak Sekolah ! Kami Nak Belajar!

11hb November 2018: Alhamdulillah dan tahniah kepada semua penggerak, depan dan belakang tabir kepada penubuhan Rohingya Education Centre - REC Gombak , REC ke 4 di Gombak. Majlis pembukaan hari ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Ahmad Azam Ab Rahman.

Sejarah penubuhan REC bermula pada 2010 dengan pembukaan Rohingya Education Centre - REC Pulau Pinang, 2012 Rohingya Education Centre - REC Klang, 2015 REC Kuantan dengan jumlah 600 kanak-kanak pelarian berdaftar di REC dan 30 tenaga pengajar secara keseluruhan.

Menyedari keperluan dan kepentingan anak-anak ini bagi mendapatkan hak pendidikan yang sempurna, REC Gombak mengorak langkah dengan menumpang sementara di Masjid Rahimah, Greenwood selama 2 bulan sebelum berpindah secara penuh di REC sekarang.

Setiap orang pasti mempunyai momen yang menggembirakan. Namun bagi anak-anak ini, hari pertama kehadiran ke sekolah digambarkan sebagai hari kegembiraan dan keriangan.

Bagi mereka, inilah 'hari pertama terima baju sekolah', 'hari pertama memakai baju sekolah', 'hari pertama dapat masuk kelas secara sempurna', dan 'hari pertama dapat kerusi meja'.

Dalam pidato hari ini, Roziana Bibi dan Mohd Nasir sebut 'Kami nak sekolah!' & 'Kami nak belajar!'

Tahniah kepada semua yang prihatin dan menyedari bahawa pendidikan, bermain dan keselamatan merupakan antara hak yang perlu ditunaikan bukan hanya kepada kanak-kanak terpilih tetapi semua secara sama rata.

Read 45 times
Rate this item
(0 votes)
Islam Dan Melayu; Menatap Wajah Citra Bangsa Dalam Sejarah

Oleh: Dato' Dr Siddiq Fadzil, Presiden Kolej Dar Al-Hikmah

Pengislaman telah mentransformasikan Melayu dari bangsa yang terkurung dalam kekarutan tahyul dan dongeng menjadi bangsa rasional yang responsif terhadap rangsangan al-Qur’an agar berfikir (tafakur) dan merenung (tadabur).

Ungkapan tradisi “alam terkembang dijadikan guru” adalah penjelmaan kesedaran Melayu tentang hakikat alam sebagai al-kitab al-maftuh (kitab terbuka) yang memuatkan pelbagai rahsia dan hikmah yang bermanfaat bagi manusia yang dapat memahaminya. Memang alam adalah ayatu’Llah (tanda yang mengisyaratkan keesaan, kebesaran dan kekuasaan Allah).

Justeru, berguru kepada alam dalam tradisi Melayu dapat diertikan sebagai usaha memaknai tanda-tanda pada alam ciptaan Tuhan (ayat al-kawn) dan mengambik iktibar untuk panduan hidup.

Peribahasa Melayu yang mengungkapkan wisdom pusaka bangsa banyak sekali mengangkat objek-objek kealaman: langit, tanah, gunung, bukit batu, air, angina, flora dan fauna.

Pada hakikatnya, bangsa ini mewarisi kekayaan nilai-nilai budaya yang dapat menjadi teras pembinaan watak yang ampuh dan tangguh. Bukankah pada zaman silam bangsa Melayu terkenal sebagai bangsa pelaut?

Justeru watak bangsa ini banyak terbentuk dalam budaya kelautan yang serba mencabar. Tradisi bahari atau budaya kelautan telah membentuk watak yang kuat, berdaya tahan dan berdaya juang.

Di darat banyak tempat selamat, banyak pilihan untuk berteduh dan berlindung, bersembunyi dan berdiam diri, mengelak dan menghindar. Tetapi di laut tidak banyak pilihan sama sekali.

Read 54 times
Rate this item
(0 votes)
Malaysia Baharu & Kesinambungan Reformasi-Islahiy

Slot Pidato Penegasan yang bertajuk "Malaysia Baharu dan Kesinambungan Reformasi Islahiy" disampaikan oleh Prof. Dato' Dr. Siddiq Fadzil, Tokoh Maal Hijrah 1440H. Antara intipati pidato beliau,

"Manusia telah dilucuti kemanusiaannya dengan diperbodoh dan ditindas terlalu lama hingga mati rasa".

"Subjek Pendidikan Islam perlu digubah supaya sesuai dalam masyarakat majmuk kerana pendidikan Islam di Malaysia tidak sama seperti di negara Pakistan atau Arab. Perlu dimasukkan cara menyikapi masyarakat lain serta menerima org lain yang berbeda. Penekanan terhadap sikap hormat kepada perbedaan bangsa, kaum dan agama bahkan menyenangi dan menyukai perbedaan".

"Demokrasi hanya akan berfungsi apabila rakyat menyedari Kedaulatan dirinya."

"Malaysia baharu menuntut agar parlimen berlangsung dalam keadaan cerdas, rasional dan santun".

"Kemiskinan bukan ciptaan orang miskin. Menjadi miskin bukan pilihan mereka, tetapi dipaksa menjadi miskin oleh sistem yang menindas. Maka kemiskinan bukan masalah yang tidak boleh diselesaikan. Menghapuskan kemiskinan, bukan menghapuskan orang miskin. Menghapuskan kemiskinan di mana-mana, di desa dan juga di kota".

Read 83 times
Rate this item
(0 votes)
Video: Memaknai Erti Deklarasi Permatang Pauh

MALAYSIA BAHARU: REALISASI AGENDA REFORMASI

Dato' Dr Siddiq Fadzil

Mukadimah

Keputusan PRU-14 rata-rata dirasakan sebagai suatu kejutan. Rasa terkejut dengan kemenangan besar PH pada 9 Mei 2018 itu memang beralasan. Tetapi hakikatnya ia bukan suatu yang tiba-tiba atau mendadak. Ia adalah kemuncak dari suatu rentetan panjang peristiwa ledakan kesedaran rakyat yang menginginkan perubahan besar dan mendasar. Ia tidak terpisah dari latar gerakan reformasi yang berpangkal dari Deklarasi Permatang Pauh 12 September 1998 yang dikumandangkan oleh Anwar Ibrahim. Selama 20 tahun gerakan tersebut membesar dan akhirnya memuncak menjadi gelombang kebangkitan rakyat meruntuhkan rejim UMNO-BN. Dengan latar sedemikian, Malaysia Baharu yang terhasil dari PRU-14 tidak boleh lain selain berintikan realisasi agenda reformasi.

Teks Penuh Klik Di Sini.

Read 198 times
Rate this item
(0 votes)
Kem Sinar Rohingya Terapkan Nilai Positif & Kepimpinan

Alhamdulillah, pada minggu lepas telah berjalan program KEM SINAR ROHINGYA yang dianjurkan oleh Wadah Pencerdasan Umat Selangor dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor, Abim Selangor dan Jaringan Islam Global Masa Depan (JREC). Program yang menghimpunkan hampir 70 orang pelajar dari keempat-empat buah Rohingya Education Centre (REC), bertujuan menerapkan nilai-nilai positif dan menanam sikap bertanggungjawab dan kepemimpinan di kalangan pelajar.

Disasarkan kepada pelajar-pelajar yang berusia 10 tahun ke atas, diharapkan peserta-peserta kem dapat membawa nilai-nilai positif yang ditanam ke REC dan kehidupan masing-masing.

#EducateRohingya

***** Alhamdulillah, last weekend student participated in a summer camp program called KEM SINAR ROHINGYA organized by WADAH Selangor, MAIS, ABIM Selangor and JREC. This 3 days 2 nights camp hosted almost 70 students from all four RECs with the objective to nurture positive values and leadership among students. Focused on students with the age of 10 and above, we hope that student will grow with positive values gained from this summer camp. #EducateRohingya

Read 186 times
Rate this item
(0 votes)
Hidup Bersama Suatu Kewajipan Dalam Negara Majmuk - Presiden WADAH

KOTA KINABALU: Pendekatan hidup bersama dalam negara majmuk seperti Malaysia bukan lagi pilihan, sebaliknya satu kewajipan bagi menangani realiti dunia hari ini, kata presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Ahmad Azam Abdul Rahman. Katanya masyarakat Malaysia perlu mengiktiraf kepelbagaian dan perbezaan di kalangan mereka sama ada dari segi kaum, etnik dan kepercayaan kerana menafikan realiti seperti itu boleh mendorong kepada perbuatan zalim serta mengundang pelbagai masalah dalam negara. Menurutnya model negara yang menggunakan pendekatan hidup bersama dan berjaya pernah wujud dalam sejarah lampau seperti di Andalusia (Sepanyol) dan ia boleh diteliti serta diubah suai berdasarkan kesesuaiannya di negara ini. Katanya melalui penelitian model-model lampau berkenaan, Malaysia juga boleh mencipta model hidup bersama yang baharu untuk gagasan Malaysia Baharu dengan menterjemahkan nilai-nilai agama ke dalam dunia kontemporari pada Sabtu. "Kepelbagaian kita bukan bebanan sejarah. Kalau dianggap beban sejarah, kita ada masalah. Kepelbagaian kita satu kekuatan. Kepelbagaian negara kita adalah keistimewaan. Ia merupakan peluang mencipta model (hidup bersama) yang baharu dengan kekuatan masing-masing," katanya. Ahmad Azam berkata demikian ketika menyampaikan ucap utamanya pada majlis Wacana Fiqh Malaysia 2018: Gagasan Malaysia Baharu Dalam Pembangunan Masyarakat Plural di sini hari ini. Wacana berkenaan dianjurkan bersama oleh WADAH, ABIM, Gabungan NGO Islam Sabah (CONCERN) dan beberapa pertubuhan lain. Justeru, beliau berkata pelbagai pihak, terutama pertubuhan bukan kerajaan, perlu menganjurkan lebih banyak wacana tentang masyarakat majmuk bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan masyarakat seperti itu secara terbuka, berdasarkan budaya ilmu dan bukan emosi. Sementara itu, 14 resolusi dicapai hasil pembentangan lima kertas kerja oleh lima panel sepanjang program separuh hari itu. Antara resolusi berkenaan termasuklah menyarankan pembinaan budaya politik baharu berasaskan nilai, demokrasi dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat plural serta memanfaatkan modul kerukunan hidup seperti yang ditunjukkan dalam Piagam Madinah dan bangsa di dunia. -- BERNAMA

Read 149 times
Rate this item
(0 votes)
Tonton Pornografi Ubah Kimia Dalam Otak

Hanya satu klik, segala maklumat di Internet boleh diakses tanpa sempadan hingga tanpa kita sedari kemudahan teknologi itu mendedahkan kita semua termasuk anak-anak kecil kepada gejala negatif seperti pornografi. Melihat pornografi antara penyumbang berlakunya gejala sosial seperti zina, rogol dan sumbang mahram, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) giat menggerakkan kempen kesedaran Sekeluarga Tolak Pornografi (SToP) sejak awal 2017.

Ikuti ulasan lanjut Naib Presiden WADAH yang juga Pakar Keselamatan Maklumat, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Nur Izura Udzir yang membicarakan isu ini bersama wartawan MAHAIZURA ABD MALIK menerusi Kafe Ahad minggu ini.

Apa pandangan prof mengenai isu pornografi hari ini?

Secara global, gejala pornografi ini sangat besar meluas sebenarnya, mudah didapati dan bersepah di luar sana, malah pengeluar utama filem pornografi adalah Amerika Syarikat (AS). Kalau kita lihat pada 1997, cuma ada lebih kurang 1,000 saja laman sesawang lucah. Pada zaman itu kalau ada pun bahan bacaan majalah ianya seperti Playboy dan sebagainya, tetapi susah lah nak dapat...bukan senang.

Tetapi berdasarkan statistik laman web memuatkan kajian kesihatan sedunia, draxe.com wujud lebih 2.5 juta laman sesawang pornografi dalam tempoh 18 tahun ini. Kajian itu mendedahkan pendapatan industri pornografi secara global adalah sebanyak AS$97 bilion (RM394 bilion) dan ia mengatasi keuntungan industri teknologi maklumat seperti Yahoo, Google dan sebagainya.

Kalau kita lihat tempoh waktu diambil untuk menonton pornografi pula ialah sebanyak 4.6 bilion jam seluruh dunia sepanjang 2016 saja. Selain itu, setiap 30 minit sebuah filem lucah dihasilkan di AS dan daripada keseluruhan laman sesawang 12 peratus adalah laman pornografi bersamaan dengan 2.5 juta laman. Malah, purata umur kanak-kanak mula terdedah laman sesawang atau bahan pornografi seawal usia 11 tahun, malah ada kemungkinan lebih muda daripada itu.

Misal kata kes berlaku di Melaka tahun lalu, seorang kanak-kanak umur tujuh tahun didakwa merogol kanak-kanak lain. Kalau ikutkan dari segi biologinya kanak-kanak usia itu belum ada rangsangan seksual, tetapi kenapa dia melakukan itu? Mungkinkah kerana perasaan ingin tahu atau mencuba dari mana dia lihat itu kita tak tahu jadi ia sudah tentu ada kaitan dengan pornografi.

Saya kongsikan juga hasil kajian kita buat dengan rumah perlindungan wanita Baiyt al-Rahmah dikendalikan rakan NGO kami, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Kajian ke atas 40 penghuni bermula 2010 hingga 2016, sebanyak 95 peratus daripadanya pernah menonton video lucah ia ada kaitan dengan perlakuan seks luar nikah. Itu membimbangkan, penghuni paling muda berumur 11 tahun dan ada antara penghuni sudah melakukannya beberapa kali walaupun ada menjadi mangsa rogol dan sebagainya. Itu baru satu contoh dan saya yakin rumah perlindungan lain pun ada data masing-masing.

 

Kenapa seseorang itu suka tengok bahan lucah?

Adakah memang naluri semula jadi sampaikan kanak-kanak pun minat dan terjebak? Saya sebelum ini pun tak tahu bahawa pornografi itu boleh menyebabkan ketagihan, kita memang dengar dan tahu kewujudan pornografi itu, tetapi kita pun pelik bila orang tengok rasa nak tengok lagi. Rupa-rupanya ada kajian, malah saya sendiri pernah terbaca kajian Universiti Cambridge bahawa menonton pornografi akan mengubah kimia dalam satu bahagian otak kita yang menyebabkan berlakunya ketagihan dan dikatakan sama dengan ketagihan dadah.

Kenapa? Sebab dalam otak kita ada hormon seperti dopamine untuk memberi kepuasan bila ada kasih sayang hubungan suami isteri, dia akan memberikan perasaan kebahagiaan dan kepuasan. Pada situasi biasa (hubungan suami isteri), dopamine ini dirembeskan sebanyak lima kali saja, tetapi apabila menonton pornografi, otak kita akan merembeskan dopamine sebanyak 300 kali. Jadi, bila tengok banyak, satu ketika otak akan menjadi letih kerana banyak dopamine dikeluarkan.

Apabila rasa semakin tidak puas sampai tiada rasa langsung kepuasan mula mencari bahan lebih advance dan sampai satu tahap mungkin mahu mencuba kerana tengok saja tak puas dan ini yang membawa kepada gejala sosial. Orang mungkin fikir apa masalahnya kalau saya nak tengok pornografi, saya tengok dan syok sorang-sorang (sendirian) saja mungkin ada yang berfikiran begitu, tapi tidak menyedari akibat menonton pornografi boleh sebabkan ketagihan dan suatu ketika mendorong kita untuk melakukannya.

Satu kajian lain di Amerika Syarikat mengatakan, ia akan memberi kesan kepada perkahwinan kerana orang yang menonton pornografi mempunyai fantasi luar biasa yang mungkin tidak dapat dipenuhi pasangannya. Kesan seterusnya ialah masalah mati pucuk yang bukan kerana masalah fizikal, tetapi masalah mental. Daripada kajian, apa-apa saja jenis ketagihan dianggap penyakit mental. Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini juga mengkelaskan ketagihan itu sebagai masalah mental.

Satu lagi perkara, selalunya bila kita sebut pornografi mungkin hanya terbayang lelaki saja, tetapi wanita juga melayari atau mengakses bahan pornografi. Sebuah laman sesawang yang membuat kajian khusus tentang pornografi pada 2017 mendedahkan daripada 43 peratus pengguna Internet melayari laman lucah ini satu pertiga pengguna adalah wanita. Kajian itu turut mendedahkan wanita di Malaysia menduduki tangga ketujuh tertinggi daripada 30 negara yang melayari bahan lucah di telefon bimbit.

Bagaimana idea menggerakkan kempen SToP ini tercetus?

Sebenarnya WADAH sudah membincangkan isu keluarga dan masalah sosial sejak 2015. Daripada siri perbincangan itu, kita kena mencari satu titik untuk memerangi, mengekang dan mengawal serta mengurangkan salah satu faktor penyumbang kepada gejala sosial. Memang kalau kita tengok banyak faktor, tetapi salah satunya ialah pornografi.

Maka kita lancarkan kempen SToP pada September 2016 sempena Muktamar WADAH. Sejak menggerakkan kempen ini pada Januari 2017 WADAH sudah melaksanakan hampir 60 program seluruh negara berbentuk seminar dan ceramah kesedaran. Kita tidak fokus sangat kepada remaja itu sendiri bukan kerana kita anggap remaja itu tidak penting, tetapi kita ada program lain untuk remaja.

Umpamanya program dilaksanakan rakan NGO kami, ABIM yang dipanggil Dermaga (Diriku Permata Berharga) iaitu program kesedaran dan memupuk konsep sayangi diri dan menjaga kehormatan diri. Jadi program dalam kempen SToP lebih fokus kepada ibu bapa dan komuniti kerana ramai ibu bapa tidak tahu gajet atau teknologi diberikan kepada anak-anak mereka itu boleh membawa atau mendedahkan golongan itu kepada gejala tidak elok seperti pornografi ini.

Kadangkala, ibu bapa beri telefon kepada anak, nampak anak tengok kartun, tetapi tidak perasan kartun itu berunsurkan lucah...ada kartun elok, saya tak kata semua. Saya tak katakan yang original, tetapi ada pihak tidak bertanggungjawab yang memanipulasikan dan mengeksploitasi populariti kartun itu dengan buat video berunsurkan lucah. Biasanya di Youtube ada cadangan video di bahagian tepi, ada kemungkinan dipaparkan video berbentuk lucah ini terselit di celah video dicadangkan itu. Ini yang kita tidak perasan. Lumrah anak-anak jenis ingin tahu bila dia klik, secara tidak langsung dia menonton tanpa kita sedari.

Jadi sebagai ibu bapa kita kena kawal. Paling mudah jangan benarkan anak kita gunakan telefon pintar tiada keperluan pun. Telefon pintar bukan permainan anak-anak. Kalau kita tengok statistik yang pernah dikeluarkan di dada akhbar tempatan sebelum ini, 75 peratus kanak-kanak berumur 10 hingga 17 tahun pernah terdedah bahan lucah sama ada secara sengaja atau tidak. Majoriti sebenarnya terdedah tanpa sengaja kerana melayari Internet yang keluar pop-up (tetingkap) berunsur lucah. Dengan perkembangan pesat teknologi ini, sumber pornografi ini sangat banyak dan mudah dicapai di mana-mana dan bila-bila masa saja yang mendorong gejala sosial.

Read 243 times
Rate this item
(0 votes)

TPM Rasmikan STOP WADAH Sabah

Aug 01, 2018
Hit: 277
Written by
TPM Rasmikan STOP WADAH Sabah

22 Julai 2018, TUARAN - Tahniah diucapkan kepada WADAH Sabah atas penganjuran Seminar SToP - Sekeluarga Tolak Pornografi yang telah berlangsung Ahad lalu bertempat di Dewan Serbaguna IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah. Seminar SToP hasil inisiatif WADAH ini telah mula digerakkan ke seluruh negeri oleh WADAH negeri bermula pada Februari 2017 lagi.

Pada kali ini, WADAH Sabah dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent, Tuaran telah bersama-sama menganjurkan seminar ini. Ucaptama seminar telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

 Tiga orang panel berpengalaman telah memberi pengisian seminar iaitu : 1. Pn. Hjh Faridah Abu Bakar Titingan (Pengerusi Permata Hidayah/ SALWA WADAH Sabah) - "Isu dan Cabaran Keluarga dalam Menangani Pornografi". 2. Sdr. Mohd Zikri Zainudin (SU MBM Sabah) - "Kesan dan Tips Pengawalan Pengaruh Media Sosial dalam kalangan Keluarga dan Masyarakat". 3. Pn. Suzana Piny (Pen. Pengarah Kanan, LPPKN Sabah) - "Pornografi dalam kalangan Remaja : Faktor Risiko Tingkah Laku Seksual dan Langkah Pencegahan Melalui Kaunseling".

Pengarah program SToP WADAH, Pn. Nor Aizan Ismail turut hadir sama pada kempen kali ini sebagai tanda sokongan.

Read 277 times
Rate this item
(0 votes)

Res-Q Hewi PKPIM Berkembang Ke Sabah

Apr 16, 2018
Hit: 404
Written by
Res-Q Hewi PKPIM Berkembang Ke Sabah

7 – 8hb April 2018: Alhamdulillah, HEWI PKPIM telah berjaya melaksanakan ‘Training of Fasilitator’ Remaja Sahsiah Berkualiti (TOF ResQ) bersama aktivis SISMA Sabah di Taska ABIM Patutan bermula 7 hingga 8hb April 2018. TOF ResQ ini diketuai oleh Sdri. Fatin Nabilah Azlan (Naib Presiden - HEWI) dan dibantu oleh Sdri. Nurul Nadzirah (EXCO HEWI) serta Sdri. Nurul Zariah (aktivis SISMA Sabah). Antara perkara yang ditekankan oleh Sdri. Fatin Nabilah adalah; fasilitator perlu sentiasa mempersiapkan diri dengan ilmu serta membentuk keperibadian yang terbaik untuk menjadi ‘role model’ kepada para peserta. PKPIM membuka kepada sekolah-sekolah yang ingin menganjurkan ResQ ini di sekolah masing-masing.

Read 404 times
Rate this item
(0 votes)
Kepimpinan dan Kekhalifahan, Gagasan Konstruktif Ulama dan Umarak.

25-27 Februari 2018, Ipoh:-Alhamdulillah, Presiden WADAH yang juga mantan Presiden ABIM, Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman serta Timbalan Presiden WADAH, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman telah dijemput menyampaikan kertas kerja di dalam Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Muzakarah yang berlangsung dari 25-27 Feb 2018 telah diadakan di Dewan Besar, Causurina@Meru, Ipoh. Perak.                                                           

Read 487 times
Rate this item
(0 votes)
  •  Start 
  •  1 
  •  End 
Page 1 of 5

Berita ABIM

ABIM Gesa Kaji Potongan
[Kenyataan Media ABIM] 6hb November 2018 Bersamaan 28 Safar 1440 H ISU PTPTN: ABIM GESA ...
Penjenayah Perang Israel
[Kenyataan Media] ABIM DESAK MASYARAKAT ANTARABANGSA KECAM SERANGAN ISRAEL KE ATAS PESERTA ...
Dato' Dr Siddiq bin
Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah di atas perlantikan YBhg. ...
Video: Seminar Fiqh
Tonton video Seminar Fiqh Kewarganegaraan (Fiqh Al-Muwatanah) Dalam Naratif Malaysia Baharu Di ...
Fiqh al-Muwatanah Dalam
Sesungguhnya dunia pada hari ini berada dalam era perubahan yang penuh dengan cabaran. Di era ...

ABIM Negeri

ABIM Gesa Kaji Potongan
[Kenyataan Media ABIM] 6hb November 2018 Bersamaan 28 Safar 1440 H ISU PTPTN: ABIM GESA ...
Penjenayah Perang Israel
[Kenyataan Media] ABIM DESAK MASYARAKAT ANTARABANGSA KECAM SERANGAN ISRAEL KE ATAS PESERTA ...
Dato' Dr Siddiq bin
Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah di atas perlantikan YBhg. ...
Video: Seminar Fiqh
Tonton video Seminar Fiqh Kewarganegaraan (Fiqh Al-Muwatanah) Dalam Naratif Malaysia Baharu Di ...
Fiqh al-Muwatanah Dalam
Sesungguhnya dunia pada hari ini berada dalam era perubahan yang penuh dengan cabaran. Di era ...