editor-media

editor-media

Angkatan BeIia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak bertarikh 29 Mac 2017 (semalam) bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan membentangkan pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah 1965 (RUU 355) di Parlimen berikutan dari keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional.

 

Keputusan ini jelas bercanggah dengan kenyataan Perdana Menteri sendiri yang memberi jaminan bahawa pindaan terhadap Rang Undang-Undang 355 akan diambil alih pihak kerajaan ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri juga dalam kenyataan bertarikh 17 Mac 2017 telah berjanji bahawa kerajaan Persekutuan akan mengambil alih pindaan RUU tersebut untuk dibentangkan di Dewan Rakyat atas komitmen yang diberikan oleh Perdana Menteri untuk menterjemahkan hasrat tersebut.

Selain itu, ia juga selari dengan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Jamil Khir Baharom sebelum ini bertarikh 24 November 2016 yang menyatakan kerajaan persekutuan akan mengambil tanggungjawab membawa RUU ini setelah urusan berkenaan tatacara dan peraturan Dewan Rakyat selesai. A

BIM mendesak pihak kerajaan untuk tampil dengan penuh tanggungjawab memberi penjelasan sepenuhnya kepada umat Islam berhubung pendirian sebenar dan jaminan yang telah diberikan berhubung isu RUU 355 ini. Penjelasan ini amat penting untuk membersihkan imej kerajaan hari ini yang dilihat dengan sengaja memperguna sentimen agama bagi tujuan kepentingan politik semata-mata.

Bagi ABIM, polemik RUU yang berlaku hari ini amat menyedihkan apabila usaha memartabat Mahkamah Syariah yang menjadi tanggungjawab kita bersama telah tercemar dengan sindrom ketakutan ramai pihak akibat dari tindakan tidak bertanggungjawab yang menunggang sentimen ini untuk manfaat sokongan politik.

ABIM ingin menegaskan bahawa, ABIM sentiasa berlapang dada bersama dengan mana-mana pihak untuk memartabat kedudukan Mahkamah Syariah, namun ia harus bertunjangkan niat yang ikhlas dan murni serta diiringi semangat perbincangan dan musyawarah dengan semua pihak demi kepentingan masa depan Islam.

Prosedur serta road map yang jelas dari peringkat awal hingga ke pelaksanaan juga harus dirangka sebaik-baiknya bagi mengelakkan implikasi buruk di kemudian hari.

Maka, ABIM mengulangi tuntutan untuk kerajaan tampil memberi penjelasan yang menyeluruh kepada umat Islam sekiranya kerajaan benar-benar bertanggungjawab mahu memartabatkan kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia.

Muhammad Faisal Abdul Aziz Setiausaha Agung ABIM

13hb Februari 2017 (Isnin): Program Iltizam Staff & Agensi ABIM hari ini menampilkan Saudara Md Yusaimi Md Yusof (lebih dikenali dengan panggilan "Tango"); aktivis Grup Alam Sekitar ABIM (GRASS Malaysia). Berlangsung di Sekretariat ABIM Pusat (SAP), Gombak, beliau mengupas buku "The Challenge for Africa".

Saudara Yusaimi Yusof menyentuh berkenaan keseimbangan ekologi serta kepentingan memelihara kelestarian hutan, di samping memelihata sumber asli. Kepentingan pertanian organik juga disentuh, di mana hari ini banyak hidupan flora dan fauna terkesan dengan bahan kimia yang digunakan secara meluas dalam sektor pertanian.

Beliau turut menyeru agar pertanian tidak hanya melihat kepentingan industri atau monocultre farming semata-mata, sebaliknya turut melihat fitrah atau keperluan masyarakat. Tidak salah untuk menanam kelapa sawit dan getah, tetapi pertanian membabitkan makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diperluaskan, bagi mengelak pembaziran dari segi kos import dan sebagainya. Saudara Yusaimy juga mengupas soal bagaimana negara-negara Afrika kaya dengan sumber asli, tetapi mundur dari segi pembangunan, selain berdepan krisis dan konflik.

Beliau juga menyebut berkenaan 'hunting-related tourism' atau aktiviti perburuan atas nama industri pelancongan, yang dilakukan di Afrika. Jatidiri bangsa dan soal budaya perlu diperkukuhkan menurut beliau, di samping masyarakat perlu memahami lebih mendalam soal intipati agama, ilmu pengetahuan dan dakwah dengan turun ke lapangan.

Sementelah, Nelson Mandela telah berjuang keras melawan politik apartheid. Beliau menggunakan sukan untuk mempersatukan Afrika Selatan ketika Piala Dunia Ragbi pada 1995. Sebagai rekod, Grup Alam Sekitar ABIM atau GRASS Malaysia telah ditubuhkan sebagai bukti kesungguhan ABIM dalam mendidik generasi muda dan masyarakat untuk memperjuangkan isu-isu alam sekitar di Malaysia dan pada peringkat global, selaras dengan Al-Quran dan Sunnah.

GRASS menganjurkan latihan dan aktiviti yang selaras dengan kehidupan kelestarian alam (sustainable living). Grup yang sedar bahawa sebagai khalifah yang diamanahkan untuk menegakkan keadilan kepada semua termasuklah alam sekitar, haiwan dan tumbuhan. Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!

Alhamdulillah, Young ABIM Camp (YAC) kembali, dengan konsep santai. Bertemakan ‘Ibrah Seorang Pengembala’, para peserta dibawa ke kampung, untuk merasai suasana permai desa, sambil menghayati pesanan dari penganjur. Bertempat di Kem Laman Cikgu 21, Tanjung Karang, Selangor, program ini berlangsung dari 19-21 Mac 2017.

IPOH, 16 Februari 2017: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memperuntukkan perbelanjaan mencecah RM3 juta bagi pelaksanaan Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Amiruddin Muhamed berkata, peruntukan itu lebih tinggi berbanding RM2.9 juta tahun lalu dan RM1.9 juta pada tahun 2015.

Katanya, melalui peruntukan itu pelbagai program dirancang seperti Program Mentor Mentee dan Business Enterprenuer Asnaf MAIPk (BEAM) bagi mengeluarkan golongan berkenaan daripada kemiskinan. "Program sehingga kini berjaya melahirkan 10 usahawan yang mempunyai produk dan jenama sendiri, selain mencapai pendapatan sehingga RM20,000 sebulan.

"Pada masa hadapan, MAIPk merancang untuk mengembangkan lagi program ini (Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf) kepada kelompok asnaf yang pelbagai dan lebih khusus," katanya selepas merasmikan Majlis Graduasi Usahawan Asnaf MAIPk yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Belia Islam (KBI), Azman Mohd Salleh di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Berkenaan majlis hari ini, Amiruddin berkata, seramai 37 peserta menerima sijil anugerah Program Mentor Mentee selepas berjaya menamatkan latihan selama enam bulan dengan dipantau MAIPk dan KBI. Sementara itu, peserta program, Nur Aishah Md Noor, 47, berkata program itu memberi manfaat besar kepadanya apabila berjaya meningkatkan taraf kehidupan dengan pendapatan bulanan sebanyak RM4,000.

"Saya sebelum ini hampir berputus asa apabila dilanda masalah dan kehilangan perniagaan. Syukur, program ini memberi sinar baharu dalam kehidupan saya dan suam apabila hasil perniagaan baharu jualan soya kami meningkat sehingga kini meraih pendapatan RM4,000 sebulan," katanya

Selanjutnya di : Berita Harian

Page 1 of 189

Berita ABIM

Pembentangan RUU 355:
Angkatan BeIia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak ...
Peserta Young ABIM Camp
Alhamdulillah, Young ABIM Camp (YAC) kembali, dengan konsep santai. Bertemakan ‘Ibrah Seorang ...
Mengapa Pencerahan
Saya merujuk kepada kritikan sesetengah pihak yang mempertikai usaha baik golongan yang membawa ...
Wanita: Permaisuri
Menjadi wanita pada hari ini adalah lebih bertuah berbanding wanita pada zaman jahiliyah. Pada ...
Membugar Al-Fikr al
Oleh Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Antara premis penting ...
Setengah Abad Dewan
26hb Februari 2017 (Ahad): Alhamdulilah, bertempat di Kompleks Haji Pondok Gede, Jakarta, Rakernas ...
ABIM Sedia Bantu Atasi
PETALING JAYA: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berkata peningkatan jumlah orang yang datang ...
Exco Penerangan ABIM
18hb Disember 2016 (Ahad): Alhamdulillah, bersesuaian dengan agenda Kebangkitan Islam Jilid 2 yang ...

ABIM Negeri

Pembentangan RUU 355:
Angkatan BeIia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak ...
Peserta Young ABIM Camp
Alhamdulillah, Young ABIM Camp (YAC) kembali, dengan konsep santai. Bertemakan ‘Ibrah Seorang ...
Mengapa Pencerahan
Saya merujuk kepada kritikan sesetengah pihak yang mempertikai usaha baik golongan yang membawa ...
Wanita: Permaisuri
Menjadi wanita pada hari ini adalah lebih bertuah berbanding wanita pada zaman jahiliyah. Pada ...
Membugar Al-Fikr al
Oleh Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Antara premis penting ...
Setengah Abad Dewan
26hb Februari 2017 (Ahad): Alhamdulilah, bertempat di Kompleks Haji Pondok Gede, Jakarta, Rakernas ...
ABIM Sedia Bantu Atasi
PETALING JAYA: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berkata peningkatan jumlah orang yang datang ...
Exco Penerangan ABIM
18hb Disember 2016 (Ahad): Alhamdulillah, bersesuaian dengan agenda Kebangkitan Islam Jilid 2 yang ...