Agensi ABIM

Published in Agensi ABIM

Hari Pelarian Antarabangsa 2020: Muhasabah Dalam Diri Kita. Featured

Jun 22, 2020 Hit: 40 Written by 
Hari Pelarian Antarabangsa 2020: Muhasabah Dalam Diri Kita.

 

Walaupun tidak semua pelarian mengingati tarikh ini namun saban tahun akan mengingatkan petugas dan pejuang kemanusiaan kepada mereka.

20 Jun setiap tahun diiktiraf sebagai ???? ???????? ??????? bagi memberi sokongan dan dokongan kepada berjuta keluarga yang datang dari latar pelbagai dengan sebab pelbagai yang menyebabkan mereka sama sekali kehilangan rasa aman untuk tinggal di tanah air sendiri baik kerana kekejaman, peperangan atau penganiayaan dsb.

Menurut UN, setiap minit akan ada 20 individu yang terpaksa melupakan kehidupan sedia ada disebabkan peperangan, keganasan dsb menyebabkan mereka sama ada menjadi pelarian (refugees), pencari suaka perlindungan (asylum seeker), pelarian dalam negara sendiri (internally displaced person) atau tanpa negara (stateless person).

104777304 10217916142523816 6824264484112556947 n

Tarikh peringatan ini diangkat selepas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) meluluskan Resolusi 55/76. Resolusi tersebut menetapkan bahawa 20 Jun setiap tahun akan disambut sebagai Hari Pelarian Sedunia, bersempena dengan ulangtahun ke-50 penandatanganan Konvensyen Berkaitan dengan Status Pelarian 1951.

Hari ini tidak lain adalah bagi mengiktiraf keberanian dan ketabahan kesemua yang bergelar muhajirin 'pelarian' atau yatim (tanpa negara) dalam menghadapi cabaran dan kesakitan serta kesulitan yang tidak sedikit yang dihadapi dalam usaha mencari perlindungan buat diri dan keluarga.

Konflik, peperangan, kekejaman dan penindasan berterusan yang berlaku menyebabkan mereka tiada pilihan untuk keluar dari negara asal sendiri malah terpaksa hidup jauh dari keamanan, kebebasan dan kemerdekaan, apatah lagi keselesaan.

Hari ini juga tidak lain, setidak-tidaknya membina rasa empati dan pemahaman bahawa kelompok muhajirin ini masih punya perjuangan yang belum selesai, dan memerlukan ruang untuk cuba membina semula kehidupan mereka, sekurang-kurangnya untuk HIDUP!

Perjuangan membantu mereka sekurang-kurangnya bagi memenuhi hak-hak sebagai manusia masih berterusan; hak pendidikan buat anak-anak, hak bekerja untuk terus hidup, hak access kepada kesihatan dan hak merasa aman.

Bukan suatu yang mudah dan tidak pernah akan menjadi mudah menjadi muhajirin pelarian. Menjadi pelarian bukanlah satu pilihan melainkan satu KETERPAKSAAN.

Dalam keselesaan dan keamanan yang kita sedang nikmati, marilah kita bersama-sama terus mendoakan urusan mereka yang sedang berusaha untuk terus hidup dan memburu kebebasan ini terus dipermudahkan.
Ameen ya Allah.

 

Last modified on Monday, 22 June 2020 04:54
Read 40 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

"Ada Orang, Umurnya
  “Ada orang, umurnya pendek, tapi dakwahnya panjang.” – Dr. Norlaily Mohd Saiden, Ogos ...
ABIM Sebagai Gerakan
  Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakātuh. Alhamdulillah, walaupun pergerakan agak ...
Covid-19: Lima Puluh NGO
Kenyataan Bersama 50 Buah Badan-Badan Masyarakat Madani (CSO)20 Mac 2020 / 25 Rejab 1441 HGESAAN ...
COVID 19: ABIM Gesa
KENYATAAN MEDIAANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)16 MAC 2020 / 21 REJAB 1441 H COVID 19 : ABIM ...
Virus Korona: Muhasabah
VIRUS KORONA: MUHASABAH DAN SIKAP MUSLIM Oleh: Shaykh Dr. ‘Abd al-Razzāq bin ‘Abd al-Muḥsin ...

ABIM Negeri

"Ada Orang, Umurnya
  “Ada orang, umurnya pendek, tapi dakwahnya panjang.” – Dr. Norlaily Mohd Saiden, Ogos ...
ABIM Sebagai Gerakan
  Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakātuh. Alhamdulillah, walaupun pergerakan agak ...
Covid-19: Lima Puluh NGO
Kenyataan Bersama 50 Buah Badan-Badan Masyarakat Madani (CSO)20 Mac 2020 / 25 Rejab 1441 HGESAAN ...
COVID 19: ABIM Gesa
KENYATAAN MEDIAANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)16 MAC 2020 / 21 REJAB 1441 H COVID 19 : ABIM ...
Virus Korona: Muhasabah
VIRUS KORONA: MUHASABAH DAN SIKAP MUSLIM Oleh: Shaykh Dr. ‘Abd al-Razzāq bin ‘Abd al-Muḥsin ...
Our website is protected by DMC Firewall!