Print this page

Agensi ABIM

Published in Agensi ABIM

Islam Dan Melayu Nusantara : Cabaran dan Masa Depan. Featured

Sep 17, 2019 Hit: 786 Written by 
Islam Dan Melayu Nusantara : Cabaran dan Masa Depan.

15 September 2019, YALA - Tn. Hj. Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah telah hadir memberi ucaptama bertajuk 'Islam dan Melayu Nusantara : Cabaran dan Masa Depan' dalam Muktamar Ilmuwan Patani Nusantara kali pertama bertempat di Dewan Anugerah, Majlis Agama Islam Wilayah Yala.

Mengangkat tema 'Ke Arah Pemerkasaan Bahasa Melayu dalam Masyarakat Patani', Dato' Aziz Deraman (mantan Pengarah DBP Malaysia) turut memberi ucaptama bertajuk 'Bahasa dan Budaya Melayu dalam Urus Globalisasi'.

Turut hadir sama ke muktamar ialah Sdr. Mohd Halimi Abd Hamid (Setiausaha Agung Wadah), Sdr. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin (Naib Presiden Abim Pusat), Ustaz Mohamad Amin (YDP Abim Negeri Kelantan) serta ahli-ahli daripada Wadah Kedah - Sdr. Ahmad Zaki Bakar, Sdr. Mohd Isa Man, Sdr. Mahmud Rodzi Mohamad, Sdr. Ali Murtadza Mohamad serta Sdr. Ali b. Lebai Shaari.

Last modified on Tuesday, 17 September 2019 11:28
Read 786 times
Rate this item
(0 votes)
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd