Agensi ABIM

Published in Agensi ABIM

Empat Tips Aidil Adha Yang Lestari Featured

Aug 10, 2019 Hit: 175 Written by 
Empat Tips Aidil Adha Yang Lestari

Bulan Zulhijjah amat istimewa untuk umat Islam. Ada di antara mereka yang terpilih menjadi tetamu Allah bagi menunaikan rukun Islam kelima iaitu Haji di Baitullah. Mereka ini terpilih menyertai umat Islam daripada seluruh pelosok dunia yang sedang berhimpun di Tanah Suci Mekah. Kehadiran mereka terbangun dari kisah pengorbanan, keikhlasan dan kesabaran keluarga besar Nabi Ibrahim.

Ini pasti menjadi inspirasi kepada setiap umat Islam dalam menunaikan ibadah haji mahupun ibadah korban setiap tahun. Kedua-dua ibadah haji dan korban ini menjadi medan membina ketakwaan dan kepatuhan umat Islam kepada Allah. Keikhlasan dan ketakwaan mempunyai hubungan terus dengan Allah tanpa dapat dinilai oleh manusia.

Justeru setiap umat Islam perlu sedar bahawa ajaran Islam sentiasa bertujuan memberi kebaikan kepada umatnya dan setiap pengorbanan pasti diganjari Allah dengan kebaikan khususnya di alam akhirat yang kekal abadi.

Hakikatnya setiap pengorbanan pasti berbaloi kerana ia adalah sebahagian dari tugas dan tanggungjawab umat Islam sebagai hamba kepada Allah dan khalifah di muka bumi. Dalam keghairahan umat Islam meraih ketakwaan kepada Allah dan melahirkan rasa syukur sesama manusia, kita harus sentiasa ingat bahawa antara amal ibadah yang dituntut kepada umat Islam seluruhnya ialah memastikan kemakmuran di atas muka bumi.

Kemakmuran yang memerlukan pengorbanan setiap umat Islam untuk menjaga dirinya dan persekitaran dari kerosakan dan ketamakan. Usaha besar ini perlu berterusan dan menjadi agenda penting membina diri yang soleh. Soleh spiritual, soleh sosial dan soleh persekitaran adalah antara hikmah dari peribadatan haji dan korban.

Membina soleh spiritual dengan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. Bertemu, merendah diri dan menerima antara pelbagai bangsa sebagai asas soleh sosial dan menjaga diri dari berbuat kerosakan kepada haiwan dan tumbuhan serta ihsan kepada haiwan sembelihan adalah latihan kea rah soleh persekitaran.

Dalam pada kita menelusuri peristiwa penting ini tahun demi tahun, umat Islam seluruh dunia perlu meneliti kembali kesan-kesan terhadap alam sekitar di sebalik ibadah haji dan korban.

Tanpa kita sedar, dengan pertambahan jumlah umat Islam yang mengerjakan haji setiap tahun juga memperlihatkan pertambahan sisa buangan di Tanah Suci Mekah, termasuk sisa pepejal organik seperti sisa makanan, botol air dan bekas makanan serta darah hasil dari proses sembelihan.

Begitu juga dalam perayaan Aidil Adha yang diraikan oleh umat Islam di setiap pelusuk dunia, pembaziran makanan; penggunaan plastik, styrafoam, kutleri pakai buang dan amalan pemakanan yang tidak sihat meningkat. Oleh itu, mari sama-sama kita mula membina akhlak persekitaran dengan mengamalkan gaya hidup yang lestari.

Antaranya ialah menghentikan penggunaan bahan atau peralatan yang tidak mesra alam seperti plastik dan styrafoam. Gantikan dengan peralatan yang boleh diguna semula dan bahan yang mudah lupus atau bersifat biodegradasi. Kita juga harus memupuk rasa ihsan kepada alam sekitar, tumbuhan dan haiwan dengan berfikir sebelum bertindak.

Asingkan dan buang sampah secara betul, kendalikan haiwan dengan baik serta sentiasa memelihara kehijauan dan menanam pokok. Pemakanan secara sihat perlu diamalkan dengan melebihkan sayuran dan minum lebih banyak air. Banyak makan boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan sekiranya diambil secara berlebihan.

Pengambilan daging dalam pemakanan perlu dikawal walaupun kita dihidangkan dengan pelbagai menu sempena Aidil Adha dan sambutan perayaan lain. Oleh itu pendekatan sederhana dengan merancang kuantiti hidangan jamuan yang hendak dihidangkan sesuai dengan jumlah jemputan bagi mengelakkan pembaziran.

Apabila ada makanan yang berlebihan ia perlu diagihkan kepada mereka yang memerlukan termasuk mengoptimumkan agihan daging korban yang boleh disumbangkan. Mulai sambutan Aidil Adha pada kali ini, marilah kita sama-sama kembali menggalas tugas dan amanah di atas muka bumi ini dengan lebih baik.

Membina sikap yang betul serta menjadikan diri soleh persekitaran agar kesempurnaan dan tingkatan setiap ibadah kita lebih tinggi. Pendekatan lestari ini berkait rapat dengan konsep Islam yang menganjurkan kesederhanaan dalam kehidupan.

Berlebihan dalam kehidupan khususnya dalam berbelanja, dalam penganjuran acara dan juga dalam sambutan perayaan sebenarnya telah menafikan peranan manusia sebagai khalifah atau penjaga alam. Sikap ini juga tidak mencerminkan sikap umat Islam yang sebenar.

Disediakan Oleh: Fatin Nur Majdina Binti Nordin,

Exco Penyelidikan & Penerbitan, Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera (GRASS) --

Last modified on Saturday, 10 August 2019 07:14
Read 175 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

 *Meneladani Nabi
   *MENELADANI NABI MUHAMMAD ṢALLALLĀHU ‘ALAYHI WA SALLAM SEBAGAI TERAS MEREALISASIKAN ...
Bangsa Malaysia &
Keterbukaan yang dirintis dalam era Malaysia Baharu perlu diisi untuk mengukuhkan perpaduan dalam ...
The Most Important Malay
Could movements like Abim and Ikram be the key to Malaysian unity? IT’S probably a safe bet to ...
People’s Republic of
The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) urges the People's Republic of China to immediately ...
Naib Presiden Helwa ABIM
11hb September 2019 (Rabu): Alhamdulillah, Puan Nor Azura Kamarudin Sohami, Naib Presiden ABIM ...
Modul Diriku Permata
25hb Ogos 2019 (Ahad): Alhamdulillah, sempena Konvensyen Inspirasi Wanita, Penolong Setiausaha ...
Consistency key to
KUALA LUMPUR: An Islamic NGO said race and religious relations can be improved if there is ...
Helwa ABIM Gesa Jaminan
Bahagian Hal Ehwal Wanita (HELWA) ABIM menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan ...

ABIM Negeri

 *Meneladani Nabi
   *MENELADANI NABI MUHAMMAD ṢALLALLĀHU ‘ALAYHI WA SALLAM SEBAGAI TERAS MEREALISASIKAN ...
Bangsa Malaysia &
Keterbukaan yang dirintis dalam era Malaysia Baharu perlu diisi untuk mengukuhkan perpaduan dalam ...
The Most Important Malay
Could movements like Abim and Ikram be the key to Malaysian unity? IT’S probably a safe bet to ...
People’s Republic of
The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) urges the People's Republic of China to immediately ...
Naib Presiden Helwa ABIM
11hb September 2019 (Rabu): Alhamdulillah, Puan Nor Azura Kamarudin Sohami, Naib Presiden ABIM ...
Modul Diriku Permata
25hb Ogos 2019 (Ahad): Alhamdulillah, sempena Konvensyen Inspirasi Wanita, Penolong Setiausaha ...
Consistency key to
KUALA LUMPUR: An Islamic NGO said race and religious relations can be improved if there is ...
Helwa ABIM Gesa Jaminan
Bahagian Hal Ehwal Wanita (HELWA) ABIM menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan ...
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd