Agensi ABIM

Published in Agensi ABIM

Kak Mala Gigih Kendali Mosque Tour Guide Di Masjid Jamek Featured

Mar 07, 2019 Hit: 46 Written by 
Kak Mala Gigih Kendali Mosque Tour Guide Di Masjid Jamek

Kak Mala, fasih berbahasa Inggeris (dan mungkin beberapa bahasa lain), seorang sukarelawan Pemandu Pelancong Masjid (Mosque Tour Guide) Islamic Outreach ABIM (IOA) di Masjid Jame'. Dalam keterbatasan waktu, sempat bertanyakan khabar beliau dan berbual.

Menurut Kak Mala, setiap hari purata pelancong yang hadir ke Masjid Jame' hampir 200 orang. Datang dari negara pelbagai yang kebanyakan dari mereka dari negara China dan Korea.

Kata Kak Mala lagi, hujung minggu paling sibuk kerana jumlah pelancong yang hadir mencecah sehingga 500 orang. Ramah dan murah dengan senyuman, perbualan kami tersekat-sekat dek kunjungan pelancong bertali arus tidak berhenti.

Sehinggalah saya ditinggal sendiri (Kak Mala masuk ke masjid), dan inilah cubaan pertama saya menyambut rombongan pelancong dari beberapa negara dengan mengikuti sop yang ditunjukkan Kak Mala. Sangat mengujakan!. Tak sampai 5 minit Kak Mala kembali dan begitulah berakhirnya pertemuan kami.

Meninggalkan Kak Mala dan sukarelawan MTG lainnya, jauh di sudut hati mendoakan semoga Allah kurnia kesihatan dan kekuatan buat mereka. Semoga Allah permudah urusan mereka dan mengangkat amalan ini sebagai satu dari banyaknya amalan soleh mereka. Amin ya Rabb.

Oh ya! MTG program diperkenalkan ABIM di beberapa masjid sekitar KL dan beberapa negeri. Di KL selain Masjid Jame', Masjid Putrajaya dan Masjid Negara juga menyediakan program yang sama. Tujuannya bagi memberi peluang kepada pelancong bukan Islam mengenali Islam melalui masjid.

Sukarelawan terlatih dipersiapkan dan bersedia memberi khidmat penjelasan kepada pelancong yang hadir. Berminat menjadi sukarelawan?

Usah khuatir, latihan dan bimbingan disediakan tentunya oleh pakar sedia ada. Hubungi kami ya!

Last modified on Thursday, 07 March 2019 06:06
Read 46 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Bunga Raya-Fern Leaf
Ummu Noura Ummu Sofea It was not pre-arranged. It was a coincidence. My very intention ...
Hibiscus-Fern Leaf
At the solidarity event organized by Abim Pusat & FGIS - Friendship Group to express support to ...
New Zealand sangat
KUALA LUMPUR - “New Zealand sangat sedih,” kata Pesuruhjaya Tinggi New Zealand, Hunter Nottage ...
Masyarakat Madani &
“Masyarakat Madani yang kita bayangkan diasaskan di atas prinsip akhlak dan pemerintahan berasaskan ...
Kesaksamaan Fikiran dan
Perutusan Hari Wanita Antarabangsa 8 Mac 2019 Oleh Nor Azura Kamarudin Sohami Naib Presiden ...
Wanita Bekerjaya
Disediakan oleh;- Raja Nurul Balqis bt Raja Md Arif Ketua Helwa, Angkatan Belia Islam Malaysia ...
Generasi Muda Mahu Suara
Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim, menegaskan generasi mahukan suara mereka didengari. Beliau ...
[Video]:-Reformasi
Reformasi Sistem Pilihanraya Manfaat Untuk Generasi Muda  Ucapan Perasmian & Pelancaran Buku ...

ABIM Negeri