Agensi ABIM

Published in Agensi ABIM

GPM-MLLFS Raikan Muhajirin Syria Sempena Aidil Adha Featured

Aug 29, 2018 Hit: 79 Written by 
GPM-MLLFS Raikan Muhajirin Syria Sempena Aidil Adha

Sejumlah 280 ekor kambing diagihkan kepada lebih 1200 buah keluarga Muhajirin pelarian Syria yang berada di dalam Syria dan Lubnan. Jumlah tersebut merupakan Qurban, aqiqah dan sedeqah Qurban yang diniatkan dan dikirimkan oleh rakyat Malaysia kepada rakyat Syria yang sedang menghadapi kesukaran hidup akibat konflik dan perang yang melanda di Syria.

Misi Penyembelihan Agung yang dikendalikan oleh Malaysia Life Line For Syria (MLLFS) ini merupakan projek khas di bawah Qurban For The Needy, bersama Global Peace Mission (GPM) Malaysia yang mengkhususkan kepada kebajikan dan pembangunan rakyat Syria dan dijalankan secara bersama wakil NGO tempatan di Turki dan Lubnan.

Penyembelihan daging Korban dibuat didalam Syria sebelum diagihkan di kawasan kem sekitar A’zaz Syria manakala korban di Turki melibatkan dua wilayah yang bersempadan dengan Syria-Turki iaitu Saniurfa, Kilis dan Gaziantep. Misi ke Turki dan Syria turut disertai Sdr Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden ABIM yang juga merupakan Presiden GPM dan Sdr Fahmi Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif GPM.

Di Lubnan, exco GPM, Maria Kamel melaporkan misi dilakukan bersama duta MLLFS Fara Fauzana yang dibawa melawati kem-kem pelarian di sekitar Arsal, di sempadan Lubnan-Syria. Daging qurban diagihkan ke kem Omm Quraa, Four Syabab dan Abrar, dan kesempatan yang ada meraikan mereka dalan jamuan makan tengahari.

Selain itu, penyembelihan dan agihan selain meraikan mereka dalam jamuan makan malam turut dilaksanakan di Kem Ketermaya, Usamah dan Mazboud. Agihan sumbangan turut membawa bersama sumbangan pek makanan asasi kepada keluarga Muhajirin Syria yang berkeperluan.

Sumbangan berterusan sebagai keprihatinan bersama kepada rakyat Syria boleh terus dimasukkan ke dalam akaun *Malaysia Life Line For Syria* di nombor akaun Malaysian Life Line For Syria *MBB: 5648 1051 3971* dan hubungi 03-4144 3441 atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .

Last modified on Wednesday, 29 August 2018 08:32
Read 79 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Video: Seminar Fiqh
Tonton video Seminar Fiqh Kewarganegaraan (Fiqh Al-Muwatanah) Dalam Naratif Malaysia Baharu Di ...
Fiqh al-Muwatanah Dalam
Sesungguhnya dunia pada hari ini berada dalam era perubahan yang penuh dengan cabaran. Di era ...
Video: Book Launching
Video : Book Launching Parent - Child Relation : A Guide To Raising Children Launched by YAB Dato' ...
Video: Memegang Kunci
Tonton Video Memegang Kunci Kezuhudan : Tadabbur ayat 131 Surah Taha Oleh Al-Ustaz Syafiq At-Tauhidi
Seminar Kebangsaan Visi
  1.0 PENGENALAN • Visi mengikut Kamus Dewan Bahasa sebagai tanggapan dan pandangan yang jauh ...

ABIM Negeri

Video: Seminar Fiqh
Tonton video Seminar Fiqh Kewarganegaraan (Fiqh Al-Muwatanah) Dalam Naratif Malaysia Baharu Di ...
Fiqh al-Muwatanah Dalam
Sesungguhnya dunia pada hari ini berada dalam era perubahan yang penuh dengan cabaran. Di era ...
Video: Book Launching
Video : Book Launching Parent - Child Relation : A Guide To Raising Children Launched by YAB Dato' ...
Video: Memegang Kunci
Tonton Video Memegang Kunci Kezuhudan : Tadabbur ayat 131 Surah Taha Oleh Al-Ustaz Syafiq At-Tauhidi
Seminar Kebangsaan Visi
  1.0 PENGENALAN • Visi mengikut Kamus Dewan Bahasa sebagai tanggapan dan pandangan yang jauh ...