Agensi ABIM

Published in Agensi ABIM

Kerja Gila Tidak Kami Sesali! Featured

Jul 24, 2017 Hit: 40 Written by 
Kerja Gila Tidak Kami Sesali!

Mengenang kembali bagaimana idea gila ini kami cetuskan dan mendapat sokongan padu dari anda semua. .Dan hari ini kami sujud syukur apabila diberitakan ambulans yang kita sama-sama hantar telah mula berkhidmat menyelamatkan nyawa rakyat Syria hanya selepas satu jam ambulans tersebut sampai di Idlib, Syria.

Ya Tuhan. Syukur. Manalah tak bangga. Hasil usaha kita bersama ini. Iya, kita semua yang menjayakannya. . Beberapa bulan lepas sebelum misi bermula, kami tidak tahu samada kami mampu untuk ajak NGO-NGO anak muda untuk bersama-sama NGO Antarabangsa di UK hantar 100 buah Ambulance ke SYRIA Dan kami 'pledge' untuk hantar 10 buah ambulans!

 Mahu tak GILA nak cari sumbangan RM1 juta dalam masa 3 minggu! . Tetapi sebenarnya, ianya tidak mustahil bila kita mula BERMIMPI BESAR dan YAKIN. Walhasilnya, kita berjaya kumpulkan dana untuk beli 7 buah ambulans! Power betul. Alhamdulillah. . Inilah kisahnya bila anak muda bersatu untuk lakukan sesuatu kebaikan.

Dan pastinya ia tidak akan berjaya tanpa sokongan dan dokongan dari anda, para penyumbang yang budiman. . 20 orang anak muda memandu sendiri 7 buah ambulans merentas negara-negara Eropah bermula dari UK ke Bulgaria sebelum ianya dibawa masuk ke Syria.  Ya memang ada kucar kacir, ada gaduh sana sini, dan ada yang terlepas pandang sepanjang perjalanan menghantar ambulans ini.

Tetapi itulah pengajaran berharga buat kami dalam menyampaikan amanah rakyat Malaysia. . Kami percaya masih banyak lagi yang kita boleh lakukan secara bersama dan memberikan impak yang besar dalam gerak kerja membantu Syria dengan 3 syarat; berani bermimpi, berjiwa besar dan optimis.

Dan hakikatnya misi ini berjaya dilaksanakan dengan izin Allah Ta'ala dan juga mereka-mereka yang menjadi tunjang utama; . Saudara Syahrir Azfar alHalabi, CEO MLLFS yang meletakkan kepercayaan dan sokongan padu kepada cetusan idea awal yang dibawa oleh Saudara Muaz at-Thorique.

Team Malaysia Life Line for Syria yang memberikan komitmen sepenuh hati . Saudara Ya Muhammad, Saudara Khairul Zhafran dan Muslim Volunteer Malaysia - MVM yang PERTAMA sekali menyahut cabaran mendapatkan 2 buah ambulance untuk MVM.

Saudara Musa Nuwayri, dan Tangisan Syria Di Bumi Jordan yang raih 2 buah ambulans dalam masa 7 hari . Saudara Fathi Nasrullah dan Misi Medis Suriah yang dari awal lagi tanpa banyak tanya terus menyokong inisiatif ini. Saudara Ashraff Rahman dan Humanity Heroes yang berkongsi kepakaran dan pengalaman.

Saudara Helmi Afizal Zainal dan Affin Islamic Bank Berhad sebagai penaja korporat yang turut menaja pembelian ambulans . serta NGO-NGO lain, sukarelawan yang terlibat, dan pastinya kalian yang terus menyumbang dan mendokong usaha ini dari awal sehingga akhir.

Tidak dilupa penghargaan khusus juga buat Saudara Syed Azwan dari Berita Harian yang membuat liputan dari hari ke hari dan menyumbangkan pengalaman dari belasan tahun di lapangan.

Terima Kasih Semua! Kami tutup kisah kejayaan Unity Convoy Ambulances for Syria ini dengan menyampaikan berita gembira dari Syria seperti dalam paparan keratan Berita Harian di bawah.

43 nyawa boleh diselamatkan oleh sebuah ambulans dalam masa satu bulan.  Bayangkan dengan 100 buah ambulans, berapa ramai mereka yang tidak berdosa kita mampu selamatkan.

Terima kasih semua. Terima kasih kerana percaya pada kerja gila kami.

 Demi Syria Untuk Ummah.

Last modified on Monday, 24 July 2017 11:09
Read 40 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Dukacita Isu
Isu Kelulusan Bahasa
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Timbalan Perdana ...
Syarat Lulus Bahasa
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Kementerian ...
Memberdaya Manusia
Seluruh alam menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kedatangan bulan Ramadhan sebagai hadiah dari ...
Qatar-Gulf Crisis: Can
By: Ahmad Shahir Abdul Aziz 1) Some may choose to see Qatar as an impediment of Gulf states' ...

ABIM Negeri

ABIM Dukacita Isu
Isu Kelulusan Bahasa
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Timbalan Perdana ...
Syarat Lulus Bahasa
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Kementerian ...
Memberdaya Manusia
Seluruh alam menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kedatangan bulan Ramadhan sebagai hadiah dari ...
Qatar-Gulf Crisis: Can
By: Ahmad Shahir Abdul Aziz 1) Some may choose to see Qatar as an impediment of Gulf states' ...