Agensi ABIM

Gerobok Sedeqah Inovasi Khidmat Masyarakat Terbaru AYG

18 Februari 2017, Bangi:- ADAB Youth Garage dengan kerjasama ABIM Daerah Bangi telah melancarkan projek "Gerobok Sedeqah". Bertempat di premis ADAB Youth Garage di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi. Gerobok Sedeqah membolehkan individu-individu yang memerlukan mendapatkan barang keperluan dapur di "gerobok" yang disediakan. Barang-barang keperluan tersebut diterima dalam bentuk sumbangan daripada masyarakat.

Bagi individu atau keluarga yang bekeperluan, sila kunjungi tempat kami. Boleh ambil dalam kuantiti yang diperlukan pada bila-bila masa. Kepada yang ingin menyumbang boleh datang terus ke tempat kami dan tinggalkan barang di Gerobok yang disediakan atau hubungi no tel dibawah. Alamat: ADAB Youth Garage, No. 15 Jalan 1/4A, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi (bersebelahan Pasar Basah Sek 1) Hubungi: 013-275 0537 

Read 103 times
Rate this item
(0 votes)

Pelajar Rohingya Di Malaysia Gigih Menuntut Ilmu Featured

Jan 24, 2017
Hit: 125
Written by
Pelajar Rohingya Di Malaysia Gigih Menuntut Ilmu

3 Januari 2017, Klang:- Pelajar terbaik UPSR-R 2016 Rohingya Education Centre - REC Klang, adik Parwan Begum (bersweater merah) diterima masuk ke Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Islam Ad-Diniah, Sungai Bakap, Seberang Prai bersama-sama dua orang pelajar dari Rohingya Education Centre - REC Pulau Pinang. Pada UPSR-R yang lalu, beliau berjaya mendapat 1A dan lulus kesemua kertas.Didoakan semoga adik Parwan Begum berjaya di peringkat lebih tinggi dan menjadi inspirasi kepada anak-anak Rohingya di Malaysia untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik.

 

Read 125 times
Rate this item
(0 votes)
Institut Pendidikan ABIM Di Seluruh Negara Kembali Dibuka

3 Januari 2016, Sungai Ramal Dalam:- Alhamdulillah rangkaian institusi-institusi pendidikan ABIM seluruh negara telah meraikan kembali para pelajar setelah bercuti selama sebulan. SERI & SEMI ABIM Sungai Ramal Dalam, Kajang, telah memulakan kembali sessi pembelajarannya bersempena dengan sessi persekolahan baru untuk tahun 2017 dengan kemudahan baru "Dataran Berbumbung" untuk dimanfaatkan para pelajar sepanjang sessi pembelajaran serta ko-kurikulum kelak.

Read 148 times
Rate this item
(0 votes)
Ihtifal Taski ABIM Perak Semarakkan Iltizam Angkat Gagasan Pendidikan Al-Hikmah

Alhamdulilah, Majlis Konvokesyen Taski ABIM Daerah Kinta telah dijalankan pada 13hb November 2016 (Ahad) di Dewan Institut Tadbiran Islam (INTIM), Ipoh, Perak. Exco ABIM Pusat, Saudara Zairudin Hashim (Che Din) tampil merasmikan majlis yang penuh meriah lagi bermakna ini. Turut hadir, Saudara Abd Rahman Darus (PSU ABIM Perak); Saudara Mohd Faizal Ramli (Pengerusi, Badan Amal Dan Keluarga ABIM - BAKA); Saudara Ahmad Firdaus Mohd Noor (TYDP ABIM Daerah Kinta); serta Dr. Mior Azman Mior Said (Pengerusi, Lembaga Pengelola TASKI ABIM Daerah Kinta). Majlis konvokesyen ini diadakan dengan gabungan 10 buah TASKI di bawah ABIM Derah Kinta, di mana seramai 120 orang pelajar selamat bergraduasi. Semoga anak-anak ini terus cemerlang duniawi dan ukhrawi; bersama semangat pendidikan Darul Hikmah -- bagi melahirkan Khayra Ummah. Tahniah dan terima kasih diucapkan buat kesemua warga pendidik TASKI ABIM yang berjasa; serta kepercayaan yang diberikan oleh para ibu bapa.

 

 

ibu bapa yang tidak putus memberikan sokongan dan harapan.

Read 183 times
Rate this item
(0 votes)
Kompleks Pendidikan ABIM Indera Mahkota Perlukan Sumbangan RM 10 Juta

6 September 2016, Kuantan :- Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana Majlis Perasmian Pecah Tanah Tapak Pembinaan telah berjalan dengan lancar. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YAB. Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang kerana sudi hadir dan merasmikan majlis pecah tanah ini. Majlis turut dihadiri oleh Sdr. Hj. Mohamad Raimi b. Ab. Rahim (Presiden ABIM), Tn. Hj. Ahmad Azam b. Abdul Rahman (Presiden WADAH) dan Tn. Hj. Abdul Rahman b. Yasin (Ketua Pengarah Yayasan Takmir Pendidikan).

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada kepada YB. Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, En. Zaliza bin Zulkipli, Pegawai Daerah Kuantan, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, ibu bapa / penjaga dan semua yang hadir ke majlis pagi tadi. Pecah tanah sudah dilancarkan. Projek pembangunan dirancang akan bermula pada bulan November 2016.

Justeru, kami menyeru kepada semua pihak samada organisasi atau individu-individu yang pemurah dan dermawan untuk tampil membantu dalam bentuk sumbangan kewangan bagi mengisi tabung pembangunan kompleks ini. Kos pembinaan fasa pertama ialah RM10 juta. Jumlah yang terkumpul masih jauh daripada sasaran ini.

Read 262 times
Rate this item
(0 votes)
Golongan Gelandangan Terima Rawatan Percuma Dari Hospital Pakar Al-Islam

14 Ogos 2016, Kuala Lumpur:- Alhamdulillah malam tadi diberi kesempatan untuk bersama sama di dalam program Jejak Gelandangan 3.0 anjuran bersama Hospital Pakar Al Islam, Biro Kesihatan ABIM dan Malaysian Relief Agency (MRA). Tim dipecahkan kepada dua kumpulan, tim pengagihan barangan makanan kering dan hygiene kit dan juga tim perubatan. Tim perubatan hampir 20 orang termasuk 5 doktor, 7 pelajar perubatan dan bakinya adalah ahli farmasi dan jururawat. Seramai 30 orang lagi menyertai Tim pengagihan pula. Alhamdulillah, program berjalan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan.

Read 271 times
Rate this item
(0 votes)

SRI ABIM Seremban Terima Penarafan Lima Bintang Featured

Aug 02, 2016
Hit: 397
Written by
SRI ABIM Seremban Terima Penarafan Lima Bintang

21 Julai 2016, Seremban:- Seluruh warga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada SRI Seremban di atas Anugerah Penarafan Lima Bintang Bagi Kategori Sekolah Swasta. Syabas diucapkan kepada semua,pentadbir, pengurusan dan guru-guru. Kejayaan ini merupakan satu detik manis buat salah satu Institusi Pendidikan ABIM yang turut mencatat keputusan peperiksaan UPSR yang cemerlang pada tahun lalu.

Read 397 times
Rate this item
(1 Vote)

Berita ABIM

Buku "Masa Depan
8 Mei 2017, Pesta Buku Kuala Lumpur 2017 (PBAKL):- Alhamdulillah. Haza Min Fadhli Rabbi. Buku "Masa ...
Wanita & Gerakan
7hb Mei 2017 (Ahad): Alhamdulillah, bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017, telah ...
ABIM Lancar Buku "Masa
1hb Mei 2017 (Isnin): Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Peluncuran Buku "Masa Depan Strategik ...
Vaksinasi MMR Untuk
ISNIN | 24 APRIL 2017 | Vaksinasi MMR Komuniti Rohingya Kuantan. Ia bertujuan mencegah dari ...
RUU 164 & Fiqh
Sesetengah kelompok menilai agama hari ini sebagai punca kepada keretaan institusi keluarga, ...
ABIM Gesa Hentikan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat penyiaran karikatur monyet menggambarkan ...
Ustaz Naim Wakili ABIM
Ucapan Penghormatan kepada Syeikh Dr. Hassan At-Turabi, di Majlis Memperingati Pemergian beliau ...
KAMAR Mula Dianjurkan Ke
1 April 2017, Kuala Terengganu; Helwa ABIM Terengganu dengan kerjasama LPPKN Negeri Terengganu ...

ABIM Negeri

Buku "Masa Depan
8 Mei 2017, Pesta Buku Kuala Lumpur 2017 (PBAKL):- Alhamdulillah. Haza Min Fadhli Rabbi. Buku "Masa ...
Wanita & Gerakan
7hb Mei 2017 (Ahad): Alhamdulillah, bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017, telah ...
ABIM Lancar Buku "Masa
1hb Mei 2017 (Isnin): Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Peluncuran Buku "Masa Depan Strategik ...
Vaksinasi MMR Untuk
ISNIN | 24 APRIL 2017 | Vaksinasi MMR Komuniti Rohingya Kuantan. Ia bertujuan mencegah dari ...
RUU 164 & Fiqh
Sesetengah kelompok menilai agama hari ini sebagai punca kepada keretaan institusi keluarga, ...
ABIM Gesa Hentikan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat penyiaran karikatur monyet menggambarkan ...
Ustaz Naim Wakili ABIM
Ucapan Penghormatan kepada Syeikh Dr. Hassan At-Turabi, di Majlis Memperingati Pemergian beliau ...
KAMAR Mula Dianjurkan Ke
1 April 2017, Kuala Terengganu; Helwa ABIM Terengganu dengan kerjasama LPPKN Negeri Terengganu ...