Agensi ABIM

Bolasepak: Pelajar SERI ABIM Terpilih Ikuti Latihan Bersama West Ham United

TAHNIAH kepada Mohamad Daniel Bin Mohd Norli, dari Seksyen 7/3, Bandar Baru Bangi yang terpilih untuk berlatih bersama kelab bolasepak Inggeris, West Ham United pada 26 November hingga 6 Disember 2015 nanti. Beliau merupakan pelajar SERI ABIM yang baru sahaja menamatkan pengajian sekolah rendahnya (sehingga tahun enam) pada tahun. Adik Mohamad Daniel juga mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR serta PSRA. Ketiadaan padang bolasepak sendiri nyata bukan penghalang buat pelajar SERI ABIM ini untuk menarik perhatian panel pemilihan West Ham United. Selamat Maju Jaya! Majulah Sukan Untuk Negara! 

 

Bekas pelajar tahun 6 sesi 2015 SERI ABIM Sg. Ramal terpilih untuk berlatih bersama kelab bola sepak West Ham United. Tahniah!

Posted by seriabim on Wednesday, 25 November 2015
 

(Admin) TAHNIAH kepada Mohamad Daniel Bin Mohd Norli, dari Seksyen 7/3, Bandar Baru Bangi yang terpilih untuk berlatih...

Posted by shafiengah.com on Monday, 23 November 2015
Read 548 times
Rate this item
(0 votes)

Kecemerlangan Guru-Guru ABIM Diiktiraf Featured

Nov 24, 2015
Hit: 657
Written by
Kecemerlangan Guru-Guru ABIM Diiktiraf

23 November 2015, Bangi:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan tahniah buat yang menerima sijil serta anugerah sempena dengan Majlis Konvokesyen (Kursus Latihan Perguruan SERI/SEMI/Tahfiz ABIM) Kali Ke-7 dan Anugerah Khidmat Setia Dan Kecemerlangan Yayasan Takmir Pendidikan yang diadakan di Hotel Bangi-Putrajaya. Kursus Latihan Perguruan SERI-SEMI-TAHFIZ ABIM merupakan program pembangunan serta latihan potensi serta profesionalisme perguruan pendidik-pendidik SERI-SEMI-TAHFIZ.

Manakala program Anugerah Khidmat Setia Dan Kecemerlangan pula adalah pengiktirafan kepada khidmat yang diberikan para pendidik SERI-SEMI-TAHFIZ ABIM dalam menjayakan gagasan pendidikan Al-Hikmah. Kedua-dua majlis tersebut diadakan selepas beberapa sekolah SERI ABIM di seluruh negara telah mencatatkan keputusan memberangsangkan dalam peperiksaan UPSR dan PSRA (SERI ABIM Sungai Ramal).

Dalam ucaptama perasmian kedua-dua majlis tersebut, Presiden WADAH, Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mengingatkan bahawa institusi-institusi pendidikan ABIM, merupakan mekanisme penting untuk merealisasikan gagasan untuk membentuk pemimpin masa depan yang berjiwa ummatik dan akan memperjuangkan maruah Islam. Naib Presiden ABIM, Cikgu Khairuddin Abas, menzahirkan apresiasi terhadap pencapaian serta jasa guru-guru institusi pendidikan ABIM lewat puisi berikut:-

 

Jiwa Muadib Jiwa Murabbi

Mendidik Insan Setiap Detik

Pendidik Mujahid Tekad Berbakti

Melahirkan Insan Berjiwa Ummatik

Al Fateh Inspirasi Memugar Jiwa

Semangat Waja Pendidik Wibawa

Ilmu Dipahat Akhlak dibaja

Memudah Jalan Menuju Ke Syurga

Read 657 times
Rate this item
(0 votes)
Anugerah Hijrah Dorong Pelajar SERI ABIM Majukan Diri Dalam Pelajaran

15 November 2015, Sungai Ramal Dalam, Kajang:- Majlis Ihtifal Tahunan SERI ABIM Sungai Ramal Kajang turut meraikan pelajar-pelajar sekolah yang sentiasa ingin memperbaiki pencapaian akademik mereka. Pencapaian itu diraikan menerusi penyampaian anugerah hijrah kepada para pelajar yang menunjukkan perkembangan yang sangat positif dalam pembelajaran mereka sepanjang tahun.

Anugerah Hijrah ini merupakan antara anugerah utama yang disampaikan sempena penganjuran Ihtifal di samping anugerah-anugerah kecemerlangan akademik, ko-kurikulum dan sahsiah. Majlis Ihtifal ini dilangsungkan serentak dengan penganjuran ihtifal membabitkan rangkaian Institusi Pendidikan ABIM (TASKI, SERI, & SEMI) ABIM seluruh negara. Majlis Ihtifal Tahunan SERI ABIM Di Sungai Ramal telah dirasmikan oleh Naib Presiden HELWA, Puan Fadhlina Dato' Dr Siddiq.  

 

 

Read 438 times
Rate this item
(0 votes)
Ibadah Qurban Di Syria: 200 Ekor Kambing Sumbangan Rakyat Malaysia Selamat Dikorbankan

Alhamdulillah, kami di Malaysia Life Line for Syria (MLLFS) ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada semua yang menyokong dan mandukung kempen Ibadah Qurban dan Aqiqah di Syria kali ketiga bagi tahun 1436H/2015M. Amanah besar yang dipertanggungjawabkan oleh sekalian rakyat Malaysia yang budiman ini, kami laksanakan sebaik mungkin demi kemaslahatan bersama. Untuk rekod, sebanyak 200 ekor kambing telah ditumbangkan hasil sumbangan rakyat Malaysia yang budiman. Sebanyak RM355,000 pula merupakan jumlah sumbangan yang disalurkan melalui Malaysia Life Line for Syria (MLLFS) oleh rakyat Malaysia yang prihatin di dalam ibadah Qurban serta Aqiqah ini; di samping bantuan lain seperti pendidikan, susu bayi dan juga perubatan.

 

MISI QURBAN 1436H MLLFS (ii).Allahu Akbar Wa Lillahil Hamd!Alhamdulillah, kami di Malaysia Life Line for Syria ...

Posted by Malaysia Life Line for Syria on Monday, 12 October 2015
Read 552 times
Rate this item
(0 votes)
SERI ABIM Alor Setar Terima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Peringkat Kebangsaan

5 September 2015:- Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT. SERI ABIM Alor Setar telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan BOSS Cemerlang 2015 kategori Sekolah Rendah Agama Rakyat Peringkat Kebangsaan, anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Anugerah BOSS adalah singkatan kepada Pengurusan Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS).

SPBT adalah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) untuk para pelajar mengikuti pelajaran berdasarkan kepada sukatan yang diselaraskan oleh KPM. SERI ABIM Alor Setar turut menjadi sebahagian daripada projek pembangunan Kompleks Pendidikan Islam Alor Setar yang turut meliputi perkembangan Sekolah Menengah Tahfiz Sains (SEMESTI) ABIM Alor Setar

 

Bertepatan pada 3 Julai 2015 bersamaan 16 Ramadhan 1436h, secara rasminya Kompleks Pendidikan Al-Hikmah dirasmikan....

Posted by ABIM KEDAH on Saturday, 4 July 2015
 

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT. SERIAS telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan BOSS Cemerlang 2015 kategori Sekolah Rendah Agama Peringkat Kebangsaan.

Posted by Sekolah Rendah Islam Alor Setar on Saturday, 5 September 2015
Read 2119 times
Rate this item
(0 votes)
Pelarian Kanak-Kanak Syria Ditemui Mati Di Pantai Eropah

Media serta tabloid utama di Britain serta beberapa buah negara lain memberikan liputan besar-besaran kepada berita penemuan mayat anak-anak kecil Syria yang terdampar di sebuah pantai di Turki. Allahyarhamhu Aylan Kurdi (3 tahun) dan abang kandung kesayangannya, Allahyarhamhu Ghalib (5 tahun) dari Kobane, Syria, lemas selepas bot mereka karam dalam perjalanan panjang menuju ke Pulau Kos di Greece.

 

Allah allah allah.. :'(Syurga menantimu wahai anakku.:'(Mereka merentasi lautan untuk mencari sebuah keamanan tetapi Allah lebih menyayangi mereka.Hasbunallahwanikmalwakil :'(

Posted by Malaysia Life Line for Syria on Wednesday, 2 September 2015

Mayat Aylan ditemui di persisir pantai di Bandar Bodrum, Muğla, Turki. Mayat Ghalib pula ditemui di arah berlainan di kawasan pantai tersebut kerana di bawa oleh arus deras. Mereka merupakan antara 4 orang pelarian Syria (3 kanak-kanak dan 1 wanita dewasa) yang mati lemas dan terdampar di Bodrum, setelah bot yang mereka naiki untuk melarikan diri dari perang di Syria karam.

Pegawal pantai menarik tubuh beliau keluar dari air pada pagi 2 September 2015. Menurut media Turkey Dogan News Agency, 11 orang dikhuatiri lemas setelah 2 buah bot yang mereka naiki karam dalam percubaan mereka untuk melarikan diri dari kekejaman rejim Bashar Assad dan sekutunya, ke pulau Kos, Greece.

 

AYLAN DAN GHALIB; ANAK-ANAK SYURGA.Allahyarhamhu Aylan Kurdi (3 tahun) dan abang kandung kesayangannya, Allahyarhamhu...

Posted by Malaysia Life Line for Syria on Wednesday, 2 September 2015
Read 1460 times
Rate this item
(0 votes)
Tawaran Ibadah Qurban & Aqiqah Untuk Rakyat Syria 1436

Malaysia Life Line for Syria  melancarkan kempen Ibadah Qurban dan Aqiqah di Syria kali ketiga bagi tahun 1436H/2015M. Untuk rekod, bagi tahun 1435H/2014M rakyat Malaysia telah menumbangkan sebanyak 150 ekor kambing untuk disumbangkan kepada rakyat Syria yang memerlukan. Harga bagi seekor kambing biri-biri pada tahun ini adalah RM1,000.

Penyertaan daripada rakyat Malaysia yang prihatin di dalam ibadah Qurban serta Aqiqah ini di samping  bantuan lain seperti pendidikan, susu bayi dan juga perubatan.

Klik pada pautan berikut : www.malaysia4syria.org/qurban1436H

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 20 SEPTEMBER 2015

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi: Pejabat : 03-41416732 Cik Fiza : 012-2409173 Demi Syria, Untuk Ummah.

 

IBADAH QURBAN DAN AQIQAH DI SYRIA 1436HBismillahirrahmaanirrahiim.Malaysia Life Line for Syria dengan rendah hatinya...

Posted by Malaysia Life Line for Syria on Thursday, 20 August 2015
Read 1008 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Buku "Masa Depan
8 Mei 2017, Pesta Buku Kuala Lumpur 2017 (PBAKL):- Alhamdulillah. Haza Min Fadhli Rabbi. Buku "Masa ...
Wanita & Gerakan
7hb Mei 2017 (Ahad): Alhamdulillah, bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017, telah ...
ABIM Lancar Buku "Masa
1hb Mei 2017 (Isnin): Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Peluncuran Buku "Masa Depan Strategik ...
Vaksinasi MMR Untuk
ISNIN | 24 APRIL 2017 | Vaksinasi MMR Komuniti Rohingya Kuantan. Ia bertujuan mencegah dari ...
RUU 164 & Fiqh
Sesetengah kelompok menilai agama hari ini sebagai punca kepada keretaan institusi keluarga, ...
ABIM Gesa Hentikan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat penyiaran karikatur monyet menggambarkan ...
Ustaz Naim Wakili ABIM
Ucapan Penghormatan kepada Syeikh Dr. Hassan At-Turabi, di Majlis Memperingati Pemergian beliau ...
KAMAR Mula Dianjurkan Ke
1 April 2017, Kuala Terengganu; Helwa ABIM Terengganu dengan kerjasama LPPKN Negeri Terengganu ...

ABIM Negeri

Buku "Masa Depan
8 Mei 2017, Pesta Buku Kuala Lumpur 2017 (PBAKL):- Alhamdulillah. Haza Min Fadhli Rabbi. Buku "Masa ...
Wanita & Gerakan
7hb Mei 2017 (Ahad): Alhamdulillah, bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017, telah ...
ABIM Lancar Buku "Masa
1hb Mei 2017 (Isnin): Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Peluncuran Buku "Masa Depan Strategik ...
Vaksinasi MMR Untuk
ISNIN | 24 APRIL 2017 | Vaksinasi MMR Komuniti Rohingya Kuantan. Ia bertujuan mencegah dari ...
RUU 164 & Fiqh
Sesetengah kelompok menilai agama hari ini sebagai punca kepada keretaan institusi keluarga, ...
ABIM Gesa Hentikan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat penyiaran karikatur monyet menggambarkan ...
Ustaz Naim Wakili ABIM
Ucapan Penghormatan kepada Syeikh Dr. Hassan At-Turabi, di Majlis Memperingati Pemergian beliau ...
KAMAR Mula Dianjurkan Ke
1 April 2017, Kuala Terengganu; Helwa ABIM Terengganu dengan kerjasama LPPKN Negeri Terengganu ...