Agensi ABIM

Wakil Gereja Katolik Asayo Fahami Kunjungi Masjid Negara Untuk Fahami Islam

12hb Februari 2016 (Jumaat): Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menerima kunjungan seramai 14 orang diketuai oleh Rev. Fr. Gregory Chan dari Gereja Katolik Pejabat Belia Keuskupan Agung Kuala Lumpur (ASAYO) di Masjid Negara KL. Rombongan mereka disambut oleh Sdr Ahmad Fahmi Samsudin, Naib Presiden ABIM dan Pn Normah Sulaiman, Pengarah Masjid Tour Guide, Islamic Outreach ABIM (IOA).

Kunjungan ini merupakan inisiatif pertama mereka selepas pertemuan Ketua Paderi Kuala Lumpur, Julian Leow Beng Kim bersama-sama dengan Mufti Wilayah Persekutuan baru-baru ni. Diskusi berkisar soal bagaimana mereka ingin memahami berkenaan Islam, perbincamgan dua hala berkenaan perpaduan, konsep kepelbagaian masyarakat, toleransi, dan sikap hormat-menghormati antara agama. Mereka juga ingin mendalami dengan lebih lanjut berkenaan ibadat Puasa-Zakat dan Sifat-sifat Allah Ar Rahman dan Ar Rahim.

Rombongan juga turut dibawa untuk melihat umat Islam menunaikan solat Isyak berjamaah di ruangan dewan utama Masjid Negara. Pembentangan dan perkongsian berkenaan Islam disampaikan oleh Dr. Sayyid Hussain dari Islamic Outreach ABIM dan turut dibantu oleh beberapa sukarelawan IOA. Penganut agama Kristian Katolik ketika ini juga sedang menjalani puasa mereka sempena lent selama 40 hari. Ahmad Fahmi berkata, kunjungan muhibbah seperti ini merupakan inisiatif yang berkesan untuk setiap penganut agama memahami dengan lebih lanjut berkenaan agama lain selain dapat berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan.

 

ABIM TERIMA KUNJUNGAN GEREJA KATOLIK ASAYO DI MASJID NEGARA.12hb Februari 2016 (Jumaat): Alhamdulillah, Angkatan Belia...

Posted by Abim Pusat on Friday, 12 February 2016
Read 377 times
Rate this item
(0 votes)

Kem Kepimpinan Pupuk Keyakinan Pelajar SEMI ABIM Featured

Feb 01, 2016
Hit: 440
Written by
Kem Kepimpinan Pupuk Keyakinan Pelajar SEMI ABIM

Alhamdulillah, selesai Kem Kepimpinan Pelajar 2016 di Berhulu Camp Ulu Serting, Negeri Sembilan pada 29 - 31 Januari. Semoga dapat menggalas tugas dan tanggungjawab penuh karismatik pada tahun ini. Terima kasih kepada guru-guru, ibu bapa dan para pelajar. "Siapa pemimpin??!!" "Saya!!!"

 

Alhamdulillah, selesai Kem Kepimpinan Pelajar 2016 di BerhuluCamp Ulu Serting, Negeri Sembilan pada 29 - 31 Januari....

Posted by SEMI ABIM Sg. Ramal Kajang on Sunday, 31 January 2016
Read 440 times
Rate this item
(0 votes)

Solidariti Untuk Syria Di Anugerah Juara Lagu TV3 Featured

Jan 27, 2016
Hit: 357
Written by
Solidariti Untuk Syria Di Anugerah Juara Lagu TV3

24hb Januari 2016 (Ahad): Alhamdulillah, kami di Malaysia Life Line for Syria (MLLFS) tumpang terkesan menonton persembahan penuh bermakna daripada Faizal Tahir bersama lagu "Assalamualaikum". Bersama lirik yang mendalam, persembahan klip video yang memaparkan kesengsaraan golongan tertindas, khususnya rakyat dan pelarian Syria; benar-benar membekas dalam jiwa para penonton.

 

Hasbunallah wanikmal wakil...Ayuh; sejahterakan Malaysia dengan dakwah!#ABIM #ABIMdihatiku...

Posted by Abim Pusat on Tuesday, 26 January 2016
Read 357 times
Rate this item
(0 votes)
Pelajar SERI Al-Ummah Dapat Tempat Ketiga Pertandingan Khat Peringkat Kebangsaan

20 Disember 2015, Ulu Kinta:- Tahniah buat adik Iqbal Aulad Bumidin, pelajar SERI ABIM Al-Seri Al Ummah Chemor kerana mendapat tempat ketiga pertandingan khat bersempena dengan penganjuran Majlis Ihtifal KAFA Kebangsaan, yang diadakan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan. Beliau mewakili sekolah serta negeri Perak ke pertandingan khat peringkat kebangsaan. Kejayaan ini merupakan kejayaan yang sangat manis buat SERI Al-Ummah, Chemor, Perak, yang turut menjuarai pertandingan Taekwando peringkat negeri Perak pada pertengahan tahun lalu. 

 

Tahniah Iqbal Aulad Bumidin. Tempat ketiga khat kebangsaan. Pencapaian terbaik murid kita setakat ini. Tahniah kerana mengharumkan nama Seri Al Ummah Chemor.

Posted by Seri Al Ummah Chemor on Sunday, 20 December 2015
Read 427 times
Rate this item
(0 votes)
Pelajar Seri Ketuai Pasukan Bolasepak Malaysia Di West Ham United

8 Disember 2015, London:- Tahniah kepada adik Mohd Daniel Mohd Norli, pelajar SERI ABIM Sungai Ramal, Kajang yang diberi mandat sebagai Ketua Pasukan 1MCC-Astro Kem Bola 2015 di sana. Adik Daniel telah terpilih mewakili Malaysia untuk menjalani latihan bersama kelab bola sepak Liga Inggeris, West Ham United. Beliau bukan sahaja cemerlang dalam aktiviti bola sepak, malahan mendapat kejayaan memberangsangkan dalam akademik dan pencapaian diniah (pengetahuan agama). Adik Daniel membuktikan bahawa pelajar berlatangbelakang agama juga mampu mengukir nama di persada antarabangsa dalam bidang sukan yang diminati. Untuk rekod, SERI ABIM Sungai Ramal, Kajang telah dinobatkan sebagai sekolah terbaik PSRA seluruh Negeri Selangor dengan 76 calon SERI ABIM Sungai Ramal telah mendapat keputusan Mumtaz. Seramai 32 orang pelajar sekolah tersebut pula mendapat telah mendapat keputusan 5A dalam setiap matapelajaran yang diambil untuk UPSR 2015. Pencapaian itu yang diterjemahkan ke dalam bentuk gred purata untuk sekolah (GPS) sebanyak 1.42, merupakan antara yang terbaik dalam kalangan sekolah-sekolah di Daerah Hulu Langat.

 

PELAJAR SERI ABIM DILANTIK JADI KETUA PASUKAN DI AKADEMI WEST HAM UNITED.Tahniah kepada adik Mohd Daniel Mohd Norli,...

Posted by Abim Pusat on Monday, 7 December 2015
Read 390 times
Rate this item
(0 votes)
Bolasepak: Pelajar SERI ABIM Terpilih Ikuti Latihan Bersama West Ham United

TAHNIAH kepada Mohamad Daniel Bin Mohd Norli, dari Seksyen 7/3, Bandar Baru Bangi yang terpilih untuk berlatih bersama kelab bolasepak Inggeris, West Ham United pada 26 November hingga 6 Disember 2015 nanti. Beliau merupakan pelajar SERI ABIM yang baru sahaja menamatkan pengajian sekolah rendahnya (sehingga tahun enam) pada tahun. Adik Mohamad Daniel juga mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR serta PSRA. Ketiadaan padang bolasepak sendiri nyata bukan penghalang buat pelajar SERI ABIM ini untuk menarik perhatian panel pemilihan West Ham United. Selamat Maju Jaya! Majulah Sukan Untuk Negara! 

 

Bekas pelajar tahun 6 sesi 2015 SERI ABIM Sg. Ramal terpilih untuk berlatih bersama kelab bola sepak West Ham United. Tahniah!

Posted by seriabim on Wednesday, 25 November 2015
 

(Admin) TAHNIAH kepada Mohamad Daniel Bin Mohd Norli, dari Seksyen 7/3, Bandar Baru Bangi yang terpilih untuk berlatih...

Posted by shafiengah.com on Monday, 23 November 2015
Read 535 times
Rate this item
(0 votes)

Kecemerlangan Guru-Guru ABIM Diiktiraf Featured

Nov 24, 2015
Hit: 639
Written by
Kecemerlangan Guru-Guru ABIM Diiktiraf

23 November 2015, Bangi:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan tahniah buat yang menerima sijil serta anugerah sempena dengan Majlis Konvokesyen (Kursus Latihan Perguruan SERI/SEMI/Tahfiz ABIM) Kali Ke-7 dan Anugerah Khidmat Setia Dan Kecemerlangan Yayasan Takmir Pendidikan yang diadakan di Hotel Bangi-Putrajaya. Kursus Latihan Perguruan SERI-SEMI-TAHFIZ ABIM merupakan program pembangunan serta latihan potensi serta profesionalisme perguruan pendidik-pendidik SERI-SEMI-TAHFIZ.

Manakala program Anugerah Khidmat Setia Dan Kecemerlangan pula adalah pengiktirafan kepada khidmat yang diberikan para pendidik SERI-SEMI-TAHFIZ ABIM dalam menjayakan gagasan pendidikan Al-Hikmah. Kedua-dua majlis tersebut diadakan selepas beberapa sekolah SERI ABIM di seluruh negara telah mencatatkan keputusan memberangsangkan dalam peperiksaan UPSR dan PSRA (SERI ABIM Sungai Ramal).

Dalam ucaptama perasmian kedua-dua majlis tersebut, Presiden WADAH, Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mengingatkan bahawa institusi-institusi pendidikan ABIM, merupakan mekanisme penting untuk merealisasikan gagasan untuk membentuk pemimpin masa depan yang berjiwa ummatik dan akan memperjuangkan maruah Islam. Naib Presiden ABIM, Cikgu Khairuddin Abas, menzahirkan apresiasi terhadap pencapaian serta jasa guru-guru institusi pendidikan ABIM lewat puisi berikut:-

 

Jiwa Muadib Jiwa Murabbi

Mendidik Insan Setiap Detik

Pendidik Mujahid Tekad Berbakti

Melahirkan Insan Berjiwa Ummatik

Al Fateh Inspirasi Memugar Jiwa

Semangat Waja Pendidik Wibawa

Ilmu Dipahat Akhlak dibaja

Memudah Jalan Menuju Ke Syurga

Read 639 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Peserta Young ABIM Camp
Alhamdulillah, Young ABIM Camp (YAC) kembali, dengan konsep santai. Bertemakan ‘Ibrah Seorang ...
Mengapa Pencerahan
Saya merujuk kepada kritikan sesetengah pihak yang mempertikai usaha baik golongan yang membawa ...
Wanita: Permaisuri
Menjadi wanita pada hari ini adalah lebih bertuah berbanding wanita pada zaman jahiliyah. Pada ...
Membugar Al-Fikr al
Oleh Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Antara premis penting ...
Setengah Abad Dewan
26hb Februari 2017 (Ahad): Alhamdulilah, bertempat di Kompleks Haji Pondok Gede, Jakarta, Rakernas ...
ABIM Sedia Bantu Atasi
PETALING JAYA: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berkata peningkatan jumlah orang yang datang ...
Exco Penerangan ABIM
18hb Disember 2016 (Ahad): Alhamdulillah, bersesuaian dengan agenda Kebangkitan Islam Jilid 2 yang ...
Penerangan Cakna Syria
7hb Januari 2017 (Sabtu): Alhamdulillah, semalam Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim ...

ABIM Negeri

Peserta Young ABIM Camp
Alhamdulillah, Young ABIM Camp (YAC) kembali, dengan konsep santai. Bertemakan ‘Ibrah Seorang ...
Mengapa Pencerahan
Saya merujuk kepada kritikan sesetengah pihak yang mempertikai usaha baik golongan yang membawa ...
Wanita: Permaisuri
Menjadi wanita pada hari ini adalah lebih bertuah berbanding wanita pada zaman jahiliyah. Pada ...
Membugar Al-Fikr al
Oleh Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Antara premis penting ...
Setengah Abad Dewan
26hb Februari 2017 (Ahad): Alhamdulilah, bertempat di Kompleks Haji Pondok Gede, Jakarta, Rakernas ...
ABIM Sedia Bantu Atasi
PETALING JAYA: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berkata peningkatan jumlah orang yang datang ...
Exco Penerangan ABIM
18hb Disember 2016 (Ahad): Alhamdulillah, bersesuaian dengan agenda Kebangkitan Islam Jilid 2 yang ...
Penerangan Cakna Syria
7hb Januari 2017 (Sabtu): Alhamdulillah, semalam Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim ...